Pegawai Maqis Bolos 100 Kontena Daging Import Terima Rasuah Hingga Rm5k Setiap Kontena


Johor Bahru: Tiga pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang direman semalam disyaki menerima sogokan sekurang-kurangnya RM200,000 bagi melepaskan kontena muatan daging kerbau sejuk beku import daripada pembekal tidak diiktiraf sejak 2017.
Sumber memberitahu Harian Metro, pegawai Maqis terbabit dikatakan sudah melepaskan hampir 100 kontena dengan muatan daging sejuk beku itu daripada pengeksport dari India yang tidak diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Katanya, setiap pegawai Maqis itu disogok antara RM1,000 hingga RM5,000 bagi melepaskan setiap kontena terbabit dan sogokan yang diterima berbeza berdasarkan pangkat dijawat pegawai terbabit.
"Pegawai berpangkat tinggi menerima sogokan lebih tinggi berbanding anak buahnya.
"Ia dipercayai berlaku di pintu masuk dagangan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) membabitkan ejen penghantaran yang menguruskan dokumen kemasukan daging sejuk beku terbabit," katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, pegawai Maqis bersekongkol dengan ejen penghantaran bagi melepaskan barangan yang diimport meskipun mengetahui pembekal daripada syarikat yang tidak pernah dibenarkan memasuki negara ini.

Semalam, ketiga-tiga pegawai Maqis masing-masing berusia 40, 44 dan 55 tahun itu direman lima hari sehingga 23 Januari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Difahamkan dua pegawai Maqis itu memegang jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa di stesen pintu masuk dagangan laut manakala seorang lagi adalah Ketua Pintu Masuk Maqis.
Ketiga-tiga pegawai Maqis itu bagaimanapun dikatakan sudah dipindahkan ke daerah lain sebelum ditahan SPRM.
SPRM dijangka melakukan lebih banyak tangkapan hasil daripada penahanan terbaharu ini.
Berdasarkan laman web rasmi JPV, hanya 11 pengeksport daging sejuk beku kerbau di India mendapat pengiktirafan bagi tujuan dibawa masuk ke negara ini, termasuk status halal dan paling terakhir dilakukan pada 6 November 2019.
Bagaimanapun, mengikut senarai terkini JPV, daripada 11 pembekal di India, syarikat Federal Agro Industries Private Limited digantung pengiktirafan mereka berkuat kuasa serta-merta pada 16 September lalu.
Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2MaIryR
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2021/01/pegawai-maqis-bolos-100-kontena-daging.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kartel Daging Pegawai Disogok Rm1 000 Hingga Rm5 000 Setiap Kontena

Kartel Daging Pegawai Disogok Rm1 000 Hingga Rm5 000 Setiap Kontena

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 464 hits
Pada 4 Januari 2021 empat individu melibatkan tiga pengarah syarikat dan seorang kerani direman bersabit skandal Kartel Daging mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tempoh reman tamat Kemudian pada 2 Disember tahun lalu ...
Tiga Pegawai Maqis Direman Lima Hari Kes Daging Import

Tiga Pegawai Maqis Direman Lima Hari Kes Daging Import

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 293 hits
Oleh TIGA pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia dikawal pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia keluar dari Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini Foto ZAIN AHMED JOHOR BAHRU Tiga pegawai Jabatan Perkhidmat...
Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Rm885 950

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Rm885 950

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 287 hits
BERNAMASeremban Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang ditahan dalam Op Selat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini tadi atas 12 pertuduhan menerima suapan dan pengubahan wang haram berjumlah RM885 950 sejak 2017 hingga tahun lalu ...
Kartel Daging Seludup Sprm Tahan Dua Pegawai Maqis Johor

Kartel Daging Seludup Sprm Tahan Dua Pegawai Maqis Johor

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 361 hits
BernamaJOHOR BAHRU Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Johor hari ini kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah berhubung aktiviti penyeludupan bahan mentah ...
Tajuddin Saya Persoal Isu Kartel Daging Import Dari Era Bn Lagi

Tajuddin Saya Persoal Isu Kartel Daging Import Dari Era Bn Lagi

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 317 hits
Pemimpin Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata dia telah mempersoalkan isu kartel daging import sejak memegang jawatan timbalan menteri pertanian dan industri asas tani pada era pentadbiran BN Tajuddin mendakwa kartel daging import sememangnya...
Kartel 2 Penolong Pegawai Maqis Johor Direman 5 Hari

Kartel 2 Penolong Pegawai Maqis Johor Direman 5 Hari

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 264 hits
KARTEL 2 PENOLONG PEGAWAI MAQIS JOHOR DIREMAN 5 HARI JOHOR BAHRU Dua Pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Johor yang disiasat terlibat rasuah dalam melindungi kegiatan kartel import daging haram ditahan reman sela...
Maqis Kelantan Rampas 1 34 Tan Keluaran Pertanian Tiada Permit Import

Maqis Kelantan Rampas 1 34 Tan Keluaran Pertanian Tiada Permit Import

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 204 hits
MAQIS Kelantan rampas 1 34 tan keluaran pertanian tiada permit import MAQIS Kelantan rampas 1 34 keluaran pertanian tiada permit import
Terima Kasih Saya Minta Maaf Saya Sayang Awak Kalau Boleh Setiap Hari Ucapkan

Terima Kasih Saya Minta Maaf Saya Sayang Awak Kalau Boleh Setiap Hari Ucapkan

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 334 hits
Berapa ramai pasangan yang menjalani kehidupan berumahtangga yang muram dan suram Dia bangun tidur aku pun bangun tidur juga Anak anak pun turut sama bangun tidur Aku makan dia pun makan anak anak pun sama makan juga Dia keluar bekerja aku ...
Kartel Daging Tiga Lagi Kakitangan Maqis Johor Direman

Kartel Daging Tiga Lagi Kakitangan Maqis Johor Direman

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 325 hits
Tiga penolong pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Johor direman lima hari hingga 23 Jan ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kartel daging sejuk beku import pada awal Disember lalu Peri...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rare Jumpa Orang Gaji Tinggi Tapi Pakai Axia

Lelaki Asal Tambunan Hilang Di Hutan Simpan Tekal Tembeling Jerantut Pahang

Ikan Baung Sebesar Budak Darjah Enam

Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra