Patutlah Asyik Menangis Masalah Kulit Punca Bayi Tak Selesa Perlukan Perhatian Lebih


Masalah kulit yang berlaku pada bayi sememangnya buat ibu pastinya merasa susah hati untuk memulihkannya. Sementelah pula kulit memerlukan lebih masa untuk pulih.
Menurut Dr Maryam Jameelah Razali, Pakar Pediatrik daripada Hospital Pakar Annur, Bangi, biarpun masalah kulit sesuatu yang merisaukan ibu bapa namun masalah kulit bagi bayi yang baru lahir adalah ‘benign’, tidak berbahaya serta tidak memerlukan sebarang rawatan.

Akan tetapi ia memerlukan lebih perhatian dan kepekaan daripada ibu bapa sendiri untuk mencegah dan mengelakkan daripada terus merebak. Di sinilah ibu perlu berhati-hati dan tambahkan ilmu sebanyaknya. Ini beberapa masalah kulit yang anda perlu tahu.
Bersifat ‘Benign’
Bayi yang baru lahir biasanya mempunyai kulit yang lembut dan mulus. Malah kulit mereka juga amat halus dan sensitif kepada iritasi seperti cuaca yang panas, peluh, air liur, susu dan juga jangkitan kuman.
Malah bayi dengan mudahnya berpotensi untuk mengalami pelbagai masalah kulit seperti ruam, eczema dan keradangan. Harus diingatkan juga bahawa kebanyakan ruam atau masalah kulit bayi yang baru lahir adalah ‘benign’, tidak merbahaya serta tidak memerlukan sebarang rawatan.

1) Heat Rash & Milia
Biasanya berlaku akibat kelenjar peluh yang tidak terbentuk sepenuhnya. Milia kelihatan seperti bintik-bintik putih dan selalunya terjadi di kawasan pipi, hidung dan dagu manakala heat rash nampak seperti bintik-bintik merah .
Heat rash dan milia ini tidak merbahaya dan akan hilang selepas 2 ke 3 minggu. Tiada rawatan khusus diperlukan dan elakkan memicit ruam tersebut. Bagi heat rash pula, pastikan bayi tidak dibedung atau dipakaikan dengan pakaian yang terlalu tebal untuk mengurangkan peluh.

2) Erythema Toxicum
Erythema Toxicum pula adalah sejenis ruam yang sangat biasa dilihat dikalangan bayi baru lahir terutama sekali pada 2 hingga 3 hari pertama. Ruamnya kelihatan seperti biji-biji merah di muka dan badan malah akan hilang tanpa sebarang rawatan.
3) Neonatal Acne / Jerawat
Jerawat bukan hanya berlaku di kalangan orang dewasa namun bayi yang baru lahir juga boleh mengalaminya. Ia mungkin berpunca dari hormon ibu yang telah berpindah kepada bayi semasa dalam kandungan. Berbanding dengan orang dewasa, bayi tidak memerlukan sebarang ubat jerawat atau pencuci muka. Cukup dengan memastikan kulit bayi bersih dan sekali lagi, elakkan memicit jerawat tersebut. Ia biasanya akan hilang sendiri dalam tempoh 2 hingga 3 bulan.

4) Ruam Lampin
Berlaku di kawasan yang tertutup dengan lampin akibat iritasi dengan air kencing dan najis. Untuk mengelakkan dari mendapat ruam di kawasan tersebut, pastikan lampin ditukar dengan kerap. Cuci dengan air dan elakkan penggunaan tisu basah terutama sekali sekiranya selepas bayi membuang air besar untuk mengelakkan iritasi.
Gunakan nappy cream selepas setiap kali menukar lampin. Penggunaan krim pelapis (barrier cream) yang mengandungi zink oxide di kawasan yang merah dan luka dapat melindungi kulit. Jangan gunakan talkum kerana ianya boleh menyebabkan kelenjar peluh tersumbat.

5) Cradle Cap / Seborrheic Dermatitis
Ianya berlaku di kawasan yang banyak kelenjar kulit seperti di kulit kepala, pipi, kening, hidung dan telinga. Rupanya seperti sisik yang sedikit berminyak berwarna kuning atau putih. Sisik ini boleh melekat dan menjadi tebal. Ia biasa bermula ketika usia bayi dalam lingkungan 3 minggu ke 3 bulan.
Untuk mengurangkannya, mandikan bayi dengan air dan elakkan penggunaan sabun. Jika cradle cap itu tebal, bolehlah disapu dengan minyak zaitun atau kelapa selama beberapa minit dan cuba tanggalkan sisik dengan menggunakan kapas. Selepas itu syampulah kepala bayi dan sikat untuk menggugurkan sisik-sisik. Kadang kala rawatan yang lebih khusus diperlukan sekiranya keradangan berlaku dan menjadi teruk.

6) Ekzema
Merupakan masalah keradangan kulit yang kronik yang biasanya berlaku sejak bayi berusia 2 ke 3 bulan. Ia amat kerap berlaku di mana 1 dari 10 kanak-kanak mengalaminya.
Kulit yang mengalami masalah ekzema kelihatan merah, kering dan sangat gatal. Ianya biasa berlaku di kawasan pipi, siku, lutut dan dada. Kondisi ini berubah dari masa ke semasa. Punca sebenar ekzema tidak diketahui namun faktor genetik dan alahan memainkan peranan yang besar. Kebanyakan masalah ekzema akan hilang semasa usia remaja namun sebilangan kecil akan berterusan sehingga dewasa.
Tiada penawar untuk ekzema. Namun biasanya rawatan yang diberikan adalah untuk mengawal ekzema itu sendiri. Penggunaan pelembap yang kerap adalah penting untuk mengurangkan gatal dan keradangan serta melembapkan kulit terutama sekali sejurus selepas mandi.

Elakkan pencuci atau losyen yang mengandungi bahan kimia seperti pewangi, pewarna dan paraben dan jangan mandi dengan air yang terlalu panas kerana ia boleh mengeringkan kulit.
Sekiranye ekzema tidak terkawal, doktor yang merawat mungkin perlu memberi krim steroid dan antibiotik.
Masalah kulit di kalangan bayi adalah pelbagai dan sebilangannya kurang lazim berlaku. Ada juga masalah kulit yang mungkin serius, memerlukan rawatan dan ujian yang lebih khusus. Oleh itu amat penting untuk bertanya dan mendapatkan pemeriksaan lanjut serta konsultasi dengan doktor bayi anda.
Artikel berkaitan: Pemakanan Jenis Ini Penyebab Utama Masalah Kulit Anak, Gatal Dan Mudah Ekzema
5 Bahan Di Rumah Untuk Rawat Ekzema Dan Kulit Sensitif
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Patutlah Asyik Menangis, Masalah Kulit Punca Bayi Tak Selesa, Perlukan Perhatian Lebih! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/patutlah-asyik-menangis-masalah-kulit-punca-bayi-tak-selesa-perlukan-perhatian-lebih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajah Gadis Alami Masalah Kulit Teruk Selepas Berhenti Guna Produk Kecantikan Tempatan

Wajah Gadis Alami Masalah Kulit Teruk Selepas Berhenti Guna Produk Kecantikan Tempatan

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 281 hits
Kuala Lumpur Gara gara berhenti menggunakan sejenis produk keluaran tempatan yang diguna olehnya sebelum ini seorang gadis cantik mendakwa telah mengalami masalah kulit yang teruk pada kulit wajahnya apabila kulitnya kini dipenuhi jerawat b...
Anak Menangis Di Pangkuan Shaheizy Sam Syatilla Luah Rasa Sebak Dan Ternyata Perkongsiannya Raih Perhatian Warganet

Anak Menangis Di Pangkuan Shaheizy Sam Syatilla Luah Rasa Sebak Dan Ternyata Perkongsiannya Raih Perhatian Warganet

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 367 hits
Syatilla Melvin yang merupakan pelakon dan juga usahawan kosmetik meluahkan rasa sebak selepas terpaksa tinggalkan anaknya di rumah atas urusan kerja Menerusi IG Syatilla telah membuat perkongsian anaknya menangis di pangkuan suaminya keran...
Lebih Tembam Bayi Dilahirkan Lebih Sihat Di Mata Masyarakat Sebenarnya Silap Tak Semestinya Berat Itu Sihat

Lebih Tembam Bayi Dilahirkan Lebih Sihat Di Mata Masyarakat Sebenarnya Silap Tak Semestinya Berat Itu Sihat

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 344 hits
Pernah tak anda terfikir kenapa doktor seperti obses dengan berat bayi di dalam kandungan ketika anda sedang hamil Setiap kali ujian ultrasound dijalankan pasti doktor akan memberitahu anda akan anggaran berat bayi anda Nilai berat tersebut...
Hiburan Disolek Macam Pondan Loca B Akui Lebih Selesa Hias Wajah Sendiri

Hiburan Disolek Macam Pondan Loca B Akui Lebih Selesa Hias Wajah Sendiri

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 214 hits
Penyanyi rap Loca B menerusi ruangan Instagramnya mendedahkan bahawa dia lebih suka menyolek wajahnya sendiri berbanding menggunakan perkhidmatan jurusolek View this post on InstagramAdvertisementIni kerana isteri kepada penyanyi K Clique T...
Apa Punca Handle Motosikal Bergegar Lebih Teruk Ketika Langgar Garisan Kuning Yamaha Lc135

Apa Punca Handle Motosikal Bergegar Lebih Teruk Ketika Langgar Garisan Kuning Yamaha Lc135

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 463 hits
Disebabkan penulis pengguna LC135 jadi setiap rujukan akan di ambil dari model motosikal jenis ini kecuali suatu hari nanti penulis ada rezeki buka sebuah bengkel haaa ketika itu macam macam model boleh kita huraikan setiap permasalahan dan...
Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 347 hits
Adakah anak anda baru dilahirkan dan anda berasa terkejut melihat warna kulit bayi anda yang mungkin kemerah merahan Jangan bimbang ibu bapa kerana ia adalah sesuatu yang normal Setiap bayi tidak mempunyai warna kulit yang sama kerana merek...
Risau Tengok Anak Orang Lebih Pandai Dari Anak Sendiri Punca Ramai Ibu Bapa Stres

Risau Tengok Anak Orang Lebih Pandai Dari Anak Sendiri Punca Ramai Ibu Bapa Stres

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 360 hits
Dalam keadaan hari ini semua ibu bapa berlumba lumba nak anak pandai dan berjaya Hasrat itu betul tetapi kita lupa dari aspek psikologi perkembangan anak kita masih lagi gagal jadi ibu bapa yang sepatutnya menyokong setiap kelebihan dan kek...
Ada Masalah Gatal Kulit Cuba 5 Petua Tradisional Ini Mana Tau Serasi

Ada Masalah Gatal Kulit Cuba 5 Petua Tradisional Ini Mana Tau Serasi

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 369 hits
Gatal kulit Korang yang ada masalah gatal kulit nie tentu dah faham sangat betapa terseksanya menahan rasa untuk mengaruk garuk bahagian yang gatal tu Rasa mengenyam genyam selagi tak digaruk Kali ini sis nak kongsikan beberapa petua tradis...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran

12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin