Peguam Jejas Sistem Kehakiman Perlu Diambil Tindakan


 


Majlis Peguam Malaysia hari ini telah mencadangkan tindakan tatatertib diambil terhadap peguam tertentu yang pernah atau merupakan sebahagian daripada pasukan undang-undang dalam rayuan terakhir Datuk Seri Najib Razak yang sedang berlangsung berkaitan kes SRC International Sdn Bhd (SRC).


Tanpa menamakan peguam terbabit, Presiden Majlis Peguam Karen Cheah Yee Lynn berkata peguam berkenaan telah bertindak “tidak profesional” ketika kes itu, yang telah menyaksikan beberapa siri liku-liku.


“Pelbagai percubaan untuk menjejaskan sistem kehakiman melalui strategi tidak bertanggungjawab itu adalah penyelewengan sistem keadilan kita dan penyalahgunaan proses mahkamah


“Peguam bela dan peguam cara yang terlibat dalam perbuatan sedemikian telah menjadikan diri mereka tidak profesional dan perlu menghadapi tindakan tatatertib,” katanya dalam satu kenyataan.


Cheah menegaskan bahawa peguam diharap dapat menjaga maruah profesion undang-undang dan mematuhi piawaian profesional tertinggi seperti yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Profesion Undang-undang (Amalan dan Etiket) 1978.


“Majlis Peguam Malaysia mengambil pendirian bahawa apabila seorang peguam baharu mengambil alih sesuatu kes, peguam itu mesti mematuhi Peraturan 6(a) dalam kaedah berkenaan yang menyatakan bahawa seorang peguam bela dan peguam cara tidak boleh menerima sebarang taklimat melainkan dia semunasabahnya pasti boleh untuk hadir dan mewakili pelanggan pada tarikh perbicaraan yang ditetapkan oleh mahkamah.


“Peguam baharu itu juga mesti mematuhi Peraturan 24(a) kaedah berkenaan yang memperuntukkan bahawa peguam bela dan peguam cara hendaklah berusaha sedaya upaya untuk bersedia bagi menghadapi perbicaraan pada hari yang ditetapkan,” katanya menurut MalayMail.


Beliau juga berkata bahawa “bukan hak automatik” untuk pelanggan melepaskan peguam mereka, atau peguam melepaskan diri mereka sendiri – dan keputusan untuk membenarkan langkah sedemikian akhirnya terpulang kepada mahkamah.


Semalam, peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik memohon menarik diri daripada mewakili bekas Perdana Menteri itu dalam rayuan terakhir terhadap sabitan menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd.


Pada permulaan prosiding semalam, Hisyam memohon maaf kepada panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan dan memohon menarik diri setelah permohonan Najib untuk menangguhkan perbicaraan akhir itu ditolak.


Panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan Hisyam Teh untuk menarik diri, sambil berpendapat peguam itu gagal menunjukkan sebab untuk berbuat demikian.


“Kami menolak permintaannya untuk melepaskan diri. Beliau (Hisyam Teh) masih dalam rekod sebagai peguam utama,” kata Tengku Maimun.


Pada sidang media kemudian, Hisyam Teh berkata beliau tidak berada dalam kedudukan untuk mengambil bahagian dalam prosiding rayuan semasa kerana tidak diberi masa, yang telah dimohon kepada mahkamah, dan dinafikan untuk membuat persiapan yang diperlukan bagi membela Najib.


“Saya tidak nampak cara bermakna saya boleh bertindak dalam prosiding berkenaan kerana kami sebenarnya tidak bersedia,” katanya.


Hari ini, (19 Ogos) Hisyam Teh sekali lagi bertegas untuk tidak mengemukakan sebarang hujahan bagi pihak Najib – yang akan membawa bekas Presiden UMNO itu terus ke penjara jika rayuan terakhir itu ditolak.


Pada hari sama juga, Najib membuat satu lagi kejutan di Mahkamah Persekutuan dengan menamatkan khidmat firma guaman Zaid Ibrahim Sufian TH Liew & Partners yang baharu sahaja dilantik mewakilinya, daripada bertindak sebagai peguam caranya dalam rayuan terakhir itu.


Keputusan Najib itu disampaikan kepada Mahkamah Persekutuan oleh Hisyam Teh.


Ini adalah kali kedua Najib bertindak menamatkan pasukan undang-undangnya setelah mengambil tindakan sama terhadap peguam yang mewakilinya sepanjang kes SRC itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, pada 25 Julai.


Bekas Presiden UMNO itu memberhentikan Tetuan Shafee & Co yang mewakilinya dalam kes SRC sejak 4 Julai 2018 dan melantik firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners sebagai peguam cara baharu, dengan Hisyam Teh sebagai peguam utama serta Liew Teck Huat dan Rueben Mathiaravanam sebagai peguam bersama.


Najib mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC.


Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah yang dikenakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/peguam-jejas-sistem-kehakiman-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mula Serang Hina Badan Kehakiman Negara Kata Peguam

Umno Mula Serang Hina Badan Kehakiman Negara Kata Peguam

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 205 hits
agendaily com18 08 2022Peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Muhammad Rafique Rashid Ali Gambar BernamaSeorang peguam bela dan peguam cara berpendapat tindakan dan kenyataan yang dibuat pemimpin UMNO berhubung rayuan akhir Datuk Seri ...
Bar Council Akan Ambil Tindakan Terhadap Peguam Yang Mewakili Najib

Bar Council Akan Ambil Tindakan Terhadap Peguam Yang Mewakili Najib

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 188 hits
SHAMSUDIN NAWAWINota Gambar memang lari tajuk Itu budak2 baru lepas bersunat masuk jawi ehsan google Jangan lah terbayang ke cytro fake account pulak Sejak petang tadi saya sangat kecewa Tuan2 dan Puan2 mungkin sudah membaca Press Statement...
Kecam Sistem Kehakiman Demi Nak Semalatkan Najib

Kecam Sistem Kehakiman Demi Nak Semalatkan Najib

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 177 hits
Kecam sistem kehakiman demi nak semalatkan Najib Posted By on August 19 2022Serangan berterusan ke atas sistem kehakiman negara lewat kes rayuan bekas Perdana Menteri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan boleh memudaratkan negara Menurut Ang...
Pihak Ugut Hakim Perlu Diambil Tindakan Undang Undang

Pihak Ugut Hakim Perlu Diambil Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 223 hits
Pihak ugut hakim perlu diambil tindakan undang undangPosted By on August 21 2022Serangan berterusan laskar siber pro Umno yang mempertahankan bekas Perdana Menteri Najib Razak tidak bersalah sejak beberapa hari lalu sudah sampai ke tahap me...
Tindakan Terdesak Penyokong Najib

Tindakan Terdesak Penyokong Najib

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 282 hits
Tindakan Terdesak Penyokong Najib Pengerusi Biro Media Sosial DAP Syahredzan Johan menempelak kempen Internet yang menyerang Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat Lihatlah betapa terdesaknya mereka Serang keluarga ketua hakim dan buat a...
Mesra Dengan Peminat Tindakan Ramah Jung Woosung Dipuji

Mesra Dengan Peminat Tindakan Ramah Jung Woosung Dipuji

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 177 hits
Pelakon Jung Woo sung baru baru ini menyertai satu sesi tayangan filem Hunt bersama peminat di Seoul Apa yang paling menarik perhatian adalah bagaimana Jung Woo sung berinteraksi dengan para peminatnya ARTIKEL BERKAITAN Pada sesi tayangan t...
Semua Tindakan Najib Adalah Bagi Capai Hasrat Peribadi

Semua Tindakan Najib Adalah Bagi Capai Hasrat Peribadi

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 279 hits
MalaysiakiniMahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini diberitahu bahawa semua tindakan yang diambil oleh Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd adalah bagi mencapai hasrat peribadi beliau bagi mendapat perolehan secara ...
Ramai Terkejut Tindakan Pemuda Ini Sanggup Swap Tanah Lot Dengan Motosikal Rx Z

Ramai Terkejut Tindakan Pemuda Ini Sanggup Swap Tanah Lot Dengan Motosikal Rx Z

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 193 hits
Kerana minat dan mahu memiliki motorsikal Yamaha RX Z tindakan pemuda ini telah mengejutkan ramai kerana sanggup 8216 swap 8217 sebidang tanah lot dengan motosikal lagend itu Umum mengetahui ketika ini motosikal RX Z menjadi kegilaan ramai ...
Tolong Buka Tali Pinggang Kawan Istimewa Nak Ke Tandas Mulianya Tindakan 2 Rakan Ni

Tolong Buka Tali Pinggang Kawan Istimewa Nak Ke Tandas Mulianya Tindakan 2 Rakan Ni

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 235 hits
Inilah nilai sebuah persahabatan bila mana sanggup membantu insan istimewa lain di saat amat memerlukan bantuan Tindakan dua sahabat kepada anak istimewa ini seharusnya diberikan pujian bila mana membantu rakan istimewa lain dengan ikhlas k...
The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan

Semai Biji Benih Pokok Tecoma Kuning

Rafizi Enggan Pkr Dipenuhi Pak Turut Tukang Ampu

Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan

Selamat Hari Ibu Buat Emak Saya Semua Emak Di Dunia

Mahathir Treats Sabah And Sarawak As Piggybanks Says Analyst

Filem Gayong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Elephant Mothers Form Strong Emotional Bonds With Calves

Why Is Helping Others Important Why Should We Be Generous

Konsert Genkru Hari Keempat Apabila Muzik Menjadi Memori Konsert Genkru Adalah Perjalanan Emosi

Kru Dan Icon Entertainment Lakar Sejarah Terima 2 Pengiktirafan Dari The Malaysia Book Of Records

Umdap Vs Pasedap Bersedap