Peguam Berbeza Pendapat Berhubung Keputusan Mahkamah Ke Atas Sis



(FMT) – Peguam berbeza pendapat berhubung dakwaan bahawa keputusan terbaru mahkamah menolak bantahan Sisters in Islam (SIS) terhadap fatwa ke atas kumpulan aktivis hak wanita Islam itu bakal mempunyai kesan luas dari segi liputan undang-undang Islam.
Ketika menolak bantahan SIS terhadap fatwa yang melabelkannya sebagai sesat daripada ajaran Islam, Mahkamah Tinggi tidak bersetuju dengan hujah kumpulan itu bahawa pihak berkuasa agama negeri tidak mempunyai bidang kuasa ke atasnya kerana ia didaftarkan sebagai sebuah syarikat.
“Syarikat dan pengarah Forum SIS beragama Islam dan kegiatan mereka berkait dengan undang-undang Islam. Fatwa itu adalah terpakai,” kata hakim Mahkamah Tinggi Nordin Hassan.
Dalam respons balasnya, aktivis Marina Mahathir mengkritik penghakiman itu sebagai “pintu belakang pensyariahan” undang-undang Malaysia.
Beliau juga berkata, penghakiman itu bermakna mana-mana syarikat yang mempunyai orang Islam di dalamnya, termasuk pengarah, pemegang saham dan kakitangan, boleh tertakluk kepada bidang kuasa undang-undang syariah.
Bagaimanapun peguam dan aktivis hak asasi Kuthubul Zaman Bukhari berkata, keputusan mahkamah itu hanya melibatkan SIS.
“Saya berpendapat, ia tidak memberi kesan ke atas pengarah beragama Islam dalam syarikat lain,” kata bekas presiden Majlis Peguam itu, yang turut mempengerusikn jawatankuasa syariah badan itu.
Namun begitu katanya, orang Islam yang menjalankan kegiatan sama seperti SIS mungkin terkesan oleh keputusan itu.
Peguam Lim Wei Jiet berkata, penghakiman itu seolah-olah memberikan kepada pihak berkuasa Islam kuasa ke atas peraturan syarikat yang tertakluk kepada undang-undang bukan syariah.
Idea bahawa satu entiti korporat, yang bukan manusia, boleh tertakluk kepada undang-undang Islam dan difatwakan sebagai “sesat” boleh mengundang banyak implikasi negatif,” katanya kepada FMT.
“Ini berlawanan dengan ciri sekular negara ini, dengan Islam hanya berfungsi dalam lingkungan peribadi.”
Lim juga mempersoalkan bagaimanakah sesebuah syarikat dianggap “cukup Islam” untuk diletakkan di bawah bidang kuasa undang-undang Islam.
Beliau bertanya apakah yang akan berlakunya sekiranya seorang bukan Islam memegang saham bagi pihak pemegang saham beragama Islam.
“Kemungkinannya tidak terbatas, dan kotak Pandora ini tidak sepatutnya dibuka sama sekali.”
Kuthubul Zaman bersetuju bahawa penghakiman Mahkamah Tinggi itu bertentangan dengan hak kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan.
“Syarikat dikawal selia di bawah Akta Syarikat. Fatwa tidak boleh mengatasi akta Parlimen atau perlembagaan, yang merupakan undang-undang tertinggi negara.”
Peguam syariah Nizam Bashir berkata, adalah terlalu awal untuk membuat rumusan mengenai keputusan itu.
Beliau berkata, keputusan itu hanya membawa makna semakan kehakiman yang difailkan oleh SIS terhadap fatwa tersebut tidak berjaya.
“Dari segi undang-undang, walaupun syarikat tidak boleh “memeluk” agama Islam, ia juga tidak boleh berpegang kepada kepercayaan liberal atau apa-apa juga kepercayaan lain,” kata Nizam kepada FMT.
Beliau berkata, tidak ada atau hampir tidak asas dari segi undang-undang untuk berhujah bahawa pihak berkuasa agama negeri boleh bertindak ke atas sebuah syarikat, pegawai dan kakitangannya atau pemegang saham atau pengarah jika mereka beragama Islam.
Nizam berkata, keputusan itu mungkin mempunyai kesan tidak langsung ke atas dasar pekerjaan korporat yang melibatkan kakitangan atau pengarah beragama Islam, selain keputusan korporat sekiranya satu pihak beragama Islam.
“Sarana korporat mungkin perlu patuh syariah,” katanya.
Beliau berkata, walaupun tidak ada pihak yang membayangkan bahawa pihak berkuasa syariah tidak boleh menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan fatwa, namun soalan yang perlu dijawab ialah sama ada fatwa yang dibuat perlu berada dalam lingkungan perlembagaan dan perundangan.
“Inilah isu berbangkit yang dibawa oleh SIS berhubung fatwa Selangor 2014 itu.”
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/08/30/peguam-berbeza-pendapat-berhubung-keputusan-mahkamah-ke-atas-sis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Adib Peroleh Kebenaran Prosiding Hina Mahkamah Ke Atas Peguam Negara

Bapa Adib Peroleh Kebenaran Prosiding Hina Mahkamah Ke Atas Peguam Negara

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 220 hits
Tommy ThomasKeluarga Muhammad Adib Mohd Kassim memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Koroner untuk memulakan prosiding komital terhadap Peguam Negara Tommy Thomas berhubung punca kematian anggota bomba dan penyelamat Malaysia itu Memetik l...
Ph Berbeza Pendapat Keputusan Tetap Sama Marzuki

Ph Berbeza Pendapat Keputusan Tetap Sama Marzuki

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 177 hits
PH berbeza pendapat keputusan tetap sama MarzukiOleh August 18 2019Perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan tidak menggambarkan kerajaan sedang bertelingkah Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Marzuki Yahya menjelaskan wala...
Spr Akur Keputusan Mahkamah Pilihan Raya

Spr Akur Keputusan Mahkamah Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 216 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Sisters In Islam Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah

Sisters In Islam Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 449 hits
Pengarah Eksekutif Sisters in Islam Rozana Isa bersama penyokong Sisters in Islam Datuk Marina Mahathir ketika keluar dari mahkamah berkenaan keputusan pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto FAREEZ...
Bie Lepaskan Dia Dengan Talak 3 Suami Kata Tiada Niat Tetapi Mahkamah Kata Lafaz Itu Sah Jatuh Talak Ke Atas Isterinya

Bie Lepaskan Dia Dengan Talak 3 Suami Kata Tiada Niat Tetapi Mahkamah Kata Lafaz Itu Sah Jatuh Talak Ke Atas Isterinya

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 370 hits
The ReporterOkay guys I wanted to share something Kes hari ini DISCLAIMER I will never expose the identity of the parties Cuma jalan cerita kes sahaja untuk beri pengajaran kepada smua Happy reading dan jangan lupa sentiasa anggap cerita in...
Keluarga Adib Dibenarkan Heret Peguam Negara Ke Mahkamah Kerana Menyebabkan Prosiding Inkues Kematian Adib Tertangguh

Keluarga Adib Dibenarkan Heret Peguam Negara Ke Mahkamah Kerana Menyebabkan Prosiding Inkues Kematian Adib Tertangguh

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 229 hits
Keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Koroner untuk memulakan prosiding komital terhadap Peguam Negara Tommy Thomas berhubung punca kematian anggota bomba dan penyelamat Malaysia Koroner Rofiah Mohamad me...
Keluarga Adib Dibenar Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Peguam Negara

Keluarga Adib Dibenar Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Peguam Negara

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 389 hits
Oleh MAHKAMAH BENAR PERMOHONAN KOMITAL TERHADAP AG1 Mahkamah Koroner sebentar tadi membenarkan permohonan komital keluarga arwah Adib terhadap Peguam Negara Tommy Thomas kerana menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca...
Aliff Aziz Didakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Mencuri

Aliff Aziz Didakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Mencuri

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 212 hits
Nampaknya nama Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan ramai apabila pelakon dan penyanyi itu hari ini didakwa di mahkamah Singapura atas tuduhan The post appeared first on
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Selamat Tinggal 0176076730

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Udang Lemon

Sampul Raya Yang Cantik Menarik

Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu