Pdpr Masalah Sebenar Pelajar Hadapi Tindakan Slow


Isu masa masalah pembelajaran secara online bukan isu baru. Ini kerana masalah covid bermula dari bulan 3 tahun lepas. Dan hampir mencecah setahun kita terpaksa bekerja dari rumah secara suka dengan pelbagai tekanan daripada masalah pergerakan, pembelajaran anak, urusan masa untuk anak sekolah ditambah lagi dengan masalah ibubapa sendiri yang memerlukan internet untuk menjalankan tugasan pejabat di rumah. 
Tindakan yang sama diambil iaitu PKP PKPB, PKPP, PKP2.0, PKP2.1 dengan satu motif kawal pergerakan. Itu saja. Tapi usaha dalam memastikan pembelajaran atau bekerja dari rumah dapat direalisasikan tidak dititikberatkan. 
Masalah internet ada 2 permasalahan utama. Kurang liputan internetKurang duit untuk beli data, kurang data. Kami percaya masalah kedua boleh diselesaikan dengan pelbagai inisentif samada daripada pihak telco sendiri atau kerajaan. Tetapi permasalahan memerlukan tindakan telco secara menyeluruh. Masalah liputan internet bukan sahaja dialami bagi mereka di pendalaman, malah kawasan bandar juga mempunyai masalah yang sama. 
Mungkin sekolah boleh dibuka dengan cara : Penggiliran kelas yang perlu hadir ke sekolah. Sebagai contoh hanya beberapa kelas sahaja dibuka pada satu hari mengikut jadual guru yang perlu hadir ke sekolah mengikut jadual penggiliran. Waktu sekolah di singkatkan, atau dibuat 2 sesi.  Sesi pertama bermula pukul 8.30 - 12.30, bagi memberi laluan kepada ibubapa menyediakan makananan untuk sebelum pelajar. Sesi kedua bermula 2.30 - 6.30 pm.Waktu pulang pelajar, ibubapa dikehendaki menjemput pelajar di kelas masing-masing. Untuk mengelakkan pelajar daripada berkeliaran selepas tamat waktu. Sama seperti waktu menghantar. 
Dengan syarikat telco memberi data tambahan, memberi pakej kasih sayang cinta bagai. Sekiranya kawasan yang mereka tinggal kurang liputan internet. Masalah tetap tidak dapat diselesaikan. 
Rayu syarikat telko perkenal 'pakej kasih sayang' buat PdPR - Malaysiakini
Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub merayu syarikat-syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan harga data internet ketika kebanyakan pelajar terpaksa bergantung kepada kelas dalam talian di rumah masing-masing susulan pandemik Covid-19 kini

Kata timbalan presiden Amanah itu, terutamanya buat pelajar-pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan, khususnya di luar bandar yang berdepan kesulitan menyediakan kelengkapan untuk kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)

Usulnya, syarikat telekomunikasi boleh mengadakan satu pakej atau program khas yang memberi tumpuan terhadap golongan berkenaan

“Ini akan dapat membantu anak-anak kita yang tidak berkemampuan ini. Sudahlah bapanya kena belikan gajet di musim Covid-19 ini (untuk PdPR).
“Jangan menunggu arahan kerajaan sahaja. Saya merayu, dia (syarikat telekomunikasi) mesti tampil untuk melakukan (sesuatu), ketika rakyat susah ini.
“Buat sementara waktu sahaja, ketika waktu Covid-19, untuk anak-anak kita mendapat akses dengan pembelajaran dalam talian,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Bahkan, tambah Salahuddin, kementerian berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh membantu dengan menyediakan data supaya bantuan tersebut difokuskan kepada golongan yang benar-benar memerlukan

Semalam, Salahuddin turut menyuarakan pandanganya itu di Twitter dengan meminta perdana menteri dan menteri berkaitan mengambil perhatian berkenaan masalah yang dihadapi ibu bapa kurang berkemampuan untuk melanggan data prabayar

Kebanyakan pelajar menggunakan line prepaid untuk belajar online. Beban untuk ibubapa membeli data

Saya syorkan sykt telekomunikasi mengurangkan harga data bg membantu pelajar. Takkan PM dan Pak Menteri tak nampak isu yg bebankan ibubapa ini ? @MuhyiddinYasin @syedsaddiq467
— Salahuddin Ayub (@MyDSA_official) February 5, 2021 
'Pakej kasih sayang'
Kata Salahuddin, meskipun ada inisiatif sedemikian daripada kerajaan, masih ada keluarga yang tidak berkemampuan kerana ditimpa kesan PKP, seperti kehilangan pekerjaan dan sebagainya

Cerita bekas menteri pertanian dan industri asas tani itu, setiap kali dia pulang dan turun padang ke kawasannya di parlimen Pulai setiap minggu, dia menerima banyak aduan penduduk yang dihimpit kesusahan

“Sebenarnya memang ramai rakyat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, pada musim Covid-19 ini. Contohnya, kalau merekat ak (dapat) membuka warung, atau suami atau anaknya diberhentikan kerja daripada kilang, memang tak boleh makan.
“Apatah lagi untuk membelikan gajet, untuk membayar data untuk anak-anak mereka yang tidak bersekolah ini (secara fizikal).
“”[...] Memang inilah isunya (yang diadukan kepadanya), untuk mengisi perut (bread and butter), dan bertambah lagi satu isu untuk melengkapkan anak-anak dengan pembelajaran dalam talian, (membeli) gajet.
“Kemudian, kena beli data pula. Itulah, saya merayulah,” katanya.
Justeru, kata Salahuddin, inilah masanya syarikat telekomunikasi melaksanakan tanggungjawab sosial mereka bagi membantu rakyat yang terkesan dan sangat memerlukan, setelah sekian lama mengaut keuntungan

