Kolej Matrikulasi Ns Gagal Tangani Penularan Di Kampus Persatuan Pelajar


 MALAYSIAKINI


New Student Movement Alliance of Malaysia (Nesa) mengkritik pentadbiran Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) dan Kementerian Pendidikan (KPM) berikutan peningkatan kes Covid-19 di kolej itu.
"Nesa mengecam sekeras-kerasnya tindakan KPM dan pihak pengurusan KMNS dalam menangani wabak yang mengakibatkan peningkatan kes di dalam kampus.
"Sebelum kemasukan pelajar, pihak pengurusan sepatutnya bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memastikan segala langkah pencegahan serta mematuhi SOP tetapi bukannya menguruskan pelajar yang dikuarantin secara suka hati dan mengabaikan nyawa mereka," kata Nesa dalam kenyataan semalam.
Ia mendakwa KMNS gagal menangani peningkatan kes dalam kampus dengan baik dan telah mendedahkan ramai pelajar kepada risiko.
Antara dakwaannya ialah pentadbiran kolej tidak membuat ujian swab kepada semua pelajar apabila mereka kembali ke kampus untuk menduduki peperiksaan.
Nesa juga mendakwa pelajar terus dihantar ke asrama sebaik tiba di kampus dan tiada ruang untuk penjarakan fizikal di sana.
Pihak kolej juga tidak menyediakan pelitup muka dan cecair sanitasi, kata Nesa.
"Menurut sumber (pelajar), akibat menjadi kontak rapat kepada pesakit, dia bersama rakan sebilik diarahkan pengurusan untuk dikuarantin di surau bersama 60 pelajar lain.
"Surau tersebut hanya mempunyai ruang sempit dan tiada penghalang di antara 60 orang tersebut.
"Pengurusan juga enggan memberitahu pelajar mengenai angka kes positif mahupun sebarang rancangan yang efektif. Mereka turut memberi arahan secara tersirat supaya pelajar 'tidak melakukan kekecohan' dan menyusahkan mereka," kata Nesa.
Ia juga mendakwa sepuluh pelajar yang disahkan positif dipindahkan ke satu unit dalam kampus untuk kuarantin, tetapi unit itu terlalu sempit untuk mereka.
"Beberapa pelajar terpaksa menginap di ruang tamu. Kemudahan di unit tersebut tidak lengkap dan tiada ruangan belajar yang disediakan.
"Selain itu, pihak pengurusan turut tidak menyediakan talian yang boleh dihubungi sewaktu kecemasan. Selepas bermalam di unit tersebut, mereka dihantar ke Maeps, Serdang untuk dirawat pada 27 Januari," menurut Nesa.
'Kakitangan buat yang terbaik'
Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang pelajar KMNS yang enggan dinamakan mengesahkan kebanyakan dakwaan Nesa.
Bagaimanapun, dia memberitahu yang surau di kampus hanya boleh memuatkan 40 orang.
Dia juga memberitahu para pelajar yakin kakitangan kolej sedang menanganinya sebaik mungkin.
Malaysiakini menghubungi pengurusan kolej hari ini tetapi diberitahu oleh seorang pegawai hal ehwal pelajar yang pertanyaan berkenaan penularan Covid-19 dan pengurusannya perlu dirujuk kepada bahagian matrikulasi KPM.
"Pengarah kampus kata perlu hubungi mereka bagi sebarang pertanyaan media berkenaan kes Covid-19," katanya.
Malaysiakini telah berusaha menghubungi bahagian matrikulasi KPM berkenaan perkara ini.
Sementara itu, Nesa turut berkata pelajar telah menandatangani petisyen untuk meminta KPM membatalkan arahan kembali ke kampus untuk menduduki peperiksaan dan beralih kepada peperiksaan dalam talian bagi mengurangkan risiko jangkitan.
Bagaimanapun, katanya, KPM menolak cadangan itu menyebabkan pelajar, termasuk yang tinggal di zon merah, perlu kembali ke kampus.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/kolej-matrikulasi-ns-gagal-tangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Kategori Pelajar Dibenar Kembali Ke Kampus 1 Mac

6 Kategori Pelajar Dibenar Kembali Ke Kampus 1 Mac

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 224 hits
Pelajar akan ikuti PdP secara hibrid atau dalam talian PUTRAJAYA Kementerian Pengajian Tinggi menyenaraikan enam kategori pelajar yang dibenarkan kembali ke kampus secara fizikal seawal 1 Mac depan KPT memberitahu mereka akan mengikuti sesi...
Mara Nafi Dakwaan Mrsm Sungai Besar Gagal Kawal Penularan Covid 19

Mara Nafi Dakwaan Mrsm Sungai Besar Gagal Kawal Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 259 hits
BH ONLINE Maktab Rendah Sains Mara Sungai Besar Selangor NSTP Ihsan FB MRSM Sungai Besar KUALA LUMPUR Majlis Amanah Rakyat hari ini membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan kononnya Maktab Rendah Sains Mara Sungai Besar Selangor gagal m...
Viral Karena Meme Nggak Bisa Bahasa Inggris Pelajar Ini Dapat Tawaran Beasiswa Hingga Bisa

Viral Karena Meme Nggak Bisa Bahasa Inggris Pelajar Ini Dapat Tawaran Beasiswa Hingga Bisa

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 449 hits
Pelajar yang ucap Nggak bisa bahasa Inggris dan dijadikan meme justru dapat beasiswa supaya lebih pede ke depannya
Tabung Cerdik Memberikan Peranti Dan Data Bernilai Rm150 Juta Kepada Pelajar B40 Bermula Februari Ini

Tabung Cerdik Memberikan Peranti Dan Data Bernilai Rm150 Juta Kepada Pelajar B40 Bermula Februari Ini

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 469 hits
Jurang kepada teknologi melebar sepanjang PKP ini dengan ramai tidak mempunyai akses kepada peranti dan data Internet untuk PdPR Hari ini Yayasan Hasanah yang menyelia tabung CERDIK mengumumkan pemberian peranti dan juga data untuk pelajar ...
Sedap Dah Cikgu Ini Kasi Ucapan Selamat Pagi Kepada Pelajar Tiba2 Nate Aye

Sedap Dah Cikgu Ini Kasi Ucapan Selamat Pagi Kepada Pelajar Tiba2 Nate Aye

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 578 hits
Awal awal persekolahan sudah perlu menjalani kelas online pasti perkara itu dapat membuatkan pelajar kurang bersemangat untuk menimba ilmu Jadi gurulah yang memainkan peranan untuk memastikan pelajar pelajarnya bersemangat untuk menyertai k...
Pelajar Pertahan Lawatan Ke Pejabat Dap Tindakan Pada Pensyarah Tak Wajar

Pelajar Pertahan Lawatan Ke Pejabat Dap Tindakan Pada Pensyarah Tak Wajar

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 289 hits
WAKIL pelajar yang menyertai lawatan ke ibu pejabat parti pembangkang DAP menganggap dakwaan seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara diminta letak jawatan sebagai penolong rektor UiTM Raub sebagai tidak wajar Pelajar 23 tahun itu berkat...
Tablet Sumbangan Ebit Lew Talian Hayat Untuk Tiga Pelajar Autisme

Tablet Sumbangan Ebit Lew Talian Hayat Untuk Tiga Pelajar Autisme

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 326 hits
BernamaMenurut Haslinah anak sulungnya dan anak keduanya kini masing masing boleh menggunakan tablet dan komputer riba itu untuk mengikuti PdPR manakala anak ketiganya boleh menggunakan telefon bimbit beliau bagi tujuan itu BERNAMA KUALA LU...
Semua Pelajar Perlu Ikuti Program Transisi Selama 43 Hari Kpm

Semua Pelajar Perlu Ikuti Program Transisi Selama 43 Hari Kpm

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 275 hits
BernamaDr Habibah berkata Program Transisi dibuat susulan murid murid tidak dapat menjalani tempoh pembelajaran yang sepatutnya tahun lalu disebabkan PKP Gambar Bernama PUTRAJAYA Program Transisi akan dilaksanakan tahun ini untuk melihat ke...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin