Patutlah Kentut Berbau Busuk Rupanya Sebab 15 Jenis Makanan Ini
Kentut merupakan satu proses biologi yang normal dan membantu individu membuang gas dari perut ketika proses penghadaman. Bukan itu sahaja, kentut juga mempunyai variasi yang pelbagai kerana ada yang tidak berbunyi, berbunyi kuat, tidak berbau dan kentut berbau busuk.
Namun, bila ada satu momen terkentut di kawasan umum, berbau pula seperti telur tembelang dan masih difikirkan apakah puncanya? Ada makan makanan yang pelik-pelik ke? Malu!
Jadi, untuk elakkan insiden yang memalukan seperti ini berulang lagi dalam kamus hidup anda, apa kata anda perhatikan 15 jenis makanan ini yang berkemungkinan tinggi menjadi penyebab kentut anda berbau seperti sampah!
PATUTLAH KENTUT BERBAU BUSUK, RUPANYA SEBAB 15 JENIS MAKANAN INI...
Hakikatnya, kentut adalah sesuatu yang normal. Pun begitu, gas yang keluar dari lubang dubur anda ini mungkin berbau busuk akibat beberapa perkara seperti pengambilan sesuatu makanan atau ubatan.
Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan atau masalah pada sistem penghadaman anda. Secara spesifiknya gas yang dikeluarkan oleh kentutu merupakan gabungan :
-Nitrogen
-Oksigen
-Hidrogen
-Carbon dioksida
-Methane
1.Brokoli
Mungkin kita kenali brokoli sebagai sejenis sayur yang bagus untuk otak namun ia juga tinggi kandungan sulfur yang boleh menyebabkan kentut berbau busuk.
2.Kekacang
Menurut kajian, kekacang seperti kacang peas merupakan sumber fiber yang tinggi dan tidak dapat diproses dengan baik oleh kandungan gula dalam badan anda.
3.Kubis bunga
Seperti brokoli, kubis bunga juga merupakan antara sayur yang mempunyai kandungan sulfur yang tinggi. Katanya, bau sulfur ini juga adalah busuk seperti telur tembelang!
4.Makanan berasaskan tenusu
Susu, aiskrim, keju dan yogurt menjadi kegemaran ramai namum produk tenusu inilah yang menyebabkan kentut anda berbau busuk. Menurut kajian 68% populasi dunia kurang kandungan enzim yang boleh ‘berlawan’ dengan laktosa yang secara semula jadi dijumpai dalam produk tenusu. Sebab itulah kentut cepat berbau busuk!
5.Daging lembu
Daging lembu pun jadi punca? Hal ini kerana makanan tinggi protein seperti daging merah ini dipecahkan menjadi amino asid dan masuk ke dalam aliran darah. Jadi kalau terlebih kandungan protein yang masuk ke dalam usus boleh menyebabkan gas yang banyak dan kentut busuk.
6.Bawang
Bawang mungkin menjadi penambah rasa yang enak dalam makanan, namun ia juga punca kepada bau badan dan bau kentut yang busuk! Ia mempunyai kandungan fructans yang boleh menyebabkan gas dan kembung perut.
7.Telur
Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak, namun telur yang padat dengan kandungan protein dan sulfur menjadi punca kentut anda berbau busuk. Hal ini kerana protein dan sulfur mengambil masa yang lebih lama untuk diproses dalam sistem pencernaan.
8.Petai
Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana, sebelum makan pun kita sudah boleh tahu baunya yang memang kuat. Tambah pula kalau dimakan bukan?
9.Ubi keledek
Ubi keledek mengandung beberapa jenis gula oligosakarida seperti stakiosa, rafinosa, dan verbaskosa. Beberapa jenis oligosakarida tersebut tidak dapat dicerna oleh sistem percernaan kita kerana tidak adanya enzim galaktosidase.
10. Lobak putih
Rupa-rupanya lobak putih menjadi punca kenapa anda selalu kentut! Bukan sekadar kentut biasa, ia juga mungkin berbau busuk. Walaupun tinggi dengan kandungan fiber, malah lobak putih juga tinggi dengan kandungan sulfur yang boleh membuatkan kentut anda berbau.
11.Makanan diproses
Ini bukan sahaja menyebabkan usus anda tidak sihat malah menjadi faktor kenapa perut selalu bergas dan kentut berbau.
12.Bjirin
Bijirin penuh seperti roti wholemeal dan oat juga merupakan faktor kenapa kentut anda berbau busuk. Walaupun tinggi dengan kandungan serat yang bagus untuk jantung, secara perlahan membiasakan perut dengan bijirin dan minum air dengan banyak kalau tak mahu kentut selalu busuk.
13.Ubat seperti antibiotik
Kalau anda sedang tidak sihat dan mengambil ubatan seperti antibiotik, ini mungkin punca kentut anda berbau. Cuba perhatikan bila anda sudah berhenti pengambilan antibiotik, mungkin akan hilang.
14.Asparagus
Rasa memang sedap dan sedikit mahal namun, asparagus berada di dalam kumpulan sama seperti brokoli dan kubis. Tinggi dalam kandungan sulfur menyebabkan kentut anda busuk selepas makan asparagus.
15.Buah seperti epal, pisang dan peach
Mungkin ramai yang terkejut namun ini juga adalah puncanya! Bukan sahaja boleh membuatkan perut menjadi bergas jika dimakan terlampau banyak namun ada sesetengah orang juga, kentutnya akan berbau busuk.
*Jadi, selepas ini berhati-hati sebelum nak kentut. Pastikan bukan di kawasan orang ramai ya, risau pula kalau ada yang mengamuk kerana terpaksa hidu bau yang tidak diundang…murung terus!
Sumber: MensHealth
Kredit: SirapLimau
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogsjm.blogspot.com/2023/06/patutlah-kentut-berbau-busuk-rupanya.html