Pegaga Dalam L Oreal Centella Essence Water Memang Best Ok


PEGAGA DALAM L'OREAL CENTELLA ESSENCE WATER MEMANG BEST OK! Daun pegaga ramai yang tahu selain sedap di buat ulam atau kerabu.. Banyak khasiat juga untuk kesihatan & kecantikkan kulit. Kalau orang orang kampung ni memang biasa dengan petua nak awet muda makan ulam pegaga. Kat kampung senang nak cari daun pegaga ni.. sebab tumbuh meliar dalam hutan & kalau tanam pun senang nak membiak sebab mak saya pun ada tanam pokok pegaga ni. Daun dia ada hijau berbentuk macam bulat sikit. Susah lahai nak explain hangpa tengok ja gambar kat bawah ni.

Ni la rupa daun pegaga. Pokok dia jenis tumbuh merimbun & menjalar atas tanah
Centella asiatica atau lebih dikenali de­ngan n
ama pegaga di negara ini ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan se­seorang. Herba daun hijau berbentuk kipas itu biasa terdapat di Jepun, India, China dan Indonesia. Namun, kini ia semakin mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari kebaikannya. Ia juga dikenali ­dengan nama Gotu Kola di India dan sering ditemui di kawasan berair. ­Pegaga boleh dimakan begitu saja sebagai ulam setiap hari, direbus atau dikisar menjadi minuman. Lebih menarik, perubatan tradisional turut menggunakan pegaga untuk merawat parut.
Pegaga dikatakan mampu merawat ­kerosakan kulit secara tradisi selain meningkat­kan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin me­ngamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya. Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut. Bahan aktif pada pegaga yang merang­sang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus me­ngurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit. Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya me­ngelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha. Bagi yang bimbang de­ngan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia ­memiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit. Istimewanya, ia me­ngandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.
Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegang­kan kulit dan menjadikannya lebih tegang. Pegaga menawarkan rawatan alternatif yang murah, berkesan dan mudah. Bagaimanapun, bagi mereka yang me­ngalami masalah kesihatan serius, penggunaan herba untuk merawat perlu dirujuk kepada doktor.  -Sumber Harian Metro-
Sebab daun pegaga ni banyak khasiat untuk kecantikkan kulit maka L'OREAL paris tengah memformulasikan khasiat pegaga ni dalam produk depa yang di beri nama Revitalif Micronized Centella Essence water.


Actually secara tak sengaja saya ter try produk ni sebab dapat free sampel 22ml dari Home Tester club. Bila dapat produk dari Home Tester Club ni wajib cuba & bagi feedback selepas 7 hari menggunakannya. Sebab produk ni produk drugstore di mana keselamatan produk ni lebih terjamin. Of course la dah menjalani RnD sebelum di pasarkan. Dah di uji khasiat & kesan dia. L'OREAL kot bukan brand Totok skincare ke hapa. Insya Allah saya yakin produk ni tidak mengandungi bahan terlarang yang membahayakan kesihatan pengguna.

Mula mula try tu kalau kita rasa best mesti la kita review yang positif kan? Sebab Home tester Club ni dia tak kata mesti bagi good review. Kalau sesuai & bagi kesan baik.. Tulis la review pengalaman guna tu dengan jujur. Kalau sebaliknya pun depa tak saman pun. Sebab memang setiap produk tu mustahil la ada sesuai dengan semua orang & semua jenis kulit.

Bila kita guna rasa best selain essence water ni mudah nak consistent. Sebab cara pakai dia.. tuang atas tapak tangan lepas tu tepuk tepuk seluruh muka je. Jenis pemalas macam den ni memang suka sangat la lahai produk produk macam ni.

Selepas try sebotol Centella essence water yang 22ml dapat free sampel tu.. Saya tak ragu ragu dah nak teruskan penggunaan produk ni. terus Topup botol 130ml beli kat watsons. Sebab tak ada packaging 22ml yang di jual. Yang ada 130ml je..


Produk ni yang best bila kita pakai.. Yup boleh rasa kesan positif tu dalam masa 7 hari. Tapi tak la 7 hari tu dari nenek kebayan kau bertukar jadi puteri gunung ledang. Cuma rasa la kulit kau lembab, lembut, segar & kalau kusam tu dia nampak cerah sikit. Sekaligus kalau ada masalah tona kulit tak sekata tu.. dapat membantu juga secara tak langsung. Cerah bukan putih yer jangan salah faham. Produk ni bukan produk pemutihan kulit & takkan mengubah warna kulit asal hangpa ok!

Tapi kalau hangpa jenis kulit berminyak memang tak rekemen untuk guna. Mungkin buat kulit hangpa semakin berminyak. Untuk normal & kulit kering.. Yup sangat sesuai. Atau jenis kulit kombinasi macam saya.. Saya terpaksa matching dengan Garden Of eden Mild cleanser untuk keringkan minyak & seimbangkan kelembapan kulit dengan pakai Centella Essence water. Hasil gabungan cinta antara benua ni, Local produk (Garden Of eden) & international produk (L'OREAL) bukan dapat anak pan asian yer.. tapi nampak kesan kulit saya dah tak berminyak atau kering bagai di gurun sahara lagi. Kulit lembab, lembut & bila sentuh rasa licin. Dah tak ada rasa kasar kasar sebab jerawat pasir berdengung tu.


Centella Essence water ni secara tak langsung berfungsi sebagai pelembab so saya tak guna lagi pelembab gel atau krim. Kita sedia maklum kan.. pelembab sangat penting untuk kulit. Tanpa kelembaban yang cukup kulit akan cepat kedut. Muka boleh nampak tua sebelum usia. So jangan pandang remeh kepentingan pelembab kepada kulit yer.

Saya tak ingat berapa lama saya guna L'OREAL Centella Essence Water yang sampel produk 22ml.. tapi macam lama guna la tahan. Kira berbulan juga. Memang boleh nampak kulit lebih lembab, lembut, segar, tegang & cerah. Kulit kusam kita sedia maklum akan buat kulit kita nampak gelap & tidak bermaya. So pendapat saya centella essence water ni memang berkesan untuk masalah kulit kusam juga.

Produk ni ada khasiat untuk anti penuaan.. Yelah menggunakan extrak pegaga yang saya dah share khasiat dia kepada kecantikkan kulit. So, yang mana dah nampak kesan kesan penuaan tu elok la start amalkan. Terutamanya yang dah start nampak kesan garis garis halus kat muka tu. Sebab benda ni dia kena bermula dari awal. Bukan dah kedut baru tergedik gedik nak pakai.

Cara guna
Macam saya cakap memang senang sebab tu saya pilih nak teruskan guna L'OREAL Revitalif Micronized Centella Essence Water ni. Cuci muka macam biasa. Kalau nak scrub ke apa buat dulu yang basic cuci cuci tu.. Lepas tu lap sehingga kering. Tuang Essence water atas tapak tangan & tepuk tepuk seluruh muka.

Rekemen untuk guna 2 kali sehari. Pagi & malam. Bagi yang bekerja nak makeup.. makesure apply dulu essence water baru apply makeup. Malam sebelum tidur boleh tempek tempek. Simple.

Bau dia orang putih kata 'just nice'. Tak la wangi macam perfume & terlalu natural sampai bau pure daun. Senang cakap bau dia pun macam tak bau sangat la. Selesa la bagi yang ada masalah dengan bau ni.

Testur dia pulak macam serum. Pekat tak pekat sangat & cair pun tak cair sangat. Bila kita apply elok je melekat kat kulit.

Macam saya rutin saya sekarang memang cuci muka & apply essence water ni je. Seminggu sekali tu scrub la muka (tu pun baru nak scrub balik muka lepas lama tinggalkan akibat malas hahaha). Sebab sekarang ni saya memang jadi malas nak apply apa2 jenis krim muka.. Rasa essence water ni pun cukup la buat kulit saya tak kusam, kering & comot sangat walau tak la secantik bidadari sorga.

Harga RM65 untuk 130ml (mengikut kiraan boleh tahan sehingga 6 bulan). Kalau kat drustore tu buat sale lagi murah. Ada sampai 50%. Yang ni saya beli RM52. Untuk pelaburan setengah tahun katanya.. Harga tu kira murah la. Tak payah nak topup setiap bulan.


Ada jual kat watsons, guardian, certain farmasi atau mall/pasaraya. Alah L'OREAL ni produk yang senang nak cari. Online pun ada jual. Tapi kalau nak beli online macam kat lazada atau shopee.. Make sure beli dengan Official L'OREAL atau Official Guardian / Watsons. Jangan beli dengan seller seller risau takut fake product ke apa. Sebab ada seller dari china kat shopee jual murah nak mati beb! Aku pun risau nak beli kalau dah murah sangat. Dah la dari china sana nu..

Bagi yang rasa L'OREAL Revitalift Micronized Centella Essence Water memenuhi keperluan & sesuai dengan masalah kulit korang boleh la try. Bagi saya memang saya puas hati guna setakat ni. Memang tak nampak kesan tak baik maybe sesuai dengan keperluan kulit saya.                     

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.lekatlekit.com/2019/02/pegaga-dalam-loreal-centella-essence.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Best Kat Kuantan Bossku

Apa Best Kat Kuantan Bossku

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 344 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Best Of Krabi Islands The 4 Island Tour Ao Nang Krabi Thailand

Best Of Krabi Islands The 4 Island Tour Ao Nang Krabi Thailand

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 344 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
The Best Healthy Muffin Recipes From The Muffin Queen

The Best Healthy Muffin Recipes From The Muffin Queen

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 350 hits
The best healthy muffin recipes come in all shapes and sizes Inside this recipe round up you ll find gluten free paleo dairy free grain free and even low carb muffins to enjoy All from the self proclaimed muffin queen That s right this muff...
Thailands Best Hidden Paradise Koh Mak Koh Chang Koh Kham

Thailands Best Hidden Paradise Koh Mak Koh Chang Koh Kham

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 712 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Best Things To Do In Ella Sri Lanka Nine Arch Bridge Ravana Falls Little Adams Peak

Best Things To Do In Ella Sri Lanka Nine Arch Bridge Ravana Falls Little Adams Peak

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 332 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Thai Vietjet Wins Global Best Employer Brand 2019 Award

Thai Vietjet Wins Global Best Employer Brand 2019 Award

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 366 hits
Global Best Employer Brand 2019 Award at the 27th World HRD Congress held in Mumbai India from 14 to 18 February 2019 New age carrier Thai Vietjet was recently honoured with the Global Best Employer Brand 2019 Award at the 27th World HRD Co...
Ini Yang Best Dengan Makeup Stuff Dari Althea Ni

Ini Yang Best Dengan Makeup Stuff Dari Althea Ni

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 426 hits
Ini Yang Best Dengan Makeup Stuff Dari Althea Ni Make up dan wanita tak dapat dipisahkan Walaupun paling ringkas Dengan hanya berbedak tipis dan dioles dengan lips balm Itulah makeup Mak MF yang dah berusia tu pun tetap oleskan bedak kalau ...
Apa Yang Best Di Homestay Ladang Moccis Teluk Intan

Apa Yang Best Di Homestay Ladang Moccis Teluk Intan

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 1670 hits
Selalu ana dengar tentang Ladang Moccis yang terletak di bukit Chankat Jong ni atau kami panggil Batu 8 Kampung Changkat Jong Ye lah satu laluan jalan dari rumah ana di kampung Teluk Intan Jalan Changkat Jong ni adalah jalan yang terpanjang...
What Are The Best Foods In Penang

What Are The Best Foods In Penang

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 628 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba