Paypal Fungsi Send Money Request
Bismillah,
Apa itu 'Permohonan Kiriman Wang' (Send Money Request)
Kebiasaannya pembayaran melalui e-mel dari Paypal, pihak penjual akan mengirim send money request yang mana akan dikirim melalui e-mel termasuk invois. Apa sebab proses ini perlu di lakukan?
Ini kerana sekiranya seseorang penjual tidak menetapkan harga mungkin kerana pilihan harga banyak mengikut pakej, atau ada servis tertentu yang mana tidak dapat untuk memberi kategori harga, ia akan melalui proses menggunakan e-mel.
Sekiranya produk atau servis yang tersedia harga yang ditetapkan, cara melalui send money request pasti tidak akan dibuat kerana lebih mudah pembeli klik untuk harga tersebut dan terus membuat pembayaran dengan lebih mudah.
Harga akan dijelaskan oleh penjual atau kiriman invois bagi penyataan dan persetujuan pembeli. Jika pembeli berpuashati, pembeli/pembayar akan klik butang bayaran yang dikirim melalui e-mel pembeli.
Cara atau proses bayarannya seperti di bawah ini,Penjual akan menghantar Send Money Request / Invoice ke alamat e-mel pembeli/pembayar. E-mel ini akan mengandungi butir-butir bayaran, maklumat-maklumat yang diperlukan dan langkah-langkah yang perlu diikuti dalam proses membuat bayaran. Pembayaran menggunakan Kad Kredit/Debit ini akan diproses oleh Paypal.
Bagi membuat pembayaran, selalunya sebelum itu penjual akan memberitahu agar pembeli e-melkan atau SMS makluman pembayaran kepada penjual bahawa pembeli telah membuat pembayaran ini kepada mereka(penjual). Ini akan membuatkan kerja semakan oleh pihak penjual bagi memastikan pembayaran telah pun di buat dan proses seterusnya adalah penyerahan produk oleh penjual kepada pembeli tadi berjalan lancar.
Di bawah ini pula adalah proses bagi pembeli yang sudah ada akaun Paypal.
Berikut adalah bagaimana untuk membayar Money Request atau Invoice:
Log masuk ke akaun PayPal anda.
Klik 'History' dan mencari 'Invoice' atau 'Money Request'.
Klik 'Pay' bawah Order status/Actions.
Meneliti maklumat dan klik 'Continue' atau 'Pay'.
Klik 'Pay Now' untuk melengkapkan urus niaga.
Baki akaun PayPal anda akan digunakan dahulu. Kalau baki tidak mencukupi, PayPal akan mengambil jumlah tersebut dari kad kredit atau kad debit anda
Jika anda tidak mempunyai akaun PayPal.
Semak peti masuk(inbox) e-mel anda daripada PayPal.
Klik butang 'Pay Now' dalam e-mel. Jika anda tidak melihat butang, klik pautan di dalam e-mel atau copy dan paste URL ke dalam bar alamat pelayar(web browser) anda.
Klik 'Continue' dan ikut arahan untuk pendaftaran(Sign-Up) untuk akaun PayPal dan membuat pembayaran.
Jika anda tidak mahu mendaftar untuk akaun PayPal, klik debit atau kad kredit dan ikut arahan untuk membayar melalui kad anda.
Ok jumpa lagi, Adios!
Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hairizal.com/2013/11/paypal-fungsi-send-money-request.html