Pecat Nazri Aziz Tak Beri Kesan Kepada Umno Ridhuan Tee


ainulillia Pemimpin ada skandal, kes rasuah patut jauh diri daripada parti
BANGI – “Nazri bukan siapa-siapa. Jika dipecat daripada UMNO tak banyak kesan pun. Lawan PAS di Padang Rengas pasti kalah, meskipun bertanding atas tiket parti lain,” demikian kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.
Namun, pada masa sama beliau mengingatkan bahawa saranan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz mengenai pelantikan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) ada kebenarannya.
Terdahulu, Nazri mencabar pucuk pimpinan UMNO memecatnya jika kurang senang dengan kritikan berhubung pelantikan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.
Nazri mengingatkan jika beliau dipecat, ia akan mengulangi peristiwa hitam dalam parti ekoran pemecatan beberapa pemimpinan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) seperti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mengulas kenyataan Nazri, Ridhuan Tee berkata, beliau tidak yakin bahawa Nazri akan meninggalkan kesan besar terhadap UMNO jika dipecat.
“Dalam PRU14, Nazri (BN) mendapat 10,491, PKR 7,943, PAS 6,847, majoriti 2,548. Katakan dalam PRU15 Nazri bertanding atas tiket PKR, undi UMNO (BN) lari kepada Nazri 2,000, masih ada 8,000 lebih, campur dengan undi PAS, majoriti jauh lebih besar daripada sebelum ini.
“Saya tidak yakin Nazri akan mendapat lebih daripada 2,000 undi UMNO, melihat kepada latar belakangnya. Nazri tidak boleh bandingkan dirinya dengan Muhyiddin dan Shafie Apdal, kerana situasi berbeza,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Ridhuan Tee berkata, ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ditubuhkan, pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad amat terasa, sehingga Muhyiddin terasa percikannya, manakala Shafie Apdal pula sangat unik dalam konteks politik Sabah. 
“Lagipun akhlak mereka berdua jauh berbeza daripada Nazri. Justeru, saya sarankan Nazri, dalam usia yang semakin lanjut, eloklah mendekatkan diri dengan masjid dan surau. 
“Tidaklah perlu bersusah payah mencari musuh lagi. Apatah lagi musuh dalam UMNO. Cukuplah dengan apa yang telah diperoleh ketika menjadi menteri,” katanya.
Bagaimanapun, Ridhuan Tee berkata, saranan Nazri itu ada kebenarannya.
Katanya, pemimpin yang mempunyai skandal, korupsi dan rasuah, walaupun belum dibuktikan bersalah, sepatutnya ‘menjauhkan’ diri daripada parti. 
“Duduklah di belakang daripada memimpin di hadapan. Ingat, politik itu adalah sebahagiannya berkaitan dengan persepsi. Buat masa ini walaupun sambutan ke atas ‘bossku’ amat menggalakkan, itu bukan petanda bahawa UMNO telah mendapat kepercayaan semula. 
“Tidakkah lebih baik, UMNO ditonjolkan dan dijenamakan semula dengan imej sebersih-bersihnya. Otai-otai ini berehatkan sebagai penasihat. Otai-otai yang terpalit dengan skandal, ‘low profile’-lah, berehatlah. Lagipun usia bukan muda lagi. Beri peluang kepada yang lain,” katanya.
Semalam, Nazri menegaskan, walau apa pun yang berlaku terhadapnya beliau akan terus mengulangi pendiriannya tidak bersetuju dengan pelantikan Najib.
Beliau turut meminta Najib supaya tidak menjadikan UMNO sebagai perisai mempertahankan dirinya daripada tuduhan kes rasuah di mahkamah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/pecat-nazri-aziz-tak-beri-kesan-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nazri Aziz Khairy Jamaluddin Sayang Umno Ha Ha Ha Ha

Nazri Aziz Khairy Jamaluddin Sayang Umno Ha Ha Ha Ha

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 641 hits
NARATIF SAYANG UMNO TAK KONSISTEN DENGAN KAREKTOR NAZRI DAN KJ 1 Apa masalah Nazri dan KJ mencari cara untuk jadi relevan dgn mempersoalkan kewibawaan orang lain sedangkan org yg dipersoalkan itu jauh lebih relevan berwibawa lebih rajin bek...
Najibrazak Bersuara Bidas Sikap Nazri Aziz

Najibrazak Bersuara Bidas Sikap Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 590 hits
Ada seorang yang beri alasan bahawa saya yang mula kritik Robert Kuok Dan oleh itu dia sambung untuk pertahankan saya Mari kita tengok bukti video 24 Feb 2018 Najib kritik Robert Kuok 26 Feb 2018 Nazri pertahankan Najib dengan kutuk Robert ...
Umno Diambang Perpecahan Lagi Pelantikan Najib Ibarat Campak Spanar Dalam Mesin Kata Nazri

Umno Diambang Perpecahan Lagi Pelantikan Najib Ibarat Campak Spanar Dalam Mesin Kata Nazri

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 355 hits
Mohamed Nazri Abdul AzizKUALA KANGSAR Pelantikan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN diibaratkan campak spanar ke dalam mesin yang sedang berjalan Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri...
Nazri Aziz Khairy Dua Arah Satu Matlamat

Nazri Aziz Khairy Dua Arah Satu Matlamat

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 329 hits
ANINA SAADUDIN PERKEMBANGAN terkini menyaksikan pahat semakin hingar bingar walaupun rumah Barisan Nasional telah siap untuk berperang Apakah ia sememangnya suara genuine Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin atau ada tangan dan bisikan ghaib di...
Pelantikan Najib Langkah Ke Belakang Kata Nazri Aziz

Pelantikan Najib Langkah Ke Belakang Kata Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 414 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menyifatkan pelantikan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional sebagai langkah ke belakang Ki...
Kesan Gabungan Najib Zahid Kepada Umno

Kesan Gabungan Najib Zahid Kepada Umno

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 415 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Najib Zahid dan Adnan Bu...
Zuraida Tindakan Pecat Haziq Aziz Adalah Langkah Yang Tepat

Zuraida Tindakan Pecat Haziq Aziz Adalah Langkah Yang Tepat

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 452 hits
PORT DICKSON Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan memecat Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz semalam sebagai langkah tepat Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ba...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Dorset Beach House A Sustainable Coastal Renovation By Architecture For London

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sabtu Cari Makan Di Bandar Keningau

Just Because

Drama Jutawan Ekspres

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11