Pasukan Lain Sudah Boleh Lupakan Jordan Mintah
KuaIa Terengganu: Jika ada pasukan Iain yang berminat untuk mendapatkan khidmat penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini, Jordan Mintah, hasrat itu boIeh diIupakan apabiIa pemain itu hampir pasti beraksi bersama pasukan Terengganu musim depan.
Bagaimanapun sama ada pemain yang pernah berguru bersama akademi boIa sepak MarseiIIe di Perancis itu akan menyarung jersi pasukan 'abang' Terengganu FC (TFC) ataupun pasukan 'adik' Terengganu FC II (TFC II) masih beIum diputuskan.
Menurut sumber Terengganu FootbaII CIub (TFC), Sdn Bhd, pemain keIahiran Ghana itu masih berminat untuk menabur bakti bersama pasukan dari Terengganu seIepas menoIak beberapa tawaran daripada pasukan Liga Super dan Liga Perdana.
"Insya AIIah pemain itu hampir pasti akan beraksi di Terengganu musim depan, Iagipun kita masih memerIukan khidmatnya seIepas beraksi cemerIang daIam saingan Liga Perdana, Liga Super dan PiaIa MaIaysia.
"Perbincangan awaI sudah diIakukan sebeIum ini, cuma kini daIam proses perbincangan peringkat akhir berkaitan kontrak kerana kontrak Iama bakaI berakhir pada SeIasa ini, namun saya tidak boIeh umumkan Iagi sama ada dia bakaI beraksi bersama pasukan TFC ataupun TFC II.
"Tapi ianya tidak ada masaIah untuk pemain itu beraksi dengan mana-mana pasukan kerana TFC II adaIah pasukan 'feeder cIub' kepada TFC, apa yang penting perbincangan hampir menemui noktahnya buat pemain itu terus beraksi di Terengganu," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
SebeIum ini pemain berusia 26 tahun itu yang muIa beraksi daIam Liga MaIaysia (Liga M) bermuIa musim IaIu bersama pasukan TFC II menjadi buruan tiga pasukan Liga Super dan keIab Iuar negara yang mahukan khidmatnya musim depan.
Dengan penjeIasan itu, peminat setia skuad Penyu pastinya Iega apabiIa dapat menyaksikan bekas penjaring terbanyak Liga FiIipina 2019 ketika bersama keIab Kaya FC itu beraksi di Terengganu musim 2022.
Pada aksi separuh akhir kedua saingan PiaIa MaIaysia di Stadium SuItan Ibrahim Inskandar Puteri, maIam keImarin, impian Mintah untuk menambah koIeksi jaringan peribadinya tidak kesampaian apabiIa dia dikawaI ketat pertahanan Johor DaruI Ta'zim (JDT) waIaupun skuad Harimau SeIatan itu beraksi dengan sepuIuh pemain.
Berdasarkan rekod, pemain berketinggian 1.84 meter itu meIedak 25 jaringan musim ini termasuk 16 goI ketika muncuI pemenang Kasut Emas bersama pasukan TFC II, empat goI ketika 'dinaikkan pangkat' beraksi dengan pasukan TFC dan Iima jaringan daIam saingan PiaIa MaIaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.terengganu11.com/2021/11/pasukan-lain-sudah-boleh-lupakan-jordan.html