Peralihan Kuasa Kini Jelas Dalam Tempoh Tiga Tahun Bukan Dua Tahun


Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad sekali sekala pernah direkodkan memberi bayangan mengenainya, saya tidak pasti dari mana datangnya ketentuan bahawa peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku dalam tempoh dua tahun.
Begitupun, inilah yang dipegang oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN pada 24 Februari 2019 yang memutuskan: “KEADILAN berpegang teguh kepada persetujuan yang telah dicapai dan diumumkan pada 7 Januari 2018, di mana Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Timbalan Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas tempoh 2 tahun”.
Tun M , Anwar PRK Port DicksonWalhalnya, “Muafakat Pakatan Harapan” pada 6 Januari 2018 sekadar menyebut secara umum: “Untuk memperkukuh kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan dan memperteguh muafakat antara parti-parti anggota, proses undang-undang untuk mendapatkan Pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan segera, selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara, agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan kemudiannya diangkat sebagai calon Perdana Menteri ke-8”.
Meneliti kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir mengenai peralihan kuasa ini, saya sendiri lebih cenderung untuk beranggapan bahawa ia akan berlaku dalam tempoh tiga tahun. Ini kerana dua kali sebelum ini Tun Dr Mahathir menyebut mengenai tempoh tiga tahun ini, iaitu:
(1) Di dalam wawancara beliau dengan wartawan The Guardian bernama Hannah Ellis-Petersen yang disiarkan pada 2 Mei 2018, di mana Tun Dr Mahathir menyebut: “Saya memerlukan masa (sebagai Perdana Menteri) – dua tahun, tiga tahun – kerana ada perkara-perkara yang perlu saya lakukan, yang mana pengalaman saya akan membantu” (“I need to have time in office – two years, three years – because there are things that I need to do, which my experience will help”).
(2) Di dalam wawancara beliau dengan wartawan Focus Malaysia bernama Emmanuel Samarathisa yang diterbitkan dalam keluaran 30 Mac-5 April 2019, di mana Tun Dr Mahathir menyebut: “Saya mempunyai masa yang sangat pendek cuba membuat kerja 10 tahun dalam tempoh dua atau tiga tahun” (“I have so short a time trying to compress 10 years of work into two or three years”).
Hari ini, 24 Jun 2019, Tun Dr Mahathir sekali lagi menyebut di dalam wawancara beliau dengan wartawan CNBC bernama Tanvir Gill: “Saya tidak akan (menjadi Perdana Menteri) lebih daripada tiga tahun” (“I will not go beyond three years”).
Berdasarkan kepada kenyataan ini, rasanya sangat eloklah untuk Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN umumnya dan untuk Datuk Seri Anwar sendiri khususnya menetapkan semula (re-set) minda mereka bahawa peralihan kuasa ini akan berlaku dalam tempoh tiga tahun, bukan dua tahun.
Dr. Kamarul Yusoff


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/25/peralihan-kuasa-kini-jelas-dalam-tempoh-tiga-tahun-bukan-dua-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarawak Muflis Dalam Tempoh Tiga Tahun Guan Eng Hisap Gam Ke

Sarawak Muflis Dalam Tempoh Tiga Tahun Guan Eng Hisap Gam Ke

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 308 hits
MENTERI Kewangan Lim Guan Eng dalam satu majlis DAP Sarawak malam tadi memberikan amaran Sarawak mungkin akan bangkrap dalam tempoh tiga tahun jika Gabungan Parti Sarawak terus mentadbir Sifir beliau mudah Belanjawan tahunan Sarawak adalah ...
Kadar Pertukaran Emas Di Euro Meningkat Dengan Ketara Dalam Tempoh Tiga Tahun

Kadar Pertukaran Emas Di Euro Meningkat Dengan Ketara Dalam Tempoh Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 311 hits
Menurut pakar harga logam kuning yang didagangkan dalam mata wang Eropah telah meningkat lebih daripada 6 pada bulan Jun 2019 Pada hari terakhir bulan lepas 30 Jun mereka diberikan AS 1 409 untuk 1 auns emas yang sepadan dengan 1237 81 euro...
Pada Usia 42 Tahun Abby Abadi Umum Kini Berbadan Dua

Pada Usia 42 Tahun Abby Abadi Umum Kini Berbadan Dua

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 483 hits
Setelah empat tahun mendirikan rumah tangga pelakon Abby Abadi memberi bayangan dirinya kini sedang berbadan dua Menerusi laman Instagram miliknya bekas anggota kumpulan Elite itu memuat naik gambar di sebuah klinik serta kapsyen meluahkan ...
Pengalaman Tip Potty Training Anak Tiga Tahun

Pengalaman Tip Potty Training Anak Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 555 hits
Pengalaman Tip Potty Training Anak Tiga Tahun Bercerita tentang pengalaman aku sendiri melatih anak potty training memang nak tergelak rasanya Sejujurnya perasaan nak menangis lagi banyak Maklumlah tahap kesabaran tu semakin lama semakin me...
Pengusaha Bakal Gelar Pesta Diskon Belanja Dua Kali Hingga Akhir Tahun

Pengusaha Bakal Gelar Pesta Diskon Belanja Dua Kali Hingga Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 214 hits
Ketua Asosiasi Pengelola Pusat Belanja Indonesia Stefanus Ridwan mengatakan pihaknya tengah mendorong wisata belanja di Indonesia Salah satunya melalui pengadaan pesta diskon belanja di Agustus dan September seluruh mal Indonesia
Kuasa Hukum Prabowo Hadirkan Dua Ahli Di Sidang Lanjutan Sengketa Pilpres 2019

Kuasa Hukum Prabowo Hadirkan Dua Ahli Di Sidang Lanjutan Sengketa Pilpres 2019

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 269 hits
Di antara 15 saksi fakta yang dihadirkan dua di antaranya adalah Mantan Sekretaris Kementerian BUMN Muhammad Said Didu dan Direktur Kantor Hukum dan HAM Lokataru Haris Azhar
Wni Di Hong Kong Dibebaskan Usai Dipenjara Dua Tahun Karena Didakwa Pengedar Narkoba

Wni Di Hong Kong Dibebaskan Usai Dipenjara Dua Tahun Karena Didakwa Pengedar Narkoba

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 235 hits
Kebanyakan dari WNI tersebut menjadi korban karena dimanfaatkan oleh jaringan pengedar narkoba untuk menjadi kurir dengan modus dititipi barang yang di dalamnya terdapat narkoba
7 5 Tahun Usia Pernikahan Kini Giliran Shandy Aulia Umumkan Kehamilan Publik Ikut Terharu

7 5 Tahun Usia Pernikahan Kini Giliran Shandy Aulia Umumkan Kehamilan Publik Ikut Terharu

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 285 hits
Setiap Shandy datang membesuk teman temannya yang baru melahirkan publik juga turut mendoakan agar ia segera menyusul Alhamdulillah dikabulkan
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin