Pau Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Mengugut Dan Mengarah Para Perwakilan Supaya Membuat Sesuatu Keputusan Besar



Saya telah menyemak sebiji-sebiji versi teks bertulis dan versi lisan sebenar Ucapan Dasar Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Dewan Merdeka, PWTC, pada pagi tadi.

Adalah didapati bahawa versi lisan sebenar ucapan dasar ini banyak mengandungi sebutan spontan perkara tertentu sebagai tambahan kepada teks bertulis, antaranya adalah empat perenggan tambahan berikut:
21A. Kalau ada di kalangan yang di atas pentas ini atau yang berada di luar menyanggah keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Tertinggi dan insya Allah akan dibentangkan dalam usul bila perbahasan yang akan dimulakan sebentar lagi, jika mereka menyanggah keputusan parti saya serahkan kepada perwakilan untuk mengambil tindakan kepada orang yang berkenaan

26A. Malah Timbalan Speaker yang berada di sini yang lebih jantan daripada jantan keberaniannya, kalau Parlimen tidak boleh bersidang, pasar malam boleh dibuka, mall boleh dibuka, tempat lain boleh dibuka, sekolah boleh dibuka, secara sinis beliau mencadangkan kalau Parlimen sangat-sangat bahaya kita boleh bersidang di sekolah

33A. Saya tidak mahu memanaskan suasana, tapi saya tahu para perwakilan yang berada di dewan ini dan di dewan-dewan yang berhampiran sebelah-menyebelah serta para perwakilan di seluruh negara, 190 Bahagian, yang sedang melihat persidangan kita bersetuju bahawa ini adalah keputusan besar parti.
36A. Kita tak tahu bila PRU-15. Pada pandangan kita mungkin hingga 2023 kerana mereka telah cukup bilangan Ahli-Ahli Parlimennya. Kita mesti lakukan sesuatu. Saya serahkan kepada para perwakilan untuk membuat sesuatu keputusan besar. Inilah dewan keramat untuk para perwakilan membuat keputusan, sama ada kita dan secara maya

Perenggan tambahan 21A khususnya adalah satu pernyataan yang cukup menarik kerana ia menggambarkan ugutan beliau bahawa Ahli-Ahli Majlis Tertinggi dan para perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang menyanggah keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Tertinggi boleh dikenakan tindakan disiplin

Perenggan tambahan 36A juga adalah satu pernyataan yang lebih mengejutkan kerana, seperti yang telah saya tanya sebelum ini:
(1) Tidak dijelaskan siapakah "mereka" yang dikatakan “telah cukup bilangan Ahli-Ahli Parlimennya” yang dimaksudkan oleh beliau dalam ucapan beliau ini?
(2) Jika "mereka" yang dikatakan “telah cukup bilangan Ahli-Ahli Parlimennya” ini merujuk kepada Kerajaan Perikatan Nasional maka ia adalah agak ganjil kerana tidakkah UMNO juga sebahagian daripada Kerajaan Perikatan Nasional

(3) Tidak dijelaskan apakah yang beliau maksudkan dengan “kita mesti lakukan sesuatu” dan dengan “sesuatu keputusan besar” yang terkandung di dalam ayat “saya serahkan kepada para perwakilan untuk membuat sesuatu keputusan besar”

(4) Apakah yang beliau maksudkan adalah supaya para perwakilan membuat keputusan besar bagi menarik UMNO keluar dari Kerajaan Perikatan Nasional sekarang juga atau dalam tempoh yang terdekat bagi memaksa PRU-15 dilangsungkan segera

(5) Jika para perwakilan menolak saranan beliau dan tidak membuat keputusan besar bagi menarik UMNO keluar dari Kerajaan Perikatan Nasional sekarang juga atau dalam tempoh yang terdekat apakah mungkin beliau akan meletakkan jawatan

Pada sudut yang lain, inilah kali pertama saya mendengar pernyataan yang terkandung di dalam perenggan 22, yang sekali gus memerlukan pembuktian, iaitu bahawa apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 Majlis Tertinggi UMNO waktu itu telah memberikan persetujuan bersyarat kepadanya, iaitu bahawa “Parlimen hendaklah dibubarkan pada bulan Januari 2021 dan PRU hendaklah diadakan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2021, iaitu pada bulan Mac ini”.
Saya juga mengharapkan ijtihad atau “reasoning” UMNO memutuskan hubungan dengan BERSATU yang dikatakan adalah selari dengan tuntutan kaedah fiqh yang bersandarkan kepada mafhum Hadith Sahih yang berbunyi “Tidak boleh dimudaratkan dan tidak boleh memudaratkan orang lain” dapat diberikan hujahan dan penjelasan yang lebih terperinci seumpama pembuktian bahawa BERSATU dan Kerajaan Perikatan Nasional (yang UMNO adalah sebahagian daripadanya) telah memudaratkan rakyat dan negara ini

SEDUTAN VERSI LISAN SEBENAR (SECARA VERBATIM) UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO, DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI, DI DALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2020
20. Begitu juga dalam isu kerjasama dengan BERSATU. Perlu saya tegaskan keputusan Majlis Tertinggi daripada awal pembentukan kerajaan dalam Perikatan Nasional ada tempoh jeda waktunya. Ini adalah keputusan besar parti. Kita tidak boleh berganjak

21. Walau ada orang yang mengatakan saya menggunakan kuasa veto bila membuat keputusan Majlis Tertinggi, itu hanya satu tuduhan melulu. Perlembagaan UMNO tidak ada peruntukan untuk kuasa veto. Semua keputusan yang dibuat adalah secara jamai‟e atau collective. Ini adalah keputusan Majlis Tertinggi. Apa yang telah diputuskan adalah muktamad

21A. Kalau ada di kalangan yang di atas pentas ini atau yang berada di luar menyanggah keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Tertinggi dan insya Allah akan dibentangkan dalam usul bila perbahasan yang akan dimulakan sebentar lagi, jika mereka menyanggah keputusan parti saya serahkan kepada perwakilan untuk mengambil tindakan kepada orang yang berkenaan

Sidang perwakilan sekalian,
22. Sebenarnya, tuntutan UMNO secara jelas, tuntutan UMNO sebaik sahaja runtuhnya kerajaan PH, Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN mahu PRU diadakan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.

Bagaimanapun, takdir Allah telah menentukan bahawa semua rakyat di negara ini telah dilemparkan dengan ketakutan terhadap penularan pandemik Covid-19, bukan sahaja melanda negara kita tetapi di seluruh dunia dan tentunya ia menghalang apa yang sepatutnya telah kita jalankan. Sehubungan dengan itu, apabila keruntuhan Kerajaan PH yang lalu secara sendiri, kita dengan husnul zhan dengan berbaik sangka telah bersetuju bahawa jawatan Perdana Menteri diberikan kepada seorang pemimpin kepada parti yang bilangan Ahli Parlimennya paling kecil, dengan syarat ketika itu, Majlis Tertinggi telah memutuskan Parlimen hendaklah dibubarkan pada bulan Januari 2021 dan PRU hendaklah diadakan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2021, iaitu pada bulan Mac ini. Itu keputusan yang telah kita buat

23. Agak menghairankan, PRU yang sepatutnya diadakan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat berubah kepada proklamasi darurat. Proklamasi darurat dibuat atas alasan untuk memerangi Covid-19 sedangkan kita semua tahu hasrat sebenar. Tidak perlu disembunyikan kerana ada udang di sebalik batu

24. Ahli-ahli UMNO dan kita semua rakyat menjunjung kasih ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu atas titah menolak cadangan proklamasi darurat apabila pertama kali dipersembahkan kepada Baginda-Baginda. Keprihatinan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang sentiasa mencemar duli bermusyawarah untuk menentukan tindakan terbaik bagi masa depan rakyat dan negara amat UMNO dan rakyat sanjungi.

25. UMNO turut menjunjung taat setia kepada titah proklamasi darurat oleh ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan keputusan Jemaah Menteri. Dan kita juga menjunjung kasih atas titah perkenan Tuanku untuk Parlimen bersidang

26. Namun, ada yang lebih sudu dari kuah. Mereka memberi pelbagai alasan supaya persidangan Parlimen tidak diadakan. Sedangkan Parlimen itu teras demokrasi negara. Rakyat amat berharap dengan adanya vaksinasi yang sedang dilaksanakan, Parlimen harus bersidang dan PRU-15 jangan ditangguhkan

26A. Malah Timbalan Speaker yang berada di sini yang lebih jantan daripada jantan keberaniannya, kalau Parlimen tidak boleh bersidang, pasar malam boleh dibuka, mall boleh dibuka, tempat lain boleh dibuka, sekolah boleh dibuka, secara sinis beliau mencadangkan kalau Parlimen sangat-sangat bahaya kita boleh bersidang di sekolah

Sidang perwakilan,
27. Oleh kerana itu, saya dan sidang perwakilan tentu memahami bahawa realiti politik hari ini memerlukan UMNO melakukan penjajaran penyesuaian politik baharu untuk meneruskan matlamat penubuhannya. Semalam Timbalan Presiden menyebut tentang “political correctness”, “pembetulan politik”. Apa pun istilah yang akan digunakan, kewajaran dan kematangan saf kepimpinan UMNO untuk menolak kerjasama dengan BERSATU adalah muktamad. Dan kita akan lakukan keabsahannya dalam Perhimpunan Agung kali ini dan kita minta para perwakilan dalam dewan dan luar dewan bersama bersetuju. Sebab apa kita mengambil tindakan itu? Kerana ketidakjujuran dan muslihat politik yang dilakukan oleh mereka terhadap kita

29. Ingin saya tegaskan buat kesekian kalinya, dukungan kita terhadap pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional adalah demi rakyat. Kerana sebelum ini parti sebelum itu, PH, menzalimi rakyat. Mereka gagal melaksanakan manifesto yang akhirnya mereka akui ia bukan kitab suci. Malah janji 100 hari pertama pun semuanya ke laut

30. UMNO juga berpendirian tidak pernah dan tidak akan mendukung gabungan politik dalam Perikatan Nasional. Kita tidak akan masuk Perikatan Nasional sebagai parti. Sidang perwakilan, keputusan itu adalah muktamad dan harus diletakkan noktah. Ketetapan ini bukan hanya dari Majlis Tertinggi tetapi ia lahir dari suara akar umbi yang diwakili oleh tuan-tuan dan puan-puan semua. Mereka itu berniat jahat untuk menghapuskan dan menggantikan UMNO. Betul? Kita tidak akan pernah bersekongkol dengan mana-mana yang mahu menikam kita. Kita harus letakkan bahawa UMNO menjadi keutamaan kepada kita semua

31. Jauh lebih besar daripada itu, rakyat dan negara sedang dibawa menuju kehancuran. Rasulullah pernah menyebut, “Tidak boleh dimudaratkan dan tidak boleh memudaratkan orang lain,” ini Hadith Sahih. Dalam erti kata lain, sudahlah parti kita dimudaratkan, jangan pula rakyat dan negara ini turut dimudaratkan. Maka ijtihad atau “reasoning” kita memutuskan hubungan dengan mereka adalah selari dengan tuntutan kaedah fiqh yang bersandarkan kepada mafhum Hadith tersebut

31. Kita sedar, malah semua ahli UMNO sedar, bahawa BERSATU tidak mendapat dukungan rakyat sepenuhnya dan tidak mempunyai sokongan akar umbi pun. Namun hasrat ular lidi untuk menelan ular sawa terus dipergiatkan tanpa henti. Termasuklah muslihat politik ketika kita menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah. Waspadalah! Muslihat mereka tidak akan terhenti selagi UMNO tidak hancur

32. Penolakan akar umbi telah pun diterjemahkan melalui usul yang diluluskan di 124 Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian. Malah kaji selidik daripada 147 daripada 191 Ketua-Ketua UMNO Bahagian turut bersetuju menolak kerjasama tersebut

33. Anehnya, ada pula gerakan yang kemudiannya disusun untuk mengubah keputusan besar parti. Kita tahu siapa mereka. Sekilas ikan di air, kita tahu jantan betinanya

Sidang perwakilan,
33A. Saya tidak mahu memanaskan suasana, tapi saya tahu para perwakilan yang berada di dewan ini dan di dewan-dewan yang berhampiran sebelah-menyebelah serta para perwakilan di seluruh negara, 190 Bahagian, yang sedang melihat persidangan kita bersetuju bahawa ini adalah keputusan besar parti.
34. Rakyat perlu sentiasa disejahterakan. Sejahtera daripada ancaman luar dan dalam. Sejahtera daripada ancaman dari semua sudut, dari segi kesihatan, ekonomi dan politik. Sesungguhnya kerajaan bertanggungjawab memastikan rakyat berasa aman, sejahtera, cukup makan-pakai, boleh belajar dan ada tempat tinggal

35. Kestabilan mula tergugat apabila Pakatan Harapan menyerang UMNO dan Barisan Nasional. Bukan sahaja dari sudut politik biasa, tetapi dari segenap penjuru. Media baharu dipergunakan untuk menabur lada di bibir pendiam dan menitik cuka di luka perbezaan. Akhirnya mereka berjaya menjadi juara fitnah dan membina persepsi kotor untuk dipilih menjadi pemerintah yang berpijak di lantai penuh dusta

36. Pembohongan tidak mampu menjadikan mereka pemimpin dan pemerintah berwibawa. Alhamdulillah, rakyat cepat sedar dan ramai sedang menunggu bilakah PRU-15 untuk menghukum pendusta yang membohongi mereka

36A. Kita tak tahu bila PRU-15. Pada pandangan kita mungkin hingga 2023 kerana mereka telah cukup bilangan Ahli-Ahli Parlimennya. Kita mesti lakukan sesuatu. Saya serahkan kepada para perwakilan untuk membuat sesuatu keputusan besar. Inilah dewan keramat untuk para perwakilan membuat keputusan, sama ada kita dan secara maya.

Kamarul Yusoff



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/pau-dato-seri-dr-ahmad-zahid-hamidi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketika Pau Baru Bermula Annuar Musa Terus Menyerang Zahid Hamidi

Ketika Pau Baru Bermula Annuar Musa Terus Menyerang Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 386 hits
1 Insyaallah PAU2020 perhimpunan paling tersusun dan paling pendek Perwakilan dengar saja di bhg masing masing Hanya Top6 hadhir di pwtc sebagai penonton jurucakap yg di pilih semua sudah di batalkan Sudah digantikan Hanya orang yg di lanti...
Adakah Surat Annuar Musa Kepada Zahid Hamidi Ini Bukti Wujudnya Gerakan Mengubah Keputusan Mt Umno

Adakah Surat Annuar Musa Kepada Zahid Hamidi Ini Bukti Wujudnya Gerakan Mengubah Keputusan Mt Umno

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 317 hits
UMNO Bahagian Ketereh Kelantan yang dipimpin oleh Annuar Musa dilaporkan telah menghantar surat kepada Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan empat pendirian bahagian berkenaan berkaitan politik semasa dan hubungan dengan kerajaan PN ...
Pau 2021 Zahid Hamidi Warning Annuar Musa

Pau 2021 Zahid Hamidi Warning Annuar Musa

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 292 hits
PAU 2021 Zahid Hamidi Warning Annuar Musa Presiden Umno Ahmad hari ini mencabar seorang menteri daripada parti itu agar meletakkan jawatan dalam kabinet Selain melabelkan pemimpin tersebut sebagai makhluk perosak Zahid juga mendakwa menteri...
Ugutan Buat Ahmad Zahid Hamidi

Ugutan Buat Ahmad Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 210 hits
BOB KELANANG Selaku Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dilihat sedang diuji dengan pelbagai ujian bukan sahaja ujian dari segi kesnya di Mahkamah tapi ujian sebenarnya adalah mengenai kepimpinannya menerajui UMNO itu sendiri Shahidan Kassim b...
Pau Pentas Terbaik Zahid Perjelas Pada Ahli Isu Kerjasama Dengan Pkr Kata Annuar

Pau Pentas Terbaik Zahid Perjelas Pada Ahli Isu Kerjasama Dengan Pkr Kata Annuar

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 312 hits
March 26 2021 1 24 PMAnnuar Musa berkata kesamaran mengenai isu kerjasama Umno dengan PKR boleh diperjelaskan oleh Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan agung parti itu PETALING JAYA Perhimpunan Agung Umno kali ini adalah pentas terbaik buat ...
Zahid Hamidi Seru Jangan Bimbang Mereka Yang Mahu Gadai Umno Hanya Kumpulan Kecil

Zahid Hamidi Seru Jangan Bimbang Mereka Yang Mahu Gadai Umno Hanya Kumpulan Kecil

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 298 hits
Saya minta kita ahli ahli UMNO pejuang dan penyokong UMNO sekalian jangan terlalu bimbang Seperti saudara saudari saya juga tahu dan sedar apa yang sedang broker rancangkan Muslihat serta tipu daya mereka segala hipokrasi dan helah dalam pe...
Pau 2020 Perwakilan Perlu Dapat Kebenaran Rentas Negeri

Pau 2020 Perwakilan Perlu Dapat Kebenaran Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 231 hits
Setiap bahagian hanya boleh menghantar 6 orang wakil IPOH Perwakilan dari setiap negeri yang terlibat dengan Perhimpunan Agung UMNO 2020 di ibu negara pada hujung minggu depan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum merenta...
Ahli Majlis Tertinggi Umno Sindir Zahid Hamidi

Ahli Majlis Tertinggi Umno Sindir Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 402 hits
Ahli Majlis Tertinggi Umno Sindir Zahid Hamidi Sedar bahawa Umno tidak boleh memperkecilkan presiden mereka ahli Majlis Tertinggi Umno berkata dia menyerahkan isu hubungan parti itu dengan Bersatu di tangan Ahmad Zahid Hamidi Kata Zahidi ke...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023