Pati Tidak Akan Keluar Dapatkan Vaksin Kecuali Dasar Disesuaikan Kata Liew



Pendatang tanpa izin dan pelarian tidak mungkin akan tampil untuk menerima pelalian Covid-19 selagi dasar penguatkuasaan tidak disesuaikan, kerana bimbang akan dihukum, kata bekas timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong.
Walaupun bersetuju dengan kenyataan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, bahawa semua pelarian dan pendatang tanpa izin akan menerima pelalian, beliau bimbang jaminan ini tidak mencukupi.
“Adalah penting untuk semua orang diberi vaksin, terutama mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi seperti pekerja asing dan pelarian.
“Tetapi saya tidak fikir pendatang tanpa izin akan keluar. Mereka tidak akan mempercayai kata-kata Khairy kecuali pihak imigresen, polis dan semua agensi keselamatan yang lain memikirkan semula hal ini. ”
Bercakap dalam webinar bertajuk ‘Covid-19: Seeking solutions for prisons and refugees’ yang dianjurkan oleh G25 Malaysia dan Yayasan Edunity, senator itu berkata, selagi kebimbangan mereka tidak diatasi, mereka tidak akan keluar dan masalah kluster yang muncul dari pusat tahanan dan penginapan pekerja akan berterusan.
Pegawai kesihatan awam bersekutu dari Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR), Dr Susheela Balasundaram, berkata mereka sedia membantu proses vaksinasi.
“Kami sedia untuk membantu apa yang perlu dalam hal pemberiaan vaksin bagi memastikan semua pelarian diberikan akses,” katanya.
Menyentuh soal defisit kepercayaan antara masyarakat dan kerajaan, Susheela berkata UNHCR terbuka untuk membantu kerajaan selesaikan jurang itu.
“Kami sedia berkolaborasi dengan kerajaan untuk melihat apa yang dapat dilakukan melalui komunikasi dan persiapan masyarakat dari segi maklumat dan tempat untuk mendapatkan akses.”
Tambahnya, penyelesaian jangka panjang dalam membantu memastikan kesihatan pelarian, bahkan setelah pandemik berakhir, diperlukan, lalu mengambil contoh India dan Iraq yang menyediakan rawatan kesihatan setara dengan yang diterima warganya. Thailand pula menyediakan skim pembiayaan kesihatan untuk pelarian.

The post PATI tidak akan keluar dapatkan vaksin kecuali dasar disesuaikan, kata Liew appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/18/pati-tidak-akan-keluar-dapatkan-vaksin-kecuali-dasar-disesuaikan-kata-liew/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pati-tidak-akan-keluar-dapatkan-vaksin-kecua

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Daftar Segera Dapatkan Vaksin Guru Dipertimbang Jadi Keutamaan Pemberian Vaksin

Awani Ringkas Daftar Segera Dapatkan Vaksin Guru Dipertimbang Jadi Keutamaan Pemberian Vaksin

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 311 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video ter
Keluarkan Sijil Halal Untuk Vaksin Covid 19 Kata Persatuan Farmasi

Keluarkan Sijil Halal Untuk Vaksin Covid 19 Kata Persatuan Farmasi

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 276 hits
Presiden Persatuan Farmasi Malaysia Amrahi Buang berkata isu halal vaksin sebenarnya tidak seharusnya menjadi pertikaian memandangkan ia tidak menggunakan sebarang sumber haiwan malah ada yang telah disahkan halal oleh negara luar KUALA LUM...
Pendaftaran Vaksin Kini Dibuka Kepada Penduduk Sarawak Kata Uggah

Pendaftaran Vaksin Kini Dibuka Kepada Penduduk Sarawak Kata Uggah

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 244 hits
Pendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera atau boleh ke hospital klinik dan pejabat daerah berhampiran KUCHING Penduduk Sarawak kini boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin percuma Covid 19 kata Timbalan Ketua Menteri Douglas Ug...
L Nggar Peraturan Keluar I Sinar Untuk Belanja Emas Atau Saham Kata Pakar

L Nggar Peraturan Keluar I Sinar Untuk Belanja Emas Atau Saham Kata Pakar

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 268 hits
Pengeluaran simpanan i Sinar tidak sepatutnya digunakan untuk pembelian emas dan saham memandangkan kerajaan membenarkan pengeluarannya untuk tujuan kecemasan seperti desakan kewangan hari ini
Warga Asing Pati Diberi Vaksin Demi Lindungi Rakyat

Warga Asing Pati Diberi Vaksin Demi Lindungi Rakyat

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 266 hits
Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR NOOR HISHAM ABDULLAHPUTRAJAYA Warga asing termasuk pendatang asing tanpa izin akan menerima suntikan satu dos vaksin Covid 19 yang akan dilaksanakan dalam Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Ketua Pengarah Kesih...
Agong Boleh Panggil Sidang Parlimen Tanpa Nasihat Pm Kata Ku Li

Agong Boleh Panggil Sidang Parlimen Tanpa Nasihat Pm Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 292 hits
February 25 2021 Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mempunyai kuasa untuk memanggil sidang Parlimen tanpa nasihat daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Perkara itu dinyatakan Pengerusi J...
666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Bersatu Is Most Inclusive Party In Malaysian Political History Not Just For Malays Says Hamzah Zainudin

Sabah Leaders Cast Doubt On Muhyiddin S 40pc Revenue Pledge Point To Inaction When He Was Pm

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Don T Be Trapped By Uncertainty Nostalgia Hamzah Tells Bersatu

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jjcm Minum Petang Di Parit Yusof

Roti Sunshine Baru

Ultimate Beef Tenderloin Recipe Green Egg

Soalan Bocor Atau Strategi Inilah Cara Sebenar Lulus Temuduga Kerajaan

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan