Patutlah 50k Share Memang Sedap Murtabak Telur Kulit Popia Ni Tak Rugi Cuba
Popia antara juadah kegemaran seisi keluarga. Sama ada intinya yang berasaskan sayur, inti daging atau ayam, semuanya sedap dinikmati. Bagi yang suka pedas, popia basah yang diletakkan sos pun antara yang jadi pilihan.
Cuma ada anak-anak, pilihan mereka mestilah yang tak pedas. Biasanya popia carbonara jadi pilihan. Kali ini resipi murtabak telur menggunakan kulit popia pula mama boleh cuba.
Cara pembuatannya sangat simple, hanya beberapa langkah saja dah siap dan boleh dihidangkan.
Resepi murtabak telur senang yakmat nak buat hasil air tangan Fadhilah Khaulan. Berebut anak-anak makan.
Bahan-bahan:
– kulit popia
– telur
– bawang besar
– bawang putih
– cili api (pilihan)
– garam/perasa
Cara-caranya:
1) Bawang besar dipotong dadu, bawang putih diracik halus. Tumiskan kedua-dua jenis bawang ini hingga naik bau dan sedikit kekuningan atau nampak dah garing. Lepas bawang dah layu, masukkan telur dan kacau hingga hancur.
2) Masukkan garam atau perasa ikut citarasa masing-masing dan akhir sekali masukkan cili (sama ada nak pedas atau tak ikut pilihan)
3) Sejukkan dulu inti telur yang dah siap. Kemudian sediakan kulit popia. Apabila inti dah sejuk, boleh mula proses melipatnya.
4) Letakkan inti ditengah-tengah, kemudian lipat segi empat ikut saiz yang anda mahu. Dihujung kulit popia tu, boleh sapukan telur atau air untuk lekatkannya.
5) Dah siap bolehlah goreng dan dihidangkan. Nak goreng dalam kuali biasa atau pan letak sedikit minyak terpulang. Sedap di makan panas-panas. Nak cicah dengan sos pun boleh.
Selamat mencuba
Kredit resipi: Fadhilah Khaulan
KEBAIKAN TELUR UNTUK TUMBESARAN ANAK
Sama ada digoreng, direbus atau dimasukkan dalam menu makanan, telur antara makanan yang sentiasa jadi pilihan semua peringkat umur. Kebiasaannya kanak-kanak yang susah makan lauk bila digantikan dengan telur mereka suka.
Tapi ada juga ibu bapa yang risau jika anak terlalu bergantung dengan telur semata-mata. Sebenarnya jika diikutkan protein yang tinggi dalam telur sangat bermanfaat untuk membantu perkembangan anak.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, dia sangat mengalakkan anak-anak kita bersarapan dengan telur.
Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.
Selain itu, ia membekalkan beberapa vitamin dan mineral, terutama vitamin A (bagus untuk mata anak-anak kita), vitamin D (bagus untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak-anak kita), choline (bagus untuk meingkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan otot-otot jantung), dan selenium (bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik).
Jika anak-anak kita tiada masalah alahan, telur adalah sarapan yang baik. Boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.
Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak.
Jangan berlebihan. Galakkan juga pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam pemakanan mereka.
The post Patutlah 50k Share, Memang Sedap Murtabak Telur Kulit Popia Ni. Tak Rugi Cuba! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/patutlah-50k-share-memang-sedap-murtabak-telur-kulit-popia-ni-tak-rugi-cuba/