Paynet Alr Galak Pemandu Menggunakan Mydebit Di Lebuhraya Kesas Ldp Smart Dan Sprint




KUALA LUMPUR, 24 September 2024 – Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) dengan kerjasama Payments Network Malaysia (PayNet) telah melancarkan kempen Sentuhan Ikhlas yang merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di mana setiap transaksi tol dengan MyDebit memberi peluang untuk membantu keluarga B40 di seluruh Malaysia. Melalui inisiatif ini, pengguna Lebuhraya Kumpulan ALR - KESAS, LDP, SMART dan SPRINT kini boleh menyumbang dengan mudah di mana-mana 152 lorong tol MyDebit untuk meringankan beban golongan yang memerlukan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ALR, Sazally Bin Saidi, dalam ucapannya, berkongsi mekanisme Sentuhan Ikhlas yang menyumbang kepada kebaikan secara kolektif melalui transaksi tol harian. Beliau berkata, “Setiap transaksi MyDebit di lebuhraya-lebuhraya kami memberi impak keluarga yang memerlukan. Kami berharap inisiatif ini akan memberi sumber inspirasi kepada lebih ramai pengguna untuk bersama-sama kami menyertai kempen Sentuhan Ikhlas ini.”
Kempen ini mempunyai matlamat untuk menyumbang sejumlah RM500,000 kepada Yayasan MyKasih setelah mencapai 5 juta transaksi MyDebit dalam tempoh dua bulan. Setiap pembayaran tol MyDebit yang dibuat di keempat-empat lebuhraya ini menyumbang kepada sasaran transaksi ini – di mana setiap kali pengguna membuat transaksi, PayNet akan menyumbang dana kepada Yayasan MyKasih. Sumbangan RM500,000 ini akan membantu 1,000 keluarga berpendapatan rendah di Malaysia untuk membeli makanan dan keperluan isi rumah melalui penggunaan MyKad mereka

Dana akan diagihkan secara berperingkat, mengikut pencapaian transaksi MyDebit berikut:RM100,000 selepas 1 juta transaksi dicapai;RM150,000 pada 2.5 juta transaksi dicapai; danRM250,000 apabila mencapai 5 juta transaksi.Dengan menyertai kempen Sentuhan Ikhlas, para pemandu bukan sahaja menyokong tujuan murni tetapi juga mendapat manfaat dengan kaedah pembayaran yang mudah dan selamat dengan menggunakan MyDebit di lebuhraya-lebuhraya ini. 
Penukaran kepada MyDebit adalah sangat mudah kerana setiap kad ATM adalah kad MyDebit dan pemandu juga dapat menikmati:Keselamatan: Dilindungi dengan penyulitan data peringkat bank dengan sistem pengesanan penipuan.Kemudahan: Pembayaran tol yang cepat dan mudah tanpa perlu penambahan nilai kad.En. Azrul Fakhzan Bin Mainor, Pengarah Kanan, Bahagian Komersial, PayNet mengulas, “PayNet teruja melihat MyDebit diintegrasikan dalam kehidupan seharian para pemandu, sambil menyumbang kepada komuniti yang kurang berkemampuan. Melalui Sentuhan Ikhlas, setiap transaksi MyDebit membuka peluang untuk kita bersama-sama mencipta impak positif.”

Turut berkongsi input yang sama, Yayasan MyKasih menyatakan, “Mereka menghargai kerjasama yang dijayakan oleh Amanat Lebuhraya Rakyat dan PayNet untuk menyokong 1,000 keluarga yang layak menerima bantuan makanan dan keperluan. Dengan adanya usaha murni ini, ia dapat melahirkan masyarakat yang penyayang selain dapat membentuk peribadi yang mulia.”

Kempen Sentuhan Ikhlas adalah cetusan inspirasi yang baik kepada kita semua bahawa tindakan kecil juga boleh memberi impak yang ketara. Amanat Lebuhraya Rakyat dan PayNet menyeru semua pemandu untuk turut serta menjadi sebahagian daripada inisiatif bermakna ini. Maklumat lanjut berserta kemaskini berkala tentang kemajuan kempen boleh didapati di www.sentuhanikhlas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.siinurul.com/2024/09/paynet-alr-galak-pemandu-menggunakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Niat Nak Cari Barang Lama Terjumpa Rangka Bayi Di Lebuhraya Rawang Bypass

Niat Nak Cari Barang Lama Terjumpa Rangka Bayi Di Lebuhraya Rawang Bypass

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 132 hits
Niat mencari barang barang lama akhirnya menemukan dengan rangka manusia yang dipercayai seorang bayi Rangka bayi itu ditemui oleh seorang lelaki berusia 53 tahun di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass di Rawang dekat sini semalam ketika mencar...
Kemalangan Tiga Maut Lima Cedera Nahas Tujuh Kenderaan Di Lebuhraya Kl Karak Awal Pagi Tadi

Kemalangan Tiga Maut Lima Cedera Nahas Tujuh Kenderaan Di Lebuhraya Kl Karak Awal Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 193 hits
KUANTAN Tiga lelaki maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 42 Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dekat Bentong awal pagi Isnin Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Z...
Rangka Bayi Ditemui Berhampiran Lebuhraya Rawang Bypass

Rangka Bayi Ditemui Berhampiran Lebuhraya Rawang Bypass

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 104 hits
BernamaKUALA LUMPUR Rangka manusia dipercayai bayi yang baru dilahirkan ditemukan di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass di Rawang dekat sini semalam Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor Mohd Asri Mohd Yunus berkata pihaknya menerima maklumat men...
Apple Mungkin Luncurkan Paparan Smart Home Dan Os Baru Tahun Depan

Apple Mungkin Luncurkan Paparan Smart Home Dan Os Baru Tahun Depan

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 128 hits
Apple dikatakan sedang memikirkan beberapa peranti pintar untuk rumah dan baru baru ini ada maklumat yang bocor menunjukkan bahawa syarikat teknologi gergasi ini bersedia menceburi pasaran rumah pintar dengan sekurang kurangnya dua peranti ...
Cara Daftar Aplikasi Sabah Smart Parking Mudah Dan Pantas

Cara Daftar Aplikasi Sabah Smart Parking Mudah Dan Pantas

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 268 hits
Tak Perlu Lagi Kupon Sabah Smart Parking Gantikan Sistem Lama Mulai OktoberAplikasi Sabah Smart Parking bagi menggantikan sistem tempat letak kereta berkupon boleh mula dimuat turun secara percuma menerusi Google Play atau Apps Store bermul...
Pemandu Honda City Serang Pengguna Jalan Raya Guna Kayu Diburu

Pemandu Honda City Serang Pengguna Jalan Raya Guna Kayu Diburu

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 156 hits
MOHAMAD FAIZAL HASHIMTangkap layar menunjukkan seorang lelaki memukul kereta mangsa menggunakan sebatang kayu dalam kejadian pada Isnin lalu JOHOR BAHRU Polis memburu seorang lelaki yang bertindak kasar menghalang laluan sebuah kereta dan m...
Pemandu Mercedes Lari Lepas Langgar Anggota Polis Diburu

Pemandu Mercedes Lari Lepas Langgar Anggota Polis Diburu

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 166 hits
AZMI NORDINTangkap layar video tular anggota polis dilanggar sebuah kenderaan mewah di Jalan Gombak Setapak kelmarin KUALA LUMPUR Seorang anggota polis cedera selepas bergesel dengan kereta jenis Mercedes Benz dalam kemalangan di Jalan Gomb...
Jpj Perluas Operasi Buru Pemandu Lori Positif Dadah

Jpj Perluas Operasi Buru Pemandu Lori Positif Dadah

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 162 hits
Oleh Syeikh Baran Jabatan Pengangkutan Jalan akan memperluaskan kawasan operasi bersepadu bagi mengesan pemandu kenderaan berat yang melanggar peraturan termasuk positif dadah Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata sebelum ini ...
Dulu Juara Gegar Vaganza Kini Bekerja Sebagai Pemandu Teksi

Dulu Juara Gegar Vaganza Kini Bekerja Sebagai Pemandu Teksi

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 214 hits
nbsp Saya berterima kasih kepada Tuhan kerana memberkati kehidupan saya jalani sudah tertulis saya kehilangan agama dan cinta hati saya Anita yang membuatkan jiwa saya berkecai menjadi serpihan kecil
Failed Startups To Success

Telefilem Sinar Ramadan

Rasuah Warga Asing Dapat Lesen Penjaja

Lirik Lagu Terpaling Puasa Papa Pipi Bell Ngasri

Me Time Sempena Women S Day

Pengasuh Didakwa Bunuh Kanak Kanak Perempuan Tiga Tahun

Resipi Almond Cluster Sedap Hanya Guna 2 Bahan

How Motion Controls Are Revolutionizing Fitness And Sports Gaming


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Nak Ke Mana Buah Tangan Dato Sri Siti Nurhaliza Sempena Lebaran Kali Ini

Raya Outdoor Photoshoot 2025 Riceeagle Studio Kota Kinabalu Sabah

10 Amalan Ni Buatkan Korang Kaya Di Bulan Puasa Ni

Mab Officer S Sacking For Playing Takraw While On Extended Mc Upheld

Man Nabbed For Molesting Women At Ramadan Bazaar

The Morphing Of Sapura Energy S Rm1 1b Lifeline Extension Into Madani Style Strategic Investment