Orang Jepun Jarang Bercuti Sanggup Kerja Ot Tetapi Budaya Ini Memakan Diri Kerana Sisi Gelap Budaya Kerja Jepun



Negara yang terkenal dengan jolokan negara matahari terbit, iaitu Jepun sudah tidak asing lagi diperkatakan sebagai negara yang penuh dengan adab, budaya, kebersihan dan disiplin yang tinggi. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai sikap yang rajin dan bersungguh-sungguh di dalam pekerjaan demi sesebuah organisasi

Tetapi, melalui perkongsian pemuda ini, budaya kerja yang ditonjolkan oleh rakyat Jepun sebenarnya telah memakan diri mereka sendiri sehinggakan ada yang mengalami tekanan dan membunuh diri. Bagi mengelakkan kes seperti ini berlanjutan, Perdana Menteri Jepun telah mengambil beberapa inisiatif. 
SISI gelap budaya kerja di Jepun. Selama ini kita sering didedahkan dengan nilai kerajinan dan kesungguhan bekerja rakyat Jepun. Dan tidak dinafikan nilai-nilai ini perlu dicontohi. Tapi sampai satu tahap, budaya ini telah memakan diri rakyat Jepun sendiri

Tun M sendiri menjadikan Jepun sebagai negara contoh dengan Dasar Pandang Ke Timurnya pada 80-an. Bagi rakyat Jepun, kerajinan ditentukan dengan tempoh waktu bekerja. Semakin lama bekerja semakin rajin seseorang itu

Ditambah dengan semangat cintakan negara yang tinggi, rakyat Jepun melihat bekerja kuat mampu mengembalikan kekuatan ekonomi Jepun setelah musnah dalam Perang Dunia Kedua

Untuk pengetahuan anda, orang Jepun sangat jarang mengambil cuti. Kerana sesiapa yang mengambil cuti akan dianggap pemalas sehinggakan rata-rata mereka akan rasa bersalah apabila mengambil cuti. Berdasarkan satu survey daripada Expedia.com, pekerja di sana hanya menghabiskan separuh sahaja daripada cuti tahunan mereka

Selain itu, orang Jepun juga sanggup bekerja lebih masa tanpa dibayar. Tetapi mereka berbuat demikian bukan kerana sayangkan syarikat tetapi kerana tekanan persekitaran. Dianggarkan 1/4 daripada rakyat Jepun bekerja lebih 80 jam (80 jam ini OT sahaja, tidak termasuk waktu bekerja 8 jam sehari)

Namun, budaya kerja Jepun ini bukanlah indah semuanya. Sikap berkerja terlalu kuat telah menimbulkan satu fenomena yang dinamakan sebagai Karoshi. Karoshi bermaksud kematian di tempat kerja

Isu karoshi ini bukanlah isu baharu, ia bermula sejak 60an dan 70an lagi. Tetapi kurang mendapat perhatian ketika itu kerana kematian dianggap sebagai norma pada zaman tersebut. Kebanyakan kematian berpunca daripada sakit jantung, strok dan bunuh diri

Berdasarkan statistik rasmi dari Jan 2010 hingga Mac 2015, 368 telah membunuh diri yang berpunca daripada kes karoshi. Manakala statistik daripada Gallup mendedahkan 67% pekerja tidak berminat dengan pekerjaan mereka sekarang. Tetapi terus bekerja demi gaji

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah mengambil beberapa insiatif bagi menangani masalah ini

Antaranya adalah inisiatif Premium Fridays yang diperkenalkan di Tokyo di mana majikan perlu membenarkan pekerjanya pulang seawal jam 3 petang

Selain itu, kerajaan turut menggalakkan pekerja untuk mengambil cuti sebanyak 20 hari setahun. Tetapi 35% pekerja masih lagi enggan untuk mengambil cuti

Di Toshima, mereka mengambil langkah dengan memastikan pejabat lampu ditutup pada jam 7 petang untuk memaksa pekerja pulang ke rumah

Begitulah serba sedikit kisah di sebalik kerajinan rakyat di Jepun. Mana yang baik kita contohi, mana yang buruk dijadikan pengajaran

Saya berpegang bahawa hidup ini perlu ada kesimbangannya. Kita hidup untuk bekerja seperti robot. Kita perlu ada masa untuk keluarga, untuk agama, dan untuk diri kita sendiri

Anda buat kerja sampai sakit-sakit untuk syarikat, tapi adakah syarikat menyayangi anda? Berpada-padalah

Saya lebih minat dengan insiatif negara-negara maju di mana mereka sangat mementingkan kesimbangan hidup dan kerja. Ada antaranya memperkenalkan inisiatif bekerja 4 hari yang mana hasilnya meningkatkan produktiviti pekerja

Sumber: Mohd Kautharr

Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/10/orang-jepun-jarang-bercuti-sanggup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Buat 4 Kerja Sara Diri Keluarga

Pelajar Buat 4 Kerja Sara Diri Keluarga

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 349 hits
Kisah penuntut sains sukan UM Ong Ke Shing antara yang dipaparkan sebuah filem pendek yang mengangkat isu kesusahan yang dihadapi siswa pada masa ini
Melaney Ricardo Tak Percaya Diri Tanpa Make Up Saya Bukan Sandra Dewi

Melaney Ricardo Tak Percaya Diri Tanpa Make Up Saya Bukan Sandra Dewi

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 268 hits
Melaney Ricardo mengaku tak percaya diri bila tampil tanpa make up Soalnya ia mengaku bukan Sandra Dewi yang kecantikannya begitu memukau meski tanpa make up
Saya Akui Diri Ini Jahil Fathia Latiff

Saya Akui Diri Ini Jahil Fathia Latiff

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 188 hits
Kalau kita tengok Fathia Latiff ini asyik kena kecam je dengan netizen kan Kesian dia Yang latest kena kecaman netizen disebabkan dia membuat keputusan untuk freehair selepas 3 tahun dia berhijab tau Mungkin ada sebab juga kenapa dia buat m...
8 Aktor Laga Ini Ternyata Kuasai Lebih Dari 4 Seni Bela Diri

8 Aktor Laga Ini Ternyata Kuasai Lebih Dari 4 Seni Bela Diri

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 222 hits
8 Aktor laga yang ternyata menguasai lebih dari 4 cabang bela diri antara lain Jason Statham dan Jackie Chan Donnie Yen bahkan kuasai 15 cabang bela diri
Belajarlah Adab Dahulu Tiada Gunanya Ilmu Seseorang Tanpa Adab Dalam Diri

Belajarlah Adab Dahulu Tiada Gunanya Ilmu Seseorang Tanpa Adab Dalam Diri

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 183 hits
ADAB dalam konteks mudah adalah melibatkan peri laku perbuatan kebaikan kesantunan moral sopan santun kesusilaan dan kemanusiaan Adab mungkin berbeza mengikut budaya dan kaum yang berlainan tetapi hakikatnya ia adalah sama Tiada gunanya ilm...
Bandar Narkoba Di Aceh Ditembak Mati Saat Berupaya Melarikan Diri

Bandar Narkoba Di Aceh Ditembak Mati Saat Berupaya Melarikan Diri

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 222 hits
Ini operasi hasil kerja sama antara Polisi BNNP dan juga BNN Kabupaten kita berhasil melumpuhkan Ridwan kata Brigjen Pol Faisal Abdul Naser
Rehatkan Diri Dengan Babyfh Di Refarm Leisure Kampar Perak

Rehatkan Diri Dengan Babyfh Di Refarm Leisure Kampar Perak

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 469 hits
Assalamualaikum w b t Menarik di Kampar Perak Kalau sebut Kampar Perak mesti korang terpikir apa yang menarik dekat sana Ye dulu bila orang tanya nak jalan dekat Perak ni macam terhad je tempat menariknya Tapi sebenarnya Perak juga merupaka...
Sibuk Dan Tiada Masa Untuk Penjagaan Diri Jangan Risau Ini Tips Mudah Untuk Anda

Sibuk Dan Tiada Masa Untuk Penjagaan Diri Jangan Risau Ini Tips Mudah Untuk Anda

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 253 hits
Sesibuk mana pun kita kecantikan muka perlu dijaga kerana barkait rapat dengan kesihatan Ramai wanita di luar sana kurang mengambil berat tentang kesihatan diri sendiri kerana terlalu sibuk dengan rutin harian mereka Ada diantara wanita yan...
Membuat Memalsu Menjual Dokumen Pengenalan Diri Di P Pinang

Membuat Memalsu Menjual Dokumen Pengenalan Diri Di P Pinang

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 224 hits
Enam nafi jual MyKad sijil kelahiran ENAM tertuduh termasuk seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara mengaku tidak bersalah terhadap 13 pertuduhan termasuk membuat memalsukan dan menjual dokumen pengenalan diri di Georgetown hari ini Pert...
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

Lelaki Didakwa Cederakan Teman Wanita Dengan Menyimbah Minyak Panas

The Impact Of Domain Name


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Butterworth Folk Push For Cross Channel Lrt Link To Start First

Things To Ponder Self Reflection 7

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat