Patuhi Arahan Bnm Sebelum Dagang Kripto


KUALA LUMPUR: Pihak yang mahu terbabit secara serius dalam perdagangan matawang maya atau kripto perlu merujuk kepada arahan dan peraturan ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM).
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata ia bagi memastikan pihak terbabit tidak melakukan tindakan atau terjebak dalam kegiatan melanggar undang-undang dan peraturan berkaitan mekanisme matawang ditetapkan BNM.
Mengakui kegiatan dagangan matawang maya semakin berkembang dan menjadi trend dalam masyarakat, beliau meminta pengendali atau sesiapa yang terbabit dengannya berwaspada dengan kegiatan berkenaan.
Dari segi teknologi kewangan baharu, katanya, kalau dikatakan ‘bitcoin’ atau matawang kripto, ia sesuatu yang umum harus berwaspada kerana BNM yang mengendali dan mengurus semua teknologi kewangan baharu masih mengkaji secara mendalam pengendalian kripto.
“Tentu ada pelbagai pihak yang cuba memperkenal kaedah atau mekanisme mereka secara tersendiri.
“Saya ingin menasihatkan semua pihak, tidak kira dari mana yang ingin memperkenal teknologi baru ‘bitcoin’ atau matawang kripto dan sebagainya, untuk merujuk kepada BNM kerana ia adalah pihak berkuasa yang akan mengeluarkan kata putus mekanisme kewangan baharu ini.
“Jangan kita buat sesuatu yang mungkin ada masalah, namun pada masa sama, kita tidak mahu sebut kita menghalangnya. Kita terbuka tapi perlu tertakluk kepada peraturan sedia ada.
“Rujuklah kepada BNM. Saya selaku Menteri Kewangan pun akan rujuk BNM. Jangan buat sesuatu tanpa garis panduan, tanpa arahan BNM untuk mengelak melakukan sesuatu yang tidak betul dan salah di sisi undang-undang,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datin Dr Tan Yee Kew (PH PKR-Wangsa Maju) sama ada kerajaan akan menubuhkan badan penguatkuasa khas bagi mengawal selia kegiatan kripto.
Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad, sebelum ini dilaporkan berkata, wujud usaha menjadikan Harapan Coin sebagai matawang kripto kebangsaan dan digunakan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada masa depan.
Beliau berkata, cadangan berkenaan dikemukakan ketika pelancaran Harapan Coin pada Mei lalu.
Terdahulu, Guan Eng berkata, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini meletakkan Malaysia pada kedudukan 10 teratas aliran wang keluar secara haram dalam kalangan negara membangun bagi tempoh 2005 sehingga 2014, membabitkan nilai AS$444.6 bilion.
Katanya, penemuan GFI ke atas aliran wang haram dari Malaysia boleh memburukkan persepsi awam terhadap rasuah dalam negara.
“Punca utama aliran wang haram dari Malaysia adalah kerana lari membayar cukai pendapatan, cukai dan duti kastam, penyeludupan barang larangan, pengaliran keluar tunai secara haram dan penyalahgunaan subsidi barangan,” katanya.
Sehingga September lalu, katanya, sebanyak 62 kes aliran keluar wang haram disabitkan kesalahan, 30 pendakwaan masih dalam peringkat perbicaraan sementara 37 kes dalam penyiasatan.
Guan Eng berkata, sebanyak 15 perintah mahkamah sivil dikeluarkan untuk menghentikan kegiatan haram terhadap pesalah yang menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen.
The post Patuhi Arahan BNM Sebelum Dagang Kripto appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/patuhi-arahan-bnm-sebelum-dagang-kripto/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Harapan Coin Dijual Sebelum Mendapat Pengesahan Bnm Lavida Coin Pula Diharamkan Bnm

Kenapa Harapan Coin Dijual Sebelum Mendapat Pengesahan Bnm Lavida Coin Pula Diharamkan Bnm

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 239 hits
Khalid Samad mengakui dia dan rakan rakan terlibat dalam projek Harapan Coin Bagus Kita buat ulang kaji sedikit Pertama Khalid Samad cadangkan Harapan Coin diguna dalam transaksi rakyat dengan kerajaan Kedua Khalid Samad dalam video kata Ha...
6 Minggu Sebelum 2019

6 Minggu Sebelum 2019

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 343 hits
Sambil bertemankan dengkuran sang kawan yang kepenatan menjalani kehidupan beliau dan juga OST filem Bahubali yang aku sukar untuk move on aku menaip dengan penuh semangat Uish dashyat aura Bahubali ni Sampai berkecamuk emosi aku seketika S...
Ini 4 Wasiat Rasulullah Saw Kepada Siti Aisyah Sebelum Tidur

Ini 4 Wasiat Rasulullah Saw Kepada Siti Aisyah Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 433 hits
Sayidah Aisyah termasuk istri yang paling dekat dengan Nabi SAW Bahkan tatkala beliau sakit menjelang wafatnya beliau minta izin pada istri istrinya yang lain agar merelakan dirinya untuk tinggal di rumah Aisyah Karena itu tidak heran jika ...
Salam Takziah Kepada Keluarga Jehan Miskin Jehan Miskin Ceritakan Detik Sebelum Ayah Beliau Pergi

Salam Takziah Kepada Keluarga Jehan Miskin Jehan Miskin Ceritakan Detik Sebelum Ayah Beliau Pergi

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 1527 hits
Salam Takziah Kepada Keluarga Jehan Miskin Jehan Miskin Ceritakan Detik Sebelum Ayah Beliau PergiSalam Takziah Kepada Keluarga Jehan Miskin Jehan Miskin Ceritakan Detik Sebelum Ayah Beliau Pergi
Sebelum Kena Ott Kpk Bupati Pakpak Bharat Dilantik Jadi Ketua Relawan Capres

Sebelum Kena Ott Kpk Bupati Pakpak Bharat Dilantik Jadi Ketua Relawan Capres

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 182 hits
Bukan hanya itu Remigo juga hadir pada Deklarasi Perempuan Tangguh Pilih Jokowi Sumut di Hotel LePolonia Medan kemarin Istrinya Made Tirta Kusuma Dewi menjabat ketua kelompok relawan ini
Pesan Terakhir Dufi Ke Istri Sebelum Ditemukan Tewas Mah Saya Sudah Di Stasiun

Pesan Terakhir Dufi Ke Istri Sebelum Ditemukan Tewas Mah Saya Sudah Di Stasiun

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 217 hits
Dia pun menjelaskan korban sehari hari berangkat bekerja menggunakan kereta listrik Dari rumah korban mengendarai mobilnya kemudian diparkirkan di Stasiun Rawa Buntu
Wahai Suami Ciumlah Kening Isteri Anda Sebelum Pergi Kerja Anda Pasti Terkejut Dengan Kesannya

Wahai Suami Ciumlah Kening Isteri Anda Sebelum Pergi Kerja Anda Pasti Terkejut Dengan Kesannya

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 305 hits
Sebelum berangkat bekerja dipagi hari biasakanlah cium anak dan isteri Anda Dengan begitu ada kebahagiaan yang mereka dapatkan dari ayah tercinta Cium kening mereka satu persatu dan ciumlah pipi kanan dan kiri mereka dengan penuh kelembutan...
Momen Penting Bupati Pakpak Bharat Sebelum Terjaring Ott Kpk Karena Kasus Suap

Momen Penting Bupati Pakpak Bharat Sebelum Terjaring Ott Kpk Karena Kasus Suap

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 300 hits
Satu bulan sebelumnya Remigo baru saja menjabat sebagai Sekjen Apkasi menggantikan Nurdin Abdullah yang kini menjabat Gubernur Sulawesi Selatan
10 Kebiasaan Yang Dapat Merusak Ginjal Hindari Sebelum Terlambat

10 Kebiasaan Yang Dapat Merusak Ginjal Hindari Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 200 hits
Ginjal memiliki peran yang penting dalam tubuh Ginjal berfungsi untuk memproduksi sel darah merah mengatur tekanan darah mendetoksifikasi menghilangkan kelebihan air serta mengendalikan kadar mineral dalam darah Untuk itu penting mengurangi...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Apa Itu Berkat

Mesothelioma Attorney Assistance A Beacon Of Hope For Victims Of Asbestos Exposure

Cara Tambah Akaun Admin Page Facebook 2024

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Coklat Ketupat Matcha