Pdpr 3 0 Our Ohsem Week 2
PdPR 3.0 : Our Ohsem Week 2. Minggu ni banyak pahit manis yang berlaku dengan kitaorang. Mama dah makin advance. V8S Sound Card yang aku order dah sampai. Memang banyak benda boleh buat. So. Tak terkekang dengan PC semata untuk pengurusan audio. Boleh masukkan muzik tambahan, boleh tambah sound effect. Suka la mama. Dan dia juga dah mula kuasai geogebra untuk kegunaan kelas. Seronok.
Opcoz aku dah pakai lobby yang aku sediakan minggu lepas tu. Saja nak kasi budak happy sikit sambil menunggu. Tak la sengap sesengapnya. Ada aku pun akan pakai V8S Sound Card jugak lepas ni. Aku pulak dah ubah sikit kaedah penghantaran tugasan murid. Semua soalan aku buat dalam google form. Penat sikit la kan. Setiap hari aku akan bina untuk kelas esoknya. Bagi kelas offline pun aku pakai kaedah yang sama. Siap masukkan sekali content dari youtube dalam tu juga supaya murid dalam belajar terus dan terus jawab soalan. Walau kaedah ni agak memenatkan untuk disediakan, yang penting lepas tu senang nak buat analisis. Dapat terus.
Yang tak bestnya, hari Khamis aku nyer pensil tak boleh on. Huhuhu. Sedih abis. Sib baik la aku beli backup ituhari. Tapi. Tak sebest pensil la. Pakai glove pasal dia takde palm rejection. Tapi tetap tergagau-gagau juga. Haiisshhh. Tak best aku rasa hari Khamis tu. Tulisan buruk amat gitu.
--- #terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #Fujifilm #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mknaceunlimited.blogspot.com/2021/06/pdpr-30-our-ohsem-week-2.html