Peeegedah Ayaq Pun Tak Dak Hebat Macam Spore Banding Ngan Penang Sudah Kot


 
Kerajaan PN Kedah kata mereka sehebat SingapuraJune 10, 2021 Kedah memperoleh pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan dalam sektor pembuatan berjumlah RM42.4 bilion daripada RM58.8 bilion diterima negara bagi suku pertama (Q1) 2021.
Pertumbuhan memberangsangkan dan menjadi petunjuk prestasi ini dicapai ketika usia kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor baharu berusia setahun pada 17 Mei lalu.
Malah, rekod positif yang dipacu luar biasa dan mencatat sejarah baharu bagi Kedah ini berlaku ketika mana dunia masih berdepan cabaran pandemik COVID-19 di mana telah memperlahankan ekonomi.
Angka tersebut bahkan jauh mengatasi jumlah FDI diterima negeri lain iaitu Sabah (RM4.3 bilion), Selangor (RM4.0 bilion), Melaka (RM3.4 bilion) dan Johor (RM1.7 bilion) bagi tempoh sama.
Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) ini telah dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato ‘Seri Mohamed Azmin Ali kepada Kabinet, semalam.
Ia mengesahkan secara rasmi pelaburan besar diterima negeri ini sekali gus menyangkal pihak-pihak yang menolak laporan berita mengenai angka-angka diperolehi dalam tempoh singkat tersebut.
Sebelum ini, terdapat pihak dalam kalangan pro-pembangkang yang memperkecilkan laporan pelaburan diterima negeri ini dengan memperlekehkannya sebagai dakwaan dan pengumuman kosong semata-mata.
Bagaimanapun kesungguhan dan keterbukaan kerajaan kepimpinan Muhammad Sanusi dilihat telah menjadikan Kedah destinasi utama dan pintu masuk strategik bagi para pelabur ke negara ini.
“Kedah ini negeri miskin, KDNK-nya masih tercorot di kalangan negeri-negeri di Utara Semenanjung. Tapi Kedah ada sumber yang banyak. Kedah ada bumi yang luas. Kedah ada hutan, Kedah ada alam sekitar, Kedah ada sumber tenaga. Kedah ada banyak kawasan industri.
“Semua faktor-faktor yang boleh dibangunkan dimajukan untuk memberi pulangan kepada Kedah patut dilaksanakan dengan pantas. Siapa nak melabur di Kedah, ada modal, ada duit, mai (sila datang). Kita tak ada (urusan) di bawah meja (rasuah). Tak ada ‘henky penky’, tak ada.
“Bawa RM100 juta, mai melabur RM100 juta. Tang (Di) mana nak buat projek? Kita buat kajian, boleh jalan (diluluskan), jalan dengan pantas. Jangan duduk ding dong ding dong, last-last tak jadi, saya tak mahu,” kata Sanusi menggambarkan tawarannya.
Beliau turut menyerlahkan semangat dan keyakinan betapa Kedah mampu berada setara dengan negeri-negeri di Lembah Klang dalam tempoh 10 atau 15 tahun akan datang menerusi pendekatan ambil kini.
Dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kedah berada di tangga kedua bawah dari semua negeri, kata sedemikian boleh dipertikaikan dari aspek kemampuan untuk mencapainya dan dianggap ‘cakap besar’.
Namun terbukti kerja kuat yang dilakukan apabila berjaya menambah jumlah pelaburan sedia ada dan merealisasikan projek berimpak tinggi telah dirancang, selain menarik beberapa pelaburan baharu.
“Kita tengok perancangan yang lama itu ada projek-projek berimpak tinggi yang boleh menjana pendapatan baru kepada kerajaan Kedah. Kita teruskan, kita tak ada dendam politik nak ‘stop’ projek orang, tak ada. Benda-benda ini tak patut diamalkan oleh mana-mana rejim pun.
“Kalau benda baik patut diteruskan. Jangan diambil kira sangat perbezaan parti politik itu. Kerana ia merugikan sumber. Kita dah habis banyak sumber untuk capai ke tahap itu, kerajaan berikutnya patut teruskan kalau itu didapati mendatangkan kebaikan. Ini yang sedang kita buat,” ujarnya menyerlah wawasan.
Misalnya yang baharu dan akan berada dalam Laporan MIDA bagi suku kedua nanti antaranya projek pembangunan di Langkawi iaitu Widad @Langkasuka di mana membawa pelaburan besar RM40 bilion.
Juga pelaburan RM1.3 bilion Litar Super Car Open Road Asia di Bukit Malut, selain RM7 bilion dari HartaLega bagi industri pembuatan sarung tangan getah di Northern Gateway di Bukit Kayu Hitam.
Terdahulu, beliau dalam tempoh tiga bulan pentadbirannya memuktamadkan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang rupanya sejak tahun 2013 hanya berada sebagai kertas projek.
Hasil usaha itu merangsang pelaburan bernilai RM18 bilion disertai komponen lain antaranya Hab Logistik, Aeroangkasa dan Pembuatan Sidam (SLAM) dan sebuah taman semi-konduktor serta Lebuh Raya Koridor Utara (NCH).
Juga kejayaan membuka fasa kelima Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) seluas 450 ekar lagi dengan sebahagiannya sudah ditempah, serta pertambahan pelaburan RM2.2 bilion diterima Kedah Rubber City (KRC) di Padang Terap.
Menurut Sanusi, KRC yang dibangunkan bersama Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara (NCIA) itu akan mempunyai pelaburan terkumpul RM10 bilion dan 15,000 peluang pekerjaan apabila projek itu siap sepenuhnya pada 2030.
Malah, ada syarikat pernah berminat untuk melakukan pelaburan dalam industri kenderaan teknologi hijau dan peralatan pertahanan bernilai RM1.5 bilion ditingkatkan dari telah sedia ada di Gurun.
Semua ini juga tidak termasuk pengumuman terkini diterima Kedah dari Kementerian Pengangkutan yang mengisytiharkan pewartaan Yan sebagai Pelabuhan Persekutuan di mana tentunya bakal membawa lagi pelaburan besar.
Semua ini yakini Sanusi, akan menjadi ‘catalyst’ ataupun pemangkin kepada kemajuan ataupun kebangkitan negeri Kedah Darul Aman sebagai sebuah negeri yang kuat dari segi ekonomi.
Ketua Eksekutif NCIA, Dato’ Seri Ir Jebasingam Issace John turut optimis Kedah akan mencapai peningkatan 30 peratus KDNK berjumlah RM62 bilion menjelang tahun 2027 dan terus berkembang pesat seiring ekonomi negara.
Dato’ Seri Azmin dalam pengumumannya turut membentangkan bahawa Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan bernilai RM80.6 bilion dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan primer pada Q1 2021 itu.
Jelas beliau, ia melonjakan 95.6 peratus dari tempoh yang sama tahun lalu iaitu RM41.2 bilion di mana strategi agresif berterusan untuk menarik pelaburan peringkat tinggi dari pelabur asing dan domestik telah menunjukkan hasil.
Pelaburan yang diluluskan ini katanya, melibatkan 993 projek dan dijangka menghasilkan 32,557 peluang pekerjaan, sekali gus Malaysia kekal sebagai lokasi pelaburan kompetitif bagi pelabur asing walaupun terdapat banyak halangan di peringkat global.
Jumlah FDI diluluskan dalam sektor tersebut meningkat 383.4 peratus kepada RM54.9 bilion untuk tempoh itu daripada RM11.4 bilion pada suku yang sama tahun lalu.
Secara bandingan dicatat negara lain Singapura (RM43.1 bilion), Belanda (RM5.0 bilion), Korea (RM4.3 bilion), Taipei (RM0.5 bilion) dan Hong Kong (RM0.3 bilion) dari lima negara teratas pelaporan FDI.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/peeegedahayaq-pun-tak-dakhebat-macam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dengar Cerita Macam Hebat Tapi Kerja Lembab Nak Mampos

Dengar Cerita Macam Hebat Tapi Kerja Lembab Nak Mampos

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 457 hits
HAMDAN TAHAKita ada menteri yang orang kata hebat menantu pada bekas pm dan belajar di universiti hebat orang kata dia hebat walaupun sejarah membuktikan dia jadi menteri tak ada yg hebatdia buat Thailand dalam diam mereka dah mula nak buat...
Akan Banding Kuasa Hukum Sebut Sebetulnya Rizieq Sudah Legowo Dengan Vonis Hakim

Akan Banding Kuasa Hukum Sebut Sebetulnya Rizieq Sudah Legowo Dengan Vonis Hakim

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 159 hits
Meski akan mengajukan banding Aziz mengaku jika pihaknya telah menerima terhadap vonis yang dijatuhkan Majelis Hakim Pengadilan Negeri Jakarta Timur
Kj Gaya Macam Gah Tapi Lemah

Kj Gaya Macam Gah Tapi Lemah

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 180 hits
May 27 2021 Kemarahan rakyat terhadap pengendalian sistem pendaftaran pengambilan vaksin yang dibuat pada hari ini membuktikan bagaimana pengurusan menteri bertanggungjawab Khairy Jamaluddin begitu lemah dan bercelaru Dengan pendedahan peru...
Hiburan Dah Macam Hunger Games Tak Dapat Daftar Artis Wanita Ini Luah Perasaan Kecewa Dengan Sistem Web Daftar Vaksin

Hiburan Dah Macam Hunger Games Tak Dapat Daftar Artis Wanita Ini Luah Perasaan Kecewa Dengan Sistem Web Daftar Vaksin

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 234 hits
Pendaftaran vaksin AstraZeneca fasa kedua yang telah berlangsung semalam ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia yang rata ratanya gagal untuk mendaftar kerana kelemahan teknikal laman web yang dibuat khas untuk ...
Tyreman Penang Dan Seluruh Utara Gunakan Servis Terbaik Dari Depa

Tyreman Penang Dan Seluruh Utara Gunakan Servis Terbaik Dari Depa

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 330 hits
Admin nak kongsi berita baik untuk semua Kepakaran Abang Long Tayar aka Tyreman Utara Adalah Untuk Membantu Menyelesaikan Masalah Anda Berkaitan Tayar Bateri Minyak Hitam Kepada Abam abam Truckers Tractor Bas Kereta Boleh Hubungi Rescue Aba...
Penang Mega Reclamation Three Questions

Penang Mega Reclamation Three Questions

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 239 hits
Here are three burning questions that need to be answered 1 Can the state justify its population projection for the three islands to reach 446 000 by 2030 as stated in the environmental impact assessment report Where are these people coming...
Penang Speaker Nsc Says State Assembly Can T Meet As Emergency Still In Effect

Penang Speaker Nsc Says State Assembly Can T Meet As Emergency Still In Effect

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 239 hits
The Penang state legislative assembly s application to convene a meeting in June was rejected by the National Security Council said Datuk Law Choo Kiang The Penang Speaker said the NSC stated that the Emergency Ordinance is still in force s...
Penang Cops Seize 211 Bitcoin Mining Machines In Raids

Penang Cops Seize 211 Bitcoin Mining Machines In Raids

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 294 hits
Penang police seized another 211 Bitcoin mining machines worth RM100 000 following the arrest of four men yesterday who were carrying out illegal mining activities in a series of raids last night Northeast district police chief ACP Soffian ...
Kami Ni Kalau Pergi C0urt Bukan Berj0get Macam Kau Kat Tiktok Peguam Sekolahkan Ryzal Duriankimchi Pasai Isv Parking

Kami Ni Kalau Pergi C0urt Bukan Berj0get Macam Kau Kat Tiktok Peguam Sekolahkan Ryzal Duriankimchi Pasai Isv Parking

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 248 hits
Belum reda isv parking di mahk4mah nama Duriankimchi sekali lagi terp4lit dengan kontr0versi apabila lawaknya mengenai busana tradisi Iban Sarawak mengundang kec4man netizen Walaupun permohonan maaf secara terbuka sudah dibuat ia masih tida...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Apakah Itu Umami

Lelaki Ditahan Bakar Al Quran

Lelaki Bertenggek Di Atas Pencawang Elektrik

Pemuda Pas Jangan Samakan Jenaka Harith Dengan Ugut Bunuh Pkr

Tarif Elektrik Perlu Dinaikkan Kata Anwar

66 Top 16 By Danial Puntaek66 Run 28 25