Pasti Anda Tidak Percayakan Mona Lisa Sebenarnya Menghidap Sifilis


 
Dinobatkan sebagai lukisan paling terkenal di dunia, Mona Lisa telah menarik labih daripada enam juta pengunjung ke The Louvre setiap tahun. Apakah sebenarnya misteri keunikan yang terdapat pada lukisan yang dihasilkan oleh Leonardo da Vinci ini?
Berikut adalah beberapa misteri yang sering menjadi tanda tanya sejak dari dahulu lagi.
1. Identiti sebenar Mona Lisa Sepanjang lebih dari seabad yang lalu, ramai yang telah membuat andaian bahawa Mona Lisa adalah seorang wanita bangsawan. Namun, beberapa nama telah dikaitkan dengan tuan empunya badan antaranya adalah Isabella d’Este, Marquise of Mantua, atau Costanza d’Avalos, Duchess of Francavilla.
Sebahagian yang lain pula mengatakan Mona Lisa adalah berdasarkan seorang lelaki iaitu Leonardo da Vinci sendiri atau lelaki yang menjadi pembantunya selama 20 tahun iaitu Gian Giacomo Caprotti. Bahkan, ada yang mengatakan ia adalah lukisan permandangan indah yang lama-kelamaan ditukar menjadi lukisan seorang wanita.
Hari ini, ramai pakar berpendapat bahawa potret Mona Lisa adalah Lisa Gherardini del Giocondo, isteri kepada seorang saudagar sutera Florentine bernama Francesco del Giocondo. Pada tahun 1503, Lisa Gherardini berusia sekitar 24 tahun ketika wajahnya dilukis Leonardo da Vinci. Walaupun begitu, watak sebenar lukisan ini masih belum dapat dibuktikan secara rasmi.
2. Tandatangan tersembunyi Pada tahun 2010, pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Warisan Kebudayaan Itali iaitu Silvano Vinceti telah mendakwa melihat beberapa tandatangan tersembunyi yang ditulis dengan teliti dan halus pada mata Mona Lisa. Dia mendakwa pada mata kanan lukisan itu terdapat huruf L dan V yang dikatakan tandantangan Leonardo da Vinci.
Pada mata kiri Mona Lisa pula terdapat huruf seakan C, E atau B. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan The Louvre mengatakan bahawa tandatangan tersembunyi yang didakwa dikesan oleh Vinceti itu mungkin disebabkan rekahan yang sangat kecil pada cat lukisan terkenal itu.
3. Latar belakang yang aneh Pada latar belakang yang terdapat pada lukisan Mona Lisa itu, bahagian sebelah kanan adalah sedikit lebih tinggi berbanding di sebelah kiri. Beberapa andaian mengatakan ia adalah dua latar belakang yang berbeza dan sukar digabungkan. Disebabkan latar belakang yang tidak serasi ini, ia membuatkan Mona Lisa kelihatan sedikit lebih tinggi dan lebih tegak posisi tubuhnya.
4. Senyuman penuh misteri Pada tahun 2000, para saintis di Harvard University telah mencadangkan penjelasan di sebalik kajian saraf mengenai senyuman Mona Lisa yang sukar difahami. Ketika anda sedang melihat matanya, mulutnya berada dalam keadaan periferal yang kelihatan hitam dan putih.
Ini menonjolkan bayang-bayang di sudut mulutnya membuatkan senyuman Mona Lisa kelihatan lebih luas. Namun begitu, pandangan itu akan berkurangan sekiranya anda melihat terus pada mulutnya.
Ini adalah salah satu kepelbagaian ciri senyuman Mona Lisa yang sering diperdebatkan. Ia sering berubah-ubah jika dilihat pada sudut berlainan dan membuatkannya kelihatan seakan hidup dan penuh misteri.
5. Jambatan yang menjadi tanda tanya Landskap pada latar belakang lukisan Mona Lisa kelihatan seakan suatu imaginasi tetapi mungkin juga jambatan yang dilukis pada bahagian belakang di sebelah kanan itu diketahui oleh Leonardo.
Ramai orang mengatakan jambatan itu adalah Jambatan Ponte Buriano yang terletak di Tuscany. Akan tetapi, pada tahun 2011 seorang penyelidik telah mendakwa lukisan jambatan itu adalah berdasarkan Jambatan Bobbio yang terletak di Trebbia yang telah rosak dihanyutkan banjir yang berlaku pada tahun 1472.
6. Obsesi Da Vinci Leonardo da Vinci telah mengusahakan lukisan ini selama beberapa tahun lamanya. Dia terlalu obses dengan lukisan Mona Lisa dan selalu membawa lukisan ini bersamanya ke mana sahaja dia mengembara, walaupun sehingga dia berpindah ke Perancis pada penghujung hayatnya.
Lukisan itu akhirnya dijual kepada penaja terakhirnya iaitu Raja Francois I dan kekal berada dalam koleksi diraja selama hampir 200 tahun lamanya. Pada tahun 1799, Napoleon telah terjumpa lukisan Mona Lisa dan mengarahkan agar ianya ditempatkan di bilik tidurnya. Pada tahun 1804 barulah lukisan ini dipamerkan untuk tontonan umum di The Louvre.
Namun, pada masa ia dipamerkan, lukisan ini tidaklah begitu menarik perhatian sehinggalah pada pertengahan kurun ke-19, nama Leonardo sebagai seorang artis mula dikenali. Dia dilihat sebagai seorang yang sama hebat seperti Michelangelo dan Raphael.
Tidak lama selepas itu beberapa karya da Vinci yang lain mula dikenali dan namanya menjadi begitu terkenal sehingga hari ini.
7. Adakah Mona Lisa tidak sihat? Lukisan Mona Lisa ini juga sering diteliti oleh pakar perubatan. Pada tahun 2010, seorang doktor dari Itali telah perasan bengkak di sekeliling matanya dan mendiagnosis bahawa Mona Lisa mempunyai kandungan kolesterol berlebihan dalam pengambilan makanannya.
Malah, beberapa doktor juga berpendapat Mona Lisa mungkin mempunyai beberapa masalah kesihatan yang lain seperti kelumpuhan muka, pekak dan juga sifilis. Selain itu, melalui wajahnya juga doktor mengatakan Mona Lisa sedang hamil.
Doktor gigi pula berpendapat bahawa lakaran mulut Mona Lisa menggambarkan bahawa dia mungkin mempunyai bentuk gigi yang kompulsif dan bibir atasnya menunjukkan Mona Lisa tiada beberapa batang gigi pada bahagian hadapan.
Berdasarkan bibirnya yang pucat pula, doktor berpendapat Mona Lisa mungkin dikasari atau menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Sehingga kini keadaan kesihatan berdasarkan lukisan itu sering diperdebatkan.
Rujukan:
sumber
The post Pasti Anda Tidak Percayakan, Mona Lisa Sebenarnya Menghidap Sifilis? appeared first on InfoJe.Com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://infoje.com/pasti-anda-tidak-percayakan-mona-lisa-sebenarnya-menghidap-sifilis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Misteri Lukisan Potret Mona Lisa Yang Membingungkan Pakar

5 Misteri Lukisan Potret Mona Lisa Yang Membingungkan Pakar

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 344 hits
Potret Mona Lisa seorang model wanita muda yang dilukis oleh pelukis terkenal Leonardo da Vinci pada abad ke 16 sehingga kini diselubungi misteri dan masih menimbulkan banyak tanda