Pau 2019 Umno Menuju Naratif Politik Baharu





SECANGKIR KOPI 37
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU 
Hampir seminggu berlalu Perhimpunanan Agung UMNO 2019 (PAU 2019) melabuhkan tirainya. Semoga semangat UMNO-Sebuah Perjuangan yang menjadi tema PAU kali ini masih terpahat diminda perwakilan dan pemerhati yang hadir. Pemilihan tema ini juga membuktikan bahawa UMNO serius memperkasakan landasan perjuangannya. Tambahan pula dengan termeterainya Piagam Muafakat Nasional. 
Mesej UMNO-sebuah perjuangan jelas menuntut UMNO melakukan transformasi perjuangan sesuai dengan keperluan politik abad ke-21. Keperluan dan corak berfikir politik hari ini sudah berbeza berbanding dahulu. Malah, sudut pemahaman anak muda berkaitan politik juga sudah berubah dan berbeza

Ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden "Muafakat Nasional Pemacu Politik Malaysia" saya telah menggariskan dua budaya baharu politik UMNO yang perlu diterapkan dan disemai ke dalam minda dan jiwa setiap pimpinan dan ahli UMNO, merangkumi yang Pertama, Politik Ketahanan dan yang Kedua, Politik Berimbang. Kedua-dua budaya ini perlu dipandang serius dan dipahat diminda serta jiwa setiap pejuang UMNO

Minda dan jiwa memainkan peranan terpenting membentuk corak berfikir, cara bertindak, gerak kerja, strategi dan kejayaan setiap manusia dalam organisasi dan kehidupannya di dunia serta di akhirat. Saidatina Aisyah pernah bertanyakan kepada Rasulullah SAW, "Bagaimana seseorang itu mendapat keutamaan di dunia? Baginda SAW menjawab: Dengan akalnya. Saidatina Aisyah bertanya lagi: Bagaimana seseorang itu mendapat keutamaan di akhirat? Baginda menjawab: Dengan akalnya. Lantas Aisyah bertanya: Bukankah seseorang itu mendapat keutamaan dengan amalnya? Lalu Rasulullah SAW menjawab: Seseorang itu beramal mengikut kadar akalnya." (Riwayat Tirmizi)
Pada waktu tertentu, hati mencorakkan cara kita berfikir, tetapi dalam banyak waktu akal menentukan corak dan bentuk fikiran seterusnya hati. Sebab itu golongan bijak pandai mengungkapkan 'akal itu pelita bagi hati'. 
Mengikut pemerhatian saya, PAU 2019 mempunyai kelainan yang tersendiri terutamanya penerimaan dan cara berfikir.  Jika PAU 2018 membawakan mesej 'BANGKIT' tetapi tahun ini kita membawa mesej mengisi 'KEBANGKITAN' tersebut. Bermula dengan penghargaan UMNO kepada presiden PAS, MCA dan MIC duduk sepentas di pentas utama membuktikan UMNO sudah mengorak langkah ke arah transformasi politik. Saya yakin para perwakilan, pemerhati dan semua yang hadir ke PAU 2019 dapat menyaksikan sendiri bagaimana kepelbagaian dan perbezaan pandangan perwakilan dan pembahas diraikan. Tiada kekecohan, tiada maki-hamun bahkan tiada aksi tumbuk-menumbuk, baling kerusi dan sebagainya. Alhamdulillah ini membuktikan para pembahas dan perwakilan PAU berfikiran positif dan semakin matang berpolitik

Tanpa dinafikan elemen kritikan, sindiran, teguran dan cadangan wujud dan diperbahaskan oleh pembahas tidak kira di kalangan mahasiswa, puteri, pemuda, wanita dan perwakilan negeri-negeri. Malah kadangkala diselang-seli dengan istilah-istilah nakal bagi menarik perhatian perwakilan seperti pintu depan pintu belakang, perang proksi, politik hanyir, politik Tom & Jerry dan lain-lain. Tetapi setiap perbahasan dan teguran diolah dengan baik dan tertib seumpama "pukul anak sindir menantu" serta terkawal. Saya meneliti dan perhalusi setiap kritikan, hasrat, dan luahan rasa pembahas. Dapat saya simpulkan kesemuanya menjurus kepada hasrat dan harapan untuk melihat perjuangan UMNO sentiasa pragmatik dan terus releven, bukan sahaja kepada ahli UMNO bahkan kepada seluruh rakyat, kitalah jurubicara rakyat

Bertitik-tolak daripada harapan itulah naratif politik baharu UMNO pasca PAU 2019, wajar diperteguhkan dengan memperkuatkan daya tahan, daya saing dan daya juang melalui politik ketahanan bagi menghadapi segala godaan tawaran material yang tidak terduga yang kadangkala menggoyahkan prinsip perjuangan. Perlu kita ingat bahawa perjuangan UMNO bukan seperti barang dagangan yang berunsurkan tawar-menawar dan tolak ansur tanpa bersebab. Tetapi perjuangan ini adalah amanah yang diwariskan kepada kita untuk dipertahankan selamanya. 
Minda dan jiwa yang jelas dengan prinsip perjuangan menjadi benteng paling ampuh untuk kita terus kekal di landasan perjuangan. Ia juga mempengaruhi corak gerak kerja dan motivasi para pejuangnya. Tiba masanya daya berfikir dan gerak kerja bergerak seiring. Pakar psikologi pernah menyebutkan, "manusia sering membazirkan masa kepada perkara yang sama. Banyak orang fokus kepada hasil bukan proses. Bagaimanapun, setiap orang yang mendapat hasil yang bagus adalah kerana prosesnya yang sempurna"

Budaya Politik Ketahanan dan Politik Berimbang adalah proses UMNO untuk keluar meninggalkan segala budaya negatif yang dilabelkan sebelum ini.  Kita harus mengorak langkah baharu demi menghadapi cabaran mendatang. Arus modenisasi telah mengubah masyarakat tradisional Melayu kepada masyarakat yang bersifat lebih terbuka dan berlainan paradigmanya, berikutan proses urbanisasi sebagai sebahagian proses modenisasi yang perlu disantuni oleh UMNO

Harapan saya semoga dua agenda besar PAU 2019 iaitu politik ketahanan dan politik berimbang yang diutarakan dapat difahami dan dihayati oleh semua perwakilan dan ahli UMNO demi kelangsungan perjuangan ini. Dengan syarat tiada lagi antara kita yang bertindak menebuk bahtera perjuangan UMNO dari dalam dan mempunyai agenda peribadi yang tersembunyi, jelas pemikiran dan tetap pendirian sepertimana kata pujangga arab "Jika kamu mempunyai pemikiran yang baik, maka sertakan dengan azam. Ini kerana rosaknya pemikiran apabila kamu tidak tetap pendirian"

AHMAD ZAHID HAMIDI#salammuafakatnasional#umnosebuahperjuangan#muafakatnasionalpemacupolitikmalaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penembak-tepat.blogspot.com/2019/12/pau-2019-umno-menuju-naratif-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pau 2019 Bersama Sama Kita Menghayati Perjuangan Umno Mahdzir Khalid

Pau 2019 Bersama Sama Kita Menghayati Perjuangan Umno Mahdzir Khalid

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 301 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Pau2019 Agenda Melayu Maju Mesti Menjadi Pemikiran Politik Baharu Umno Tok Mat

Pau2019 Agenda Melayu Maju Mesti Menjadi Pemikiran Politik Baharu Umno Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 392 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Agenda Melayu Maju hendaklah dijadikan sebagai pemikiran politik baharu untuk UMNO Ini kerana katanya orang Melayu mesti maju dari segi ekonomi politik pemikiran golongan muda tahap so...
Pau2019 Teks Ucapan Datuk Seri Mohamad Hasan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita Pemuda Puteri Umno 2019

Pau2019 Teks Ucapan Datuk Seri Mohamad Hasan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita Pemuda Puteri Umno 2019

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 347 hits
TEKS UCAPANPerasmian Perhimpunan Agung Wanita Pemuda dan Puteri UMNO 2019oleh Yang Berhormat Dato Seri Utama Haji Mohamad Haji HasanTimbalan Presiden UMNOPara Perwakilan Wanita Pemuda dan Puteri 1 Marilah kita memulakan Perhimpunan malam in...
Kelibat Pakar Formula Rafizi Dipersoal Dalam Perhimpnan Agung Umno 2019

Kelibat Pakar Formula Rafizi Dipersoal Dalam Perhimpnan Agung Umno 2019

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 448 hits
Pergerakan Pemuda UMNO mendakwa kerajaan Pakatan Harapan yang hanya tahu menjarah wang Petronas daripada memikirkan perancangan untuk membela nasib rakyat Kata Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki realiti apabila PH berkuasa mereka gagal m...
Wawancara Khas Presiden Umno Sempena Perhimpunan Agung Umno 2019

Wawancara Khas Presiden Umno Sempena Perhimpunan Agung Umno 2019

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 423 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Sby Soroti Pemilu 2019 Pertama Dalam Sejarah Politik Identitas Melebihi Takaran

Sby Soroti Pemilu 2019 Pertama Dalam Sejarah Politik Identitas Melebihi Takaran

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 385 hits
Ketua Umum Partai Demokrat Susilo Bambang Yudhoyono menyebut tahun 2019 memberikan pengalaman berharga bagi Bangsa Indonesia Yaitu tentang Pemilu serentak 2019 SBY menyoroti gelaran pemilu yang kental nuansa politik identitas Bahkan cenderu...
1 Hari Lagi Menjelang Perhimpunan Agung Umno 2019

1 Hari Lagi Menjelang Perhimpunan Agung Umno 2019

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 296 hits
UMNO2019 PerhimpunanAgungUMNO2019 UMNOSebuahPerjuangan Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Pau 2019 Moving Forward

Pau 2019 Moving Forward

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 219 hits
Raja Sara Petra Soon after the 14th General Election or GE14 in May last year political analysts said Umno is no longer relevant and Barisan Nasional itself can be considered dead When some Umno leaders and Members of Parliament left the pa...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9