Lebih-lebih lagi, katanya, dia tidak melihat syarikat telekomunikasi tergolong dalam perusahaan yang terkesan teruk daripada Covid-19 dan PKP, memandangkan orang ramai masih lagi terus menggunakan internet sepanjang tempoh itu

“Saya harap syarikat-syarikat gergasi telekomunikasi ini tampil dengan wajah kasih sayang mereka untuk rakyat,” tambahnya yang turut mencadangkan pakej khas itu diberi nama “pakej kasih sayang”.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2 Feb mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan syarikat telekomunikasi bagi turut sama membantu menjayakan PdPR

Jelas SKMM, data percuma 1GB sehari itu adalah tambahan kepada pakej langganan data sedia ada oleh pengguna, dan boleh digunakan untuk mengakses platform sidang video dan emel, tetapi tidak terpakai untuk melayari media sosial, penstriman video, permainan dalam talian dan penstriman muzik

Ada syarikat telekomunikasi menawarkan pakej langgan khas untuk pelajar yang bakal menduduki SPM dan STPM, serta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), serendah RM20 sebulan untuk 15GB

Ada juga yang menawarkan pakej kad sim percuma kepada penuntut IPT daripada keluarga B40, dengan data 40GB, kandungan percuma dan telefon percuma

Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan SKMM, ia tidak merangkumi sebahagian besar pelajar sekolah yang harus menjalani PdPR di rumah masing-masing. 
Bagaimanapun, dalam satu pekeliling, KPM mengumumkan bahawa sesi persekolahan secara bersemuka bagi calon SPM dan SVM tahun 2020 akan berakhir pada 9 Februari ini, bagi memberi ruang murid membuat persediaan kendiri sebelum peperiksaan bermula pada 22 Februari nanti




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2021/02/pdpr-masalah-sebenar-pelajar-hadapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pdpr Susahnya Internet Slow Belajar Pun Tak Fokus

Pdpr Susahnya Internet Slow Belajar Pun Tak Fokus

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 374 hits
Azmizan Atek bersama dua kanak kanak orang asli mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah menggunakan telefon bimbit ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Pangsun Hulu Langat Selangor Foto SYAFIQ AMBAK2021 HULU LANGAT Pelak...
Sumbang 1 000 Tablet Untuk Pelajar Layak

Sumbang 1 000 Tablet Untuk Pelajar Layak

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 239 hits
Mohd Khidir Zakaria am hmetro com my Port Dickson Sebanyak 1 000 tablet akan diserahkan kepada pelajar serta murid yang layak selewat lewatnya dua minggu lagi Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya sedang menel...
Bila Menteri Pendidikan Nak Bagi 150 000 Laptop Kepada Pelajar

Bila Menteri Pendidikan Nak Bagi 150 000 Laptop Kepada Pelajar

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 273 hits
POSTED BY AMIR WRLRAhli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin mempersoalkan kelewatan kerajaan menyediakan 150 000 laptop untuk membantu murid dan pelajar menyertai sesi persekolahan melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Beliau berkata ke...
Polisi Bongkar Prostitusi Pelajar Di Tanjung Priok 4 Abg Dan 1 Muncikari Ditangkap

Polisi Bongkar Prostitusi Pelajar Di Tanjung Priok 4 Abg Dan 1 Muncikari Ditangkap

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 175 hits
Keempat anak itu adalah F D AM dan AR Polisi melibatkan perwakilan dari Kementerian PPA untuk memberikan pendampingan kepada para korban
Tanpa Televisyen Program Tambahan Tv Pendidikan Tidak Bermakna Buat Pelajar Luar Bandar Sarawak

Tanpa Televisyen Program Tambahan Tv Pendidikan Tidak Bermakna Buat Pelajar Luar Bandar Sarawak

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 252 hits
Kementerian Pendidikan mesti menyelesaikan masalah asas berhubung pengajaran dalam talian KUCHING Seorang pendidik ragu tentang jumlah pelajar di luar bandar Sarawak boleh memanfaatkan slot tambahan 2 jam program TV Pendidikan ketika banyak...
Guru Redah Hutan Dan Sungai Beri Ilmu Kepada Pelajar Pedalaman

Guru Redah Hutan Dan Sungai Beri Ilmu Kepada Pelajar Pedalaman

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 224 hits
59 total views 59 views today Tugas menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik sememangnya berat Sebagai seorang pendidik setiap dari mereka akan memastikan pelajar pelajarnya mendapat kemudahan pendidikan dan ilmu Malah guru juga san...
Kolej Matrikulasi Ns Gagal Tangani Penularan Di Kampus Persatuan Pelajar

Kolej Matrikulasi Ns Gagal Tangani Penularan Di Kampus Persatuan Pelajar

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 154 hits
MALAYSIAKINI New Student Movement Alliance of Malaysia mengkritik pentadbiran Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan Kementerian Pendidikan berikutan peningkatan kes Covid 19 di kolej itu Nesa mengecam sekeras kerasnya tindakan KPM dan pihak...
Prostitusi Di Tanjung Priok Muncikari Dan Empat Pelajar Kenal Dari Facebook

Prostitusi Di Tanjung Priok Muncikari Dan Empat Pelajar Kenal Dari Facebook

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 182 hits
Paksi mengaku prihatin atas kasus prostitusi yang melibatkan anak anak Apalagi keempatnya diketahui berstatus sebagai pelajar
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian