Andansura Pas Miliki Ramai Pemimpin Berkaliber Untuk Mentadbir Negara Ini Sekiranya Diberi Mandat Oleh Rakyat




KUANTAN: PAS memiliki ramai pemimpin berkaliber untuk dicalonkan sebagai pemimpin sekiranya diberi mandat untuk mentadbir negara ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Andansura Rabu berkata, pendekatan PAS bagaimanapun berbeza dengan parti lain apabila hanya mengumumkan calon pemimpin mereka apabila sampai masanya.
Menurutnya, parti itu tidak ketandusan pemimpin untuk menjawat jawatan penting sama ada di peringkat negeri atau negara, sebaliknya ramai yang layak dan berkebolehan.
“Ramai dalam kalangan pemimpin PAS layak, jadi ia bukanlah isu yang berbangkit,” katanya.
Andansura berkata demikian bagi menjawab soalan media berhubung desakan pihak tertentu supaya PAS menamakan calonnya susulan Kempen Turun Anwar yang dilancarkan pembangkang, dengan kemuncaknya ialah himpunan di Kuala Lumpur pada 26 Julai ini.
Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Muktamar Pemuda PAS Pahang Kali Ke-43 yang dirasmikan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Hanif Jamaluddin di sini pada Ahad.
Turut hadir, Ketua Pemuda PAS Pahang, Mohd Zarimi Abu Zif dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Hamdi Harun.
Andansura yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah berkata, PAS hanya menunggu masa dan memastikan diberikan mandat terlebih dahulu kerana pada ketika itu pasti ada nama yang akan dicalonkan.
“Seperti mana di peringkat negeri sebelum ini, timbul juga persoalan siapa nama yang hendak diangkat sebagai calon Menteri Besar.
“Terbukti apabila menang, ada nama yang dicalonkan dan pemimpin dilantik berjaya mentadbir negeri masing-masing,” katanya.
Menurutnya, perkara itu tidak boleh diumum lebih awal kerana banyak sentimen lain yang perlu diambil kira.
“Kami tidak ikut pendekatan pihak lain yang berebut untuk menjadi Perdana Menteri, menteri dan sebagainya.
“Bukan bererti kami tiada calon, tetapi pendekatannya berbeza. Jadi, jangan heret PAS untuk namakan pemimpin itu sekarang kerana kita tidak akan jawab,” tegasnya.
Menjawab persoalan berhubung kemampuan PAS untuk berkhidmat kepada rakyat, beliau berkata, ia boleh dilihat melalui kesungguhan dan cara ADUN serta Ahli Parlimennya menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Menurutnya, walaupun berdepan banyak halangan dan sekatan, wakil rakyat PAS tetap menunaikan tanggungjawab.
“Kami tiada peruntukan tetapi tetap tunaikan amanah kerana telah diajar sejak awal untuk menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin,” katanya. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/07/andansura-pas-miliki-ramai-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pastikan Pemimpin Penyokong Pas Tidak Celupar Tuduh Orang Lain Dengan Isu Lgbt

Pastikan Pemimpin Penyokong Pas Tidak Celupar Tuduh Orang Lain Dengan Isu Lgbt

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 194 hits
HarapandailyJuly 17 2025Naib Pengerusi AMANAH Kelantan Ustaz Che Ibrahim Mohamed menasihatkan Pas yang menerajui kerajaan negeri agar tidak memfitnah pihak lain terbabit dalam gejala negatif lesbian gay biseksual dan transgender Pastikan da...
Ketirisan 48 Bilion Kenyatan Di Buat Oleh Ketua Audit Negara

Ketirisan 48 Bilion Kenyatan Di Buat Oleh Ketua Audit Negara

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 332 hits
Hamdan Taha Tatakelola tender tidak betul dan di dapati banyak Ketirisan dan menariknya melibatkan kementerian yang umno menjadi menteri maka isu ni ahli pkr terutamanya di dalam media sosial terus menyerang umno dan menteri umno kononnya p...
Dasar Kerajaan Membantu Rakyat Dalam Negara

Dasar Kerajaan Membantu Rakyat Dalam Negara

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 188 hits
RMS Kerajaan tidak buat dasar yang rugikan rakyat tapi untuk menjaga kebajikan rakyat tak kira kerajaan mana yang akan menerajui negara selepas PRU 16 Dasar dasar yang diumumkan kerajaan hari ni akan kekal walaupun PN atau BN jadi kerajaan ...
Ha Ha Ha Pencetak Harakah Cadang Penyokong Pas Bayar Hutang Dengan Rm100 Yang Diberi Pmx

Ha Ha Ha Pencetak Harakah Cadang Penyokong Pas Bayar Hutang Dengan Rm100 Yang Diberi Pmx

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 239 hits
HarapandailyPencetak lidah rasmi Pas Harakah mencadangkan penyokong Pas yang enggan menerima bantuan RM100 di bawah program Sumbangan Asas Rahmah untuk melunaskan hutang dengan pihaknya Bekas pencetak akhbar Harakah Hussin Jan berkata demik...
Keh Keh Keh Tunggang Atas Nama Rakyat Pemuda Pas Tiba Tiba Bersorak Dah Menang

Keh Keh Keh Tunggang Atas Nama Rakyat Pemuda Pas Tiba Tiba Bersorak Dah Menang

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 259 hits
HarapandailyJuly 25 2025Pemuda Pas dilihat cuba menunggang atas nama rakyat dengan tiba tiba bersorak mengatakan rakyat sudah menang Sayap parti pembangkang itu mendakwa penutupan KTM dibatalkan walaupun sejak pagi tadi pengendali laman Fac...
Yb Pas Ahmad Marzuk Lupa Daratan Lupa Perjuangan Rakyat

Yb Pas Ahmad Marzuk Lupa Daratan Lupa Perjuangan Rakyat

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 161 hits
Sham GhazSebagai anak Kelantan dan pencinta tanah air ini saya terpanggil untuk menjawab sikap tidak beradab dan tidak bersyukur sesetengah wakil rakyat termasuk YB Marzuk Shaary Ahli Parlimen Pengkalan Chepa terhadap usaha bersungguh sungg...
Shahaniza Tempelak Andansura Kerajaan Negeri Pahang Memang Di Perintah Oleh Orang Melayu Beragama Islam

Shahaniza Tempelak Andansura Kerajaan Negeri Pahang Memang Di Perintah Oleh Orang Melayu Beragama Islam

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 309 hits
KUANTAN Pahang ini milik rakyatnya bukan milik mereka yang hanya pandai membakar sentimen Demikian tegas Ketua Penerangan UMNO Negeri Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin susulan kenyataan seorang pemimpin PAS bahawa kuasa kerajaan negeri...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy