Peguam Ini Tanya Kalau Bukan Menipu Kita Nak Kata Pas Apa


 



September 8, 2021 Saya tak suka menuduh pemimpin PAS ini menipu. Tapi kalau tidak dikatakan menipu, kita nak kata apa?
Isu RUU355 adalah contoh teragung perjuangan PAS yang dahulunya diperjuang bagai nak rak. Seolah dunia dah nak kiamat keesokan harinya kalau RUU355 tidak diluluskan di Parlimen.
Tapi apabila peluang dah ada di hadapan mata untuk meminda Akta 355 tersebut, mereka sendiri yang persia-siakan. Bentang, tangguh, kemudian bentang lagi, dan kemudian tangguh semula.
Bahkan sebenarnya isu RUU355 bermula dengan EKJS II yang diluluskan di DUN Kelantan lagi, konon sekiranya tak terlaksana ‘hudud’ di sana, MB sendiri sanggup meletak jawatan. Itu cerita 2015.
Kemudian baharulah membawa kepada pindaan Akta 355 di Parlimen. Ironinya, PAS menafikan bahawa pindaan Akta 355 tersebut adalah berkaitan ‘hudud’ walhal, hampir semua orang tahu bahawa perjuangan RUU355 versi PAS tersebut adalah bagi membolehkan EKJS II di Kelantan itu dikuatkuasakan.
Dari sudut itu pun sebenarnya PAS telah terperangkap dengan agenda ciptaan mereka sendiri. Sebab itu semasa awal-awal RUU355 dibawa menerusi usul persendirian Ahli Parlimen Marang, cadangan pindaan mereka sangat kabur.
Hanya setelah beberapa kali cubaan pembentangan di Parlimen baharulah cadangan pindaan dibuat lebih spesifik iaitu untuk menambah takat hukuman daripada 3 tahun penjara, denda sehingga RM5000 dan sebatan tak lebih 6 kali, kepada hukuman penjara tidak lebih 30 tahun, denda sehingga RM100 ribu dan sebatan tak lebih 100 kali.
Pun begitu, PAS masih berdalih konon ianya bukan ‘hudud’ sebaliknya hanyalah ‘takzir’ yang ditentukan pemerintah. Justeru kenapa berjanji untuk meletak jawatan MB Kelantan pada 2015, kalau bukan untuk bolehkan EKJS II atau Hudud dilaksanakan di Kelantan?
Kenapa perlu geger seluruh dunia seolah Kelantan sudah amat bersedia untuk laksanakan Hudud, tetapi sebenarnya pindaan yang dibuat menerusi RUU355 di parlimen hanya untuk memperkukuhkan lagi pelaksanaan ‘takzir’ semata-mata?
Bukankah terlalu ironi perjuangan Hudud dan RUU355 yang diperjuangkan oleh PAS?
Nah, setelah RUU355 yang diperjuangkan PAS sebelum PRU 14 menemui jalan ‘mati’, disebabkan kegagalan PAS sendiri untuk ‘berpakat’ dengan UMNO untuk realisasikan di Parlimen, dan setelah puas ‘mengerah’ ahli PAS berhimpun di Padang Merbok, mereka desak pula supaya kerajaan PH untuk memberi ruang kepada RUU355 dilaksanakan.
Walhal PH daripada awal tidak pernah bersetuju dengan cara yang dibawa oleh PAS dalam isu RUU355 tersebut.
Dari awal lagi sebahagian pemimpin PH telah jelaskan bahawa RUU355 perlu dibawa secara teratur dan berhikmah tanpa perlu dipolemikkan demi kepentingan politik semata-mata. Perlu pendekatan lebih holistik bagi memastikan pelaksanaan pindaan Akta 355 tersebut mengikut lunas perlembagaan apatah ianya turut melibatkan bidangkuasa negeri-negeri dan terkait kuasa Raja-raja Melayu sendiri.
Tetapi apa kata pemimpin PAS ketika itu? Sewenangnya mereka tuduh pemimpin PH sebagai penentang hukum Islam dan lebih parah, ada di kalangan pimpinan PAS yang mengancam untuk ‘menjiratkan’ pemimpin PH!
Nah, hari ini, kita dapat saksikan permainan kata-kata pemimpin PAS sendiri yang konon RUU355 dikatakan tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa?
Apa dah jadi dengan janji dahulu konon untuk meletak jawatan jika Hudud tak terlaksana di Kelantan? Kenapa dahulu begitu tergesa-gesa mendesak pindaan Akta 355?
Kenapa dahulu menuduh pihak tak bersetuju dengan cara PAS atas alasan sama yang pemimpin PAS beri hari ini, sebagai penentang Islam? Kenapa hari ini tidak boleh pemimpin PAS tersebut dituduh penentang Islam kerana berkata RUU355 tak boleh tergesa-gesa?
Sebab itu saya tanya, kalau tidak boleh dikatakan PAS menipu, kita nak kata apa?
MUHAMAD FADZIL AHAMAD
Peguam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/peguam-ini-tanya-kalau-bukan-menipu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Tak Kata Pemimpin Pas Tipu Nak Kata Apa Lagi

Kalau Tak Kata Pemimpin Pas Tipu Nak Kata Apa Lagi

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 343 hits
Saya tak suka menuduh pemimpin PAS ini menipu Tapi kalau tidak dikatakan menipu kita nak kata apa Isu RUU355 adalah contoh teragung perjuangan PAS yang dahulunya diperjuang bagai nak rak Seolah dunia dah nak kiamat keesokan harinya kalau RU...
Tak Bolehlah Ayah Kata Macam Ni Mak Pula Macam Ni Nak Bentuk Anak Mak Ayah Kena Sepakat

Tak Bolehlah Ayah Kata Macam Ni Mak Pula Macam Ni Nak Bentuk Anak Mak Ayah Kena Sepakat

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 293 hits
Anak anak kecil kita sememangnya pemerhati paling bijak Mereka melihat dan menilai apa yang ada di depan mata mereka Dan mak ayahlah orang yang berada paling dekat untuk dilihat dan dicontohi anak anak Sebagai mak ayah elakkan beberapa perk...
Rakyat Nak Pembaharuan Nama Kerajaan Tak Penting Kata Najib

Rakyat Nak Pembaharuan Nama Kerajaan Tak Penting Kata Najib

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 298 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak berkata bagi memastikan strategi dicapai mengikut kehendak rakyat kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob perlu diberi masa untuk menggubal dasar baharu KUALA LUMPUR Nama kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ism...
Ismail Dilantik Agong Tak Perlu Undi Percaya Kata Peguam Negara

Ismail Dilantik Agong Tak Perlu Undi Percaya Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 241 hits
Peguam Negara Idrus Harun berkata hari ini tidak perlu pengesahan terhadap pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri atau kerajaan pimpinannya kerana ia ditubuhkan mengikut undang undang Idrus menambah sekiranya masih memerluka...
Tanya La Kak Syifaa Awak Nak Kahwin Dengan Saya Tak Gelagat Zarina Meny4kat Azal Memang Kelakar

Tanya La Kak Syifaa Awak Nak Kahwin Dengan Saya Tak Gelagat Zarina Meny4kat Azal Memang Kelakar

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 236 hits
Umum sedia maklum bahawa pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar yang mengh1dap aut1sme Abang yang sulung iaitu Muhammad Raizal Azrai atau Azal menghidap aut1sme tahap sederhana manakala Azil kembarnya perlu mengambil ubat T...
Umno Nak Cari Penyakit Gabung Dengan Pas Pakatan Rakyat Dah Kena Kencing Di Beberapa Dun Umno Nak Kena Buat Lah

Umno Nak Cari Penyakit Gabung Dengan Pas Pakatan Rakyat Dah Kena Kencing Di Beberapa Dun Umno Nak Kena Buat Lah

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 264 hits
Pembahagian kerusi Pas Umno Mohd Amar tempelak Tok MatSeptember 10 2021 Pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke 15 melibatkan UMNO dan Pas dalam kerjasama Muafakat Nasional masih belum dimuktamadkan walaupun secara dasarnya sudah mencapai t...
Pemandu Mabuk Pas Sudah Tak Berguna Sampai Bila Rakyat Nak Jadi Korban

Pemandu Mabuk Pas Sudah Tak Berguna Sampai Bila Rakyat Nak Jadi Korban

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 198 hits
September 13 2021 KES kematian akibat kecuaian pemandu lain yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Malaysia terus berlaku Bagi tempoh lima bulan pada 2020 sejumlah 67 kes kemalangan dengan tiga kematian dicatatkan dan ia melebi...
Esok Nak Sign Mou Hari Ni Guan Eng Belasah Pas

Esok Nak Sign Mou Hari Ni Guan Eng Belasah Pas

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 290 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menggesa Ismail Sabri Yaakob untuk menerangkan rang undang undang melarang bukan Islam menyebarkan agama terhadap penganut Islam mengatakan ia adalah cadangan PAS yang menyanggahi konsep Keluarga M...
Dsai Jawab Isu Peguam Negara Kata Tak Perlu Buat Undi Percaya Pm Depan A

Dsai Jawab Isu Peguam Negara Kata Tak Perlu Buat Undi Percaya Pm Depan A

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 201 hits
Kenapa penting undi percaya di Parlimen Kerana ia sebahagian dari Perlembagaan Negara Even YPDA dan Timbalan YDPA juga bertitah benda yang sama Peguam Negara masa itu tak kata apa apa Tiba tiba hari ini boleh derhaka dan ingkar pada titah Y...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kemaskini

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Ratu Naga Surrenders Herself To Mcmc In Anthem Mix Up Row Clears The Air Over Her Honest Mistake

Masjid Nurul Huda Felda Jengka 19

Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15