Pegawai Minta Rasuah


 




KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Ting King Sing berkata, beliau dimaklumkan terdapat pegawai Imigresen meminta wang daripada pelancong asing yang ditahan sebagai syarat untuk dilepaskan.

Ahli Parlimen Bintulu itu mendedahkan bahawa bayaran yang dipinta sehingga RM3,000  termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, tambahan RM3,000 pula diminta jika warga asing berkenaan mahu pulang ke negara asal dengan kadar segera menerusi ‘laluan khas’, manakala RM12,000 pula untuk kos memproses visa.

“Semua maklumat ini akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan dapat dijalankan seterusnya dapat memulihkan imej Malaysia terutamanya di pintu mask negara,” katanya dalam kenyataan.hari ini.

King Sing berkata demikian dalam reaksi terhadap berita yang tular mendakwa beliau menceroboh masuk Balai Ketibaan Antarabangsa di KLIA dan cuba menyelamatkan seorang pelawat wanita warga China yang ditahan Imigresen.

Mengulas dalam perkara yang sama, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak itu juga menyatakan kekecewaannya kerana gambarnya semasa insiden itu telah ditularkan oleh pihak dalaman agensi berkaitan di KLIA.

Sambil mempersoalkan niat pihak berkenaan sehingga menularkan gambarnya dengan persepsi tidak tepat dan berita yang berunsur fitnah, beliau juga menekankan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) harus campur tangan dan bertindak dalam perkara tersebut.

Katanya, SKMM perlu menyiasat secara teliti bagi mengetahui pegawai dalaman yang menularkan serta fitnah berhubung gambar-gambar beliau serta maklumat yang ditularkan mengenai insiden tersebut.

“Walaupun niat mereka tidak diketahui, maka berkemungkinan mereka terkejut dengan penyertaan SPRM dan bimbang bahawa “sumber pendapatan” mereka akan terputus atau terancam.

“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa mereka ingin melindungi rakan-rakannya dengan sengaja membocorkan maklumat, membuat tuduhan tapa asas dan menyebarkan laporan palsu.

“Selain merujuk kes ini kepada SPRM untuk siasatan mendalam, dalam masa sama saya akan membangkitkan perkara ini ke Kabinet termasuk cadangan memansuhkan ejen yang mengendalikan pelancong asing yang ditolak kemasukan (NTL-Not To Land) kerana dilihat semakin kronik dengan isu ketidaktelusan serta penyalahgunaan kuasa yang memburukkan imej negara di mata dunia,” ujarnya lagi.

King Sing juga menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya membatalkan pihak ketiga dalam menguruskan tiket penerbangan bagi tahanan Imigresen di Malaysia dipulangkan ke tanah air.

Dalam perkara berkenaan, beliau mencadangkan agar masalah ini boleh ditangani oleh syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan.

Pada masa yang sama, bagi mengelak kejadian negatif seumpama berulang lagi beliau menyeru orang ramai agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita sebelum disebarkan.

“Saya yakin kita dapat membersikan segala ketirisan yang mencemarkan imej negara sekiranya kita semua berganding bahu,” kata King Sing lagi. – MalaysiaGazette

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/pegawai-minta-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panik Pegawai Polis Telan Wang Kertas Rm556 Ketika Kena Serbu Minta Rasuah

Panik Pegawai Polis Telan Wang Kertas Rm556 Ketika Kena Serbu Minta Rasuah

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 398 hits
KIM SYAZIEGara gara mahu melupuskan bukti seorang pegawai polis sanggup menelan segumpal wang kertas berjumlah RM556 selepas panik diserbu ketika sedang meminta rasuah dan memeras ugut seorang ahli perniagaan Kejadian dilapor berlaku meliba...
Pm Isu Rasuah Klia Dibincang Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri

Pm Isu Rasuah Klia Dibincang Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 248 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Dakwaan wujudnya amalan salah guna kuasa dan rasuah di pintu masuk negara akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu depan untuk dibincangkan dengan lebih lanjut kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Anwar jug...
Lawan Rasuah Bantu Rakyat Marhaen Kenapa Mahu Jatuhkan Pm Anwar

Lawan Rasuah Bantu Rakyat Marhaen Kenapa Mahu Jatuhkan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 182 hits
Komplot mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai ugutan sebagaimana beliau dedahkan semalam dalam ucapan di Masjid Jamek An Nur Kampung Guar Perahu Permatang Pauh Pulau Pinang tidak selayaknya diterima oleh ...
Rasuah Serius Di Negara Kita

Rasuah Serius Di Negara Kita

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 217 hits
Veteran UMNO menyifatkan cerita rasuah melibatkan pegawai kerajaan dan orang politik bukan suatu yang mengejutkan Menurut setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub isu itu sudah lama berlaku walaupun ada tangkapan dibuat Namun katanya rasuah teta...
Sprm Kesan Ejen Minta Rasuah Rm18 000 Di Klia

Sprm Kesan Ejen Minta Rasuah Rm18 000 Di Klia

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 355 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang mengesan seorang ejen yang meminta rasuah RM18 000 untuk menyelesaikan kes seorang pelancong asing tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini Sumber badan anti rasu...
Geng Penyakau Gelisah Ketegasan Anwar Lawan Rasuah

Geng Penyakau Gelisah Ketegasan Anwar Lawan Rasuah

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 223 hits
Ketegasan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membenteras rasuah menyebabkan kumpulan geng penyakau besar merasa terdesak sehingga terpaksa mengugut Perdana Menteri Pengerusi Pertubuhan Jaringan Insan Madani Aidi Amin Yazid berkata pihak terbabit...
Saya Sedia Disiasat Jika Terlibat Rasuah Pm

Saya Sedia Disiasat Jika Terlibat Rasuah Pm

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 230 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi tekadnya memerangi rasuah di negara ini bagi memulihkan kembali Malaysia Pada ucapan pada Kenduri Qurban di Masjid Jamek An Nur Guar Perahu Seberang Perai Tengah Permatang Pauh petang tadi...
Ctos Sme Biz Day Ends On A High In Kuching Fueling Digital Growth For 6 000 Smes Nationwide

Create Your Next Masterpiece With The All New

Apa Peluang Kerja Untuk Graduan Pengurusan Pelancongan Di Malaysia

Apa Itu Fpx Panduan Lengkap Tentang Pembayaran Fpx Di Malaysia

Telefilem Skuad Apartmen Putra Misi Cinta Merdeka

Cara Mengusir Kenangan Pahit

Beyond Quick Fixes Real Reforms For Malaysia S Education Future

Sarah Hildebrand Bergelar Ibu Selamat Timang Cahaya Mata Pertama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Suplemen Yang Perlu Dielakkan Kalau Korang Mengambil Levothyroxine

Conducting A Swot Analysis

Lauk Sardin

Peguam Along Cham Mohon Saksi Henti Buat Kenyataan Utusan Malaysia

Panduuji Gac Emkoo Suv Futuristik Dari Rm120k

Sebut Nama Anak Menteri Sabah Saifuddin Akui Khilaf Bukan Anak Datuk Ariffin Saya Tarik Semula Kenyataan Itu