Pcos Punca Kanser Rahim Wanita Doktor Saran Peka 7 Gejala Ini Untuk Pengesanan Awal


Sindrom Ovari Polisistik atau Polycystic ovary syndrome (PCOS) dialami oleh 2 hingga 26 dalam 100 orang wanita. Sindrom yang terjadi secara senyap ini boleh meningkatkan risiko kanser rahim. Salah satu gejalanya ialah berat badan naik mendadak dan gangguan haid.
Ia mungkin menyebabkan terjadinya tanpa disedari. Dalam senyap dan kealpaan dek kesibukan sehari-hari, tanpa disedari ramai wanita terdedah kepada pelbagai faktor mencetuskan sindrom ini.
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan wanita & Kehamilan, sindrom ini amat berbahaya kerana memberikan kesan jangka panjang yang dipenghujungnya membabitkan masalah kesihatan kepada wanita. Kanser rahim, tekanan darah tinggi, diabetes, atau kerintangan insulin dan kesan psikologi seperti kemurungan adalah antaranya.

PCOS adalah keadaan yang boleh menganggu kesuburan wanita, hormon dan penampilan seseorang wanita. PCOS mempunyai kesan jangka masa panjang kepada kesihatan. Dalam setiap 100 wanita 2 hingga 26 wanita akan mengalami masalah ini.
APAKAH OVARI POLISISTIK?
Ovari polisistik adalah ovari yang lebih besar dari ovari yang normal dan mempunyai 2 kali ganda folikel ( ruang kosong dala ovari yang berisi air selepas ovari menetaskan telur dalam setiap ovulasi )
Maka, dengan mempunyai ovari polisistik tak bermakna anda mengalami PCOS. Tetapi wanita yang telah didiagnos dengan PCOS mempunyai ovari polisistik.
APAKAH GEJALA-GEJALA PCOS? Haid menjadi tak teratur atau tiada langsung Pertumbuhan bulu lebih banyak di muka dan badan ( hirsuitism ) Kepala botak Berat badan menjadi berlebihan – berat badan naik dengan cepat dan susah nak diturunkan Kulit berminyak dan senang naik jerawat Sukar untuk hamil Kemurungan dan masalah psikologi Gejala ini berbeza antara satu pesakit dengan yang lain. Ada yang mengalami gejala yang sedikit, walaubagaimanapun ada yang mengalami gejala yang melampau.

PUNCA PCOS?
Tidak diketahui, tapi ianya diwarisi. Jika mak, makcik atau adik beradik mempunyai PCOS, kemungkinan anda mendapat PCOS pun meningkat
Perlu diketahui gejala yang timbul akibat PCOS sebenarnya berpunca dari ketidakseimbangan hormon dalam badan
LEBIH HORMON LELAKI
Hormon testosteron ( hormon lelaki ) dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit oleh ovari semua wanita. Wanita yang menghidap PCOS mempunyai paras hormon testosteron yang lebih tinggi dari biasa dan menyebabkan seseorang wanita itu ‘menyerupai’ lelaki.
Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab mengawal atur paras gula dalam darah. Bagi wanita yang menghidap PCOS, insulin dalam badan menghadapi kerintangan dan tidak dapat berfungsi seperti biasa. Hasilnya paras gula dalam darah meningkat.
Untuk mengatasi masalah ini, badan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak insulin. Insulin yang banyak ini menjadi punca kepada masalah kegemukkan, haid tak teratur, masalah kesuburan dan paras hormon lelaki ( testosteron ) yang tinggi.
BAGAIMANAKAH PCOS DIKENALPASTI? Wanita yang menghidap PCOS mempunyai gejala yang datang dan pergi, lebih-lebih lagi jika berat badan mereka bertambah dan berkurang. Keadaan ini menyukarkan doktor membuat diagnosis dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk mengenalpasti PCOS.
Walau bagaimanapun, diagnosis PCOS dikenalpasti bila anda mengalami mana-mana 2 simptom di bawah :
Haid tak teratur, atau tiada langsung Pertumbuhan bulu di muka dan badan yang berlebihan atau ujian darah hormon menunjukkan paras testosteron lebih dari biasa Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovari polisistik
KESAN PCOS KEPADA KESIHATAN DALAM JANGKA MASA PANJANG ? #1. Kerintangan Insulin / Diabetes
Jika paras gula darah tidak berada dalam lingkungan yang normal, keadaan ini boleh menyebabkan diabetes. 1 atau 2 dari 10 wanita yang menghidap PCOS akan menghidap kencing manis juga nanti .
Diabetes yang tidak dirawat akan menyebabkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang. Jika anda penghidap PCOS, kemungkinan anda mendapat kencing manis meningkat sekiranya :
Umur lebih 40 tahun Sejarah keluarga mengidap kencing manis Menghidap kencing manis ketika hamil BMI melebihi 30
#2. Tekanan darah tinggi
Wanita yang menghidap PCOS akan mengalami tekanan darah tinggi yang mana disebabkan oleh kerintangan insulin dan berat badan berlebihan untuk mereka yang menghidap PCOS. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit jantung, masalah buah pinggang dan strok.
#3. Kanser
Jika anda didatangi haid kurang dari 3 kali setahun, dinding rahim akan jadi tebal lebih dari biasa dan boleh menyebabkan kanser rahim pada sebilangan kecil wanita.
Ada banyak cara untuk melindungi dinding rahim menggunakan hormon progesterone. Doktor akan berbincang dengan anda sama ada menggunakan pil hormon selama 5 hari berturut – turut untuk 3 atau 4 bulan, mengamalkan pil perancangan keluarga atau menggunakan alat dalam rahim ( Mirena ) . Cara-cara ini bergantung kepada hasrat pesakit sama ada mahu mengandung lagi atau tidak.
PCOS tidak meningkatkan risiko wanita mendapat kanser payu dara atau kanser ovari.
#4. Kemurungan dan perubahan mood
Simptom PCOS boleh menyebabkan seseorang wanita kemurungan memikirkan perubahan yang terjadi pada diri dan berasa rendah diri
TIP MENGURANGKAN RISIKO KESIHATAN DALAM JANGKA MASA PANJANG
Mengamalkan gaya hidup yang sihat Makan makanan yg seimbang Bersenam secara berkala ( 30 minit setiap sesi sekurang kurangnya 3 kali seminggu ) Dapatkan berat badan atau BMI yang ideal Pemeriksaan doktor berkala untuk saringan kencing manis, darah tinggi, kanser rahim atau masalah kemurungan.
BOLEHKAH PCOS SEMBUH PCOS tiada penawar dan tidak boleh sembuh. Rawatan perubatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan simptom-simptom PCOS di samping mencegah komplikasi yang boleh timbul akibat PCOS.
Rawatan yang sangat berkesan adalah dengan mengurangkan berat badan dan bersenam dan mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat, bukan bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
The post PCOS Punca Kanser Rahim Wanita? Doktor Saran Peka 7 Gejala Ini Untuk Pengesanan Awal! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pcos-punca-kanser-rahim-wanita-doktor-saran-peka-7-gejala-ini-untuk-pengesanan-awal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nanas Tebu Air Kelapa Bukan Penyebab Wanita Keguguran Doktor Senaraikan Ini Antara Punca Ia Berlaku

Nanas Tebu Air Kelapa Bukan Penyebab Wanita Keguguran Doktor Senaraikan Ini Antara Punca Ia Berlaku

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 395 hits
Masyarakat kita memang sering dimomokkan dengan pelbagai mitos yang ada ketikanya mendatangkan kerisauan Seperti juga dalam bab kehamilan dan keguguran sering kali kita dengar makanan seperti nanas air tebu dan juga air kelapa perlu dielakk...
Birokrasi Punca Wanita Sakit Anak Oku Bergantung Hidup Bantuan Rm400 Sebulan

Birokrasi Punca Wanita Sakit Anak Oku Bergantung Hidup Bantuan Rm400 Sebulan

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 321 hits
Tan menunjukkan surat yang diterima memaklumkan beliau tidak lagi layak menerima Bantuan Orang Tua PETALING JAYA Ketika pihak berkuasa berusaha menangani definisi kemiskinan yang baru dan lebih tinggi seorang warga emas dengan 2 anak kelain...
Ruam Lampin Selalu Jadi Dekat Bayi Tapi Kalau Biarkan Boleh Melarat Ini Tip Doktor Saran Kalau Tak Nak Mudarat

Ruam Lampin Selalu Jadi Dekat Bayi Tapi Kalau Biarkan Boleh Melarat Ini Tip Doktor Saran Kalau Tak Nak Mudarat

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 267 hits
Ruam lampin yang sering melanda bayi itu mungkin perkara normal untuk anak anak tapi kalau dibiarkan ia juga boleh melarat dan menyebabkan rasa sakit pada si kecil Satu situasi yang berlaku kepada seorang ibu pada bayinya yang mempunyai rua...
Berendam Dalam Besen Doktor Saran Amalkan Sitz Bath Untuk Yang Ada Masalah Buasir Sembelit Kronik

Berendam Dalam Besen Doktor Saran Amalkan Sitz Bath Untuk Yang Ada Masalah Buasir Sembelit Kronik

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 570 hits
Bukan mudah bagi sebahagian orang yang menghidap buasir untuk melalui hari hari biasa terutama apabila ingin membuang air besar Rasa tidak selesa dan sakit pada sekitar dubur serta pendarahan ketika membuang air besar pastinya mendatangkan ...
Bayi Kerap Menangis Macam Sakit Sangat Doktor Dedah Asap Rokok Boleh Jadi Punca

Bayi Kerap Menangis Macam Sakit Sangat Doktor Dedah Asap Rokok Boleh Jadi Punca

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 326 hits
Bayi yang kerap terdedah pada asap rokok akan membuatkan mereka mengalami Infantile Colic yang mana bayi akan menangis meraung seakan sakit sehinggakan merah padam muka mereka Perkongsian dari Dr Ahmad Luqman Bukhari menjelaskan antara sala...
Punca Sebenar Pelakon Wanita Popular Ditikam Di Leher Dan Dada Sampai Nyawa Nyawa Ikan

Punca Sebenar Pelakon Wanita Popular Ditikam Di Leher Dan Dada Sampai Nyawa Nyawa Ikan

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 292 hits
Seorang penyayi Jepun ditikam beberapa kali oleh seorang peminat fanatik ketika sedang menunggu untuk membuat persembahan di Tokyo pada Sabtu Lapor agensi berita AFP Mayu Tomita 20 ditikam di bahagian leher dan dada Menurut polis tempatan k...
4 Hari Baru Buang Air Apakah Susu Jadi Punca Anak Sembelit Pakar Pemakanan Saran Ambil Kira Faktor Ini

4 Hari Baru Buang Air Apakah Susu Jadi Punca Anak Sembelit Pakar Pemakanan Saran Ambil Kira Faktor Ini

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 437 hits
Si kecil anda tidak membuang air besar selama berhari hari najisnya pula agak keras itu mungkin petanda mereka mengalami masalah sembelit Biasanya bayi yang disusui ibu secara eksklusif tidak akan mempunyai masalah seperti ini kerana hampir...
Hiburan Pengikis Tak Kenal Jantina Uyaina Arshad Tampil Bersuara Berkenaan Isu Wanita Pisau Cukur

Hiburan Pengikis Tak Kenal Jantina Uyaina Arshad Tampil Bersuara Berkenaan Isu Wanita Pisau Cukur

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 1322 hits
Berpendapat golongan wanita perlu punyai duit poket sendiri dan tidak bergantung kepada mana mana pihak pelakon dan pengacara Uyaina Arshad tampil bersuara berkenaan isu yang makin hangat diperkatakan iaitu Pisau Cukur Kata Uyaina beliau se...
Hiburan Wan Sharmila Kesian Dengan Nasib Wanita Sebagai Orang Ketiga

Hiburan Wan Sharmila Kesian Dengan Nasib Wanita Sebagai Orang Ketiga

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 624 hits
Menyatakan dirinya berasa kasihan melihat nasib perempuan yang kantoi selepas hadir sebagai orang ketiga dalam sebuah rumah tangga pelakon Wan Sharmila mengakui bersimpati kepada insan yang dipersalahkan biarpun tidak tahu akan cerita seben...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan