Pbt Digesa Kutip Sewa Cara Baik Daripada Golongan Miskin


Predeep NambiarMageswari Krishnasamy dan anaknya berusia 5 tahun, Keashav.GEORGE TOWN: Pakar menggesa pihak berkuasa tempatan mengutip sewa daripada penyewa flat kerajaan dengan cara baik, terutamanya mereka yang kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19.
Pakar ekonomi, Madeline Berma berkata, skim pembayaran balik diperlukan supaya penyewa boleh membayar mengikut kemampuan mereka.
Kenyataannya menyusul kisah seorang ibu tunggal di Pulau Pinang berdepan pengusiran dari flat kerajaan kerana gagal membayar sewa RM97 selama 6 bulan. Wanita itu kehilangan pekerjaannya ketika perintah kawalan pergerakan dilaksanakan Mac lalu.
“Pada waktu sukar ini, kita perlu mempunyai jaringan keselamatan sosial atau skim pembayaran semula insurans mikro mengikut kemampuan keluarga berpendapatan rendah.
Madeline Berma.“Semua cara perlu dikaji untuk membolehkan wanita di Pulau Pinang itu dan anak-anaknya kekal di sana. Beliau hanya patut diminta membayar sewa berpatutan apabila mendapat pekerjaan. Keluarga itu tidak patut diusir kecuali mereka mengancam keselamatan,” kata Berma kepada FMT.
Ahli sosiologi, Denison Jayasooria berkata, pihak berkuasa di Pulau Pinang perlu menangguhkan kutipan sewa rumah daripada mereka yang berdepan kesukaran.
“Saya rasa kerajaan tempatan perlu mempunyai lebih berbelas kasihan. Pulau Pinang adalah negeri kaya dan ketika pandemik, mereka perlu mempertimbangkan penangguhan kutipan sewa.”
Minggu lalu, Mageswari Krishnasamy, 31, yang hilang pekerjaan sebagai pencuci pinggan pada Mac lalu, menerima notis pengusiran dari flat kerajaan di Taman Free School daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang
. 
Denison Jayasooria.
Beliau tidak dapat membayar sewa bulanan RM97 kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.
Beliau membuat kerja rencam seperti mengemas rumah untuk RM50 selama 4 jam dan memotong sayur untuk RM20 sehari, tetapi permintaan kini berkurangan akibat Covid-19.
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menulis surat kepada MBPP meminta notis pengusiran ditarik balik dan tunggakannya dibatalkan.
Selepas penderitaan Mageswari disiarkan FMT, ramai yang tampil membayar tunggakan sewa baginya dan membantu beliau dengan memberi makanan dan barang keperluan lain.
Bekas timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Loga Bala Mohan menawarkan pembayaran sewa selama setahun yang berjumlah RM1,164.
Bagaimanapun, beliau akhirnya membayar RM1,940 kerana MBPP berkata, terdapat tunggakan RM780 dan yuran kelewatan perlu dilangsaikan terlebih dahulu.
Loga Bala Mohan.Loga kecewa MBPP dan kerajaan negeri tidak tampil menyelesaikan tunggakan itu dan menawarkan penyelesaian tetap untuk membayar sewa pada masa depan kepada ibu tunggal itu.
“Sekarang, kerajaan negeri perlu memastikan tunggakan 6 bulannya dihapuskan. Mereka patut membuat tinjauan kewangan ke atas semua penyewa lain yang tinggal di rumah pangsa itu.
“Saya tertanya-tanya apa yang kerajaan negeri buat. Adakah mereka dengar? Anda tak boleh paksa orang miskin serahkan flat kerajaan mereka kerana unit tersebut disediakan untuk golongan berpendapatan rendah.”
Sementara itu, Mageswari mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan.
Katanya, setelah sekian lama, beliau dan anak-anaknya dapat merasai beberapa hidangan “ikan dan ayam”.
Beliau turut memaklumkan bantuan kebajikan sosial pertamanya sebanyak RM770 sudah diterima 20 Okt lalu, selepas penantian lama. Beliau membuka akaun Bank Simpanan Nasional untuk tujuan itu pada 21 Sept, selepas memohon bantuan itu pada 8 Sept.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/pbt-digesa-kutip-sewa-cara-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lanjutkan Pengecualian Sewa Rumah Golongan B40

Lanjutkan Pengecualian Sewa Rumah Golongan B40

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 227 hits
Kemerosotan ekonomi negara akibat pandemik Covid 19 yang masih belum pulih mewajarkan Kerajaan Perikatan Nasional melanjutkan pengecualikan sewa rumah Program Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam selama 6 bulan sehingga Mac 2021 Menurut Naib...
Kami Sekeluarga Terpaksa Makan Tikus Sebab Tiada Duit Golongan Miskin Di Myanmar Terjejas Teruk Akibat Covid 19

Kami Sekeluarga Terpaksa Makan Tikus Sebab Tiada Duit Golongan Miskin Di Myanmar Terjejas Teruk Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 265 hits
Pandemik Covid 19 yang mula dikesan di Wuhan China sejak Disember 2019 masih menular di seluruh dunia Virus itu bukan hanya menyebabkan kematian di kalangan manusia tetapi juga melumpuhkan sektor ekonomi Banyak negara negara yang terkesan d...
Cara Untuk Baik Pulih Diri Sendiri

Cara Untuk Baik Pulih Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 488 hits
Cara Untuk Baik Pulih Diri Sendiri Salam hujung minggu sahabat Pagini KakYa terpanggil untuk kongsi bagaimana cara untuk baik pulih diri sendiri Perkongsian ini KakYa dapat dari group perkongsian ilmu PSC Semoga perkongsian ini memberi manf...
Cara Menulis Artikel Yang Baik Di Website Atau Blog

Cara Menulis Artikel Yang Baik Di Website Atau Blog

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 454 hits
Image BufferTIPS atau cara menulis artikel yang baik di website atau blog ini fokus pada sisi sajian atau tampilan atau tata letak naskah Website adalah media online yang diakses atau dibaca oleh pengguna melalui layar gawai yang merek guna...
Cara Bayaran Bpn 2 0 Maksud Status Berjaya Kredit Gagal Kredit

Cara Bayaran Bpn 2 0 Maksud Status Berjaya Kredit Gagal Kredit

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 737 hits
CARA BAYARAN BPN 2 0 MAKSUD STATUS BERJAYA KREDIT GAGAL KREDIT Berdasarkan makluman LHDN terdapat 2 kaedah pembayaran BPN 2 0 Kaedah pembayaran BPN 2 0 ini terbahagi kepada dua golongan 1 PEMOHON BPN 2 0 MEMPUNYAI AKAUN BANK Jika pemohon me...
Cara Semak Bpn 2 0

Cara Semak Bpn 2 0

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 463 hits
AssalamualaikumBismillah1 Klik link untuk semakan 2 Masukkan No MyKad dan tekan butang search 3 Masukkan Captcha yang diberikan dan klik Butang Semak setelah selesai mengisi CAPTCHAUntuk buat permohonan baharu BPN 2 0 boleh isi borang di ba...
Cara Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini Jpj

Cara Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini Jpj

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 831 hits
Cara Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini JPJ Adakah anda merancang untuk membeli kereta atau motosikal dalam masa terdekat ini Maklumlah dalam masa PKPP dan PKPB setika ini adalah promosi dan potongan harga yang jelas menguntungkan...
Cara Goreng Ayam Supaya Lembut Isinya

Cara Goreng Ayam Supaya Lembut Isinya

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 777 hits
Cara goreng ayam supaya lembut isinya di dalam dan rangup di luar Hehe macam iklan je kan Idea ini saya nak kongsikan kepada pembaca di luar sana yang menghadapi masalah seperti saya goreng ayam di luar nampak dah masak dan crispy tetapi bi...
Bpn 2 0 Cara Permohonan Baru Secara Online Bpn 2 0

Bpn 2 0 Cara Permohonan Baru Secara Online Bpn 2 0

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 957 hits
BPN 2 0 Cara Permohonan Baru Secara Online BPN 2 0 Hari ini merupakan hari pertama semakan status penerimaan atau status kelayakan permohonan BPN 2 0 boleh dibuat Bagi anda yang telah menerima Bantuan Sara Hidup anda tidak perlu membuat per...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord

4 Senarai Dan Jenis Tombol Pintu Rumah Terbaik Dan Ideal

Lengkong Sirap Sejuk Tekak Makan Waktu Buka Puasa