Pastikan Pemimpin Penyokong Pas Tidak Celupar Tuduh Orang Lain Dengan Isu Lgbt




 
HarapandailyJuly 17, 2025Naib Pengerusi AMANAH Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamed menasihatkan Pas yang menerajui kerajaan negeri agar tidak memfitnah pihak lain terbabit dalam gejala negatif lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
“Pastikan dalam usaha mencegah, pemimpin/penyokong Pas tidak celupar mulut menuduh orang lain dengan isu liwat, LGBT atau seumpamanya,” katanya.
Ustaz Che Ibrahim MohamedBeliau berkata demikian mengulas kenyataan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud (gambar atas) susulan pesta gay dihadiri kira-kira 100 lelaki di Kota Bharu.




Kenyataan Ketua Penerangan Pas Kelantan itu juga selepas negara digemparkan dengan sejumlah kes berkaitan dadah di negeri berkenaan termasuk melibatkan pengusaha salun dan kedai makan yang dikenali sebagai ‘Yuyu’.


“Isu pelbagai jenayah dan kemungkaran seperti pengedaran dadah, LGBT, scammer yang menjalar hendaklah diambil tanggungjawab dan ditangani bersama.


“Agenda amal Islami dalam masyarakat hendaklah dipertingkat di semua institusi; keagamaan, kekeluargaan, kemasyarakatan, kesihatan, pendidikan termasuklah perniagaan dan penguatkuasaan,” katanya.


Kelantan terus dibelenggu masalah penyalahgunaan dadah apabila mencatatkan jumlah statistik tertinggi di Malaysia membabitkan 1,130 kes dalam setiap 100,000 penduduknya.


Terengganu pula kedua tertinggi dengan 914 kes, diikuti Perlis (965 kes) dan Kedah (898 kes) bagi jumlah penduduk sama.


Pada Mac lalu, polis Kelantan mendedahkan, ramai pengasas produk dan pempengaruh di negeri itu dikesan terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah dan penggubahan wang haram.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata kebanyakan mereka menggunakan modus operandi sama iaitu menggunakan perniagaan untuk menyembunyikan kegiatan jenayah.


Menurutnya, kes pertama membabitkan tangkapan pengasas produk bersama dadah bernilai RM5 juta pada 2020 yang menjadikan perniagaan sebagai topeng kepada kegiatan haram.












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/pastikan-pemimpin-penyokong-pas-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Lgbt Jangan Dijadikan Modal Politik Pas Amk

Isu Lgbt Jangan Dijadikan Modal Politik Pas Amk

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 242 hits
KUALA LUMPUR 19 Julai 2025 Angkatan Muda Keadilan Malaysia menegaskan bahawa amalan lesbian gay biseksual dan transgender tidak pernah diiktiraf dalam mana mana dasar kerajaan dan jelas haram dari sudut Islam serta perundangan negara Me
Pas Tunggu Jemputan Bersatu Tunggu Kehadiran Penyokong Pn Kebingungan

Pas Tunggu Jemputan Bersatu Tunggu Kehadiran Penyokong Pn Kebingungan

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 167 hits
Hubungan PAS dan BERSATU dalam Perikatan Nasional kini kelihatan semakin goyah bak retak menanti belah BERSATU mendakwa telah menjemput PAS ke pertemuan penting tetapi tiada wakil PAS yang hadir sedangkan Pemuda PAS sendiri menegaskan merek...
Andansura Pas Miliki Ramai Pemimpin Berkaliber Untuk Mentadbir Negara Ini Sekiranya Diberi Mandat Oleh Rakyat

Andansura Pas Miliki Ramai Pemimpin Berkaliber Untuk Mentadbir Negara Ini Sekiranya Diberi Mandat Oleh Rakyat

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 222 hits
KUANTAN PAS memiliki ramai pemimpin berkaliber untuk dicalonkan sebagai pemimpin sekiranya diberi mandat untuk mentadbir negara ini Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Andansura Rabu berkata pendekatan PAS bagaimanapun berbeza dengan part...
Lain Kali Bersatu Minta Duit Dari Pas

Lain Kali Bersatu Minta Duit Dari Pas

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 243 hits
RMS Apa dah terjadi Jika tak dapat bayar sewa dikawasan elit boleh buka pejabat di Taman Medan try tanya Zawawi dia cakap PAS banyak duit boleh bagi BERSATU
Rafizi Sindir Pas Salah Tunggang Isu Nampak Bangang

Rafizi Sindir Pas Salah Tunggang Isu Nampak Bangang

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 248 hits
Malaysiakini nbsp Rafizi Ramli menyindir tiga pendirian PAS berhubung isu cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan badan kehakiman yang menurutnya berubah ubah dalam tempoh seminggu Bekas timbalan presiden PKR itu berkata pe...
Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rinduuu Blogging

Aktiviti Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 Ppim 09 11 2025

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad

Adakah Selamat Makan Coklat Putih Rahsia Di Sebalik Fenomena Chocolate Bloom

Sunda Woles Mojang Priangan Chord

Showstoppers The 5 Most Viewed Custom Motorcycles Of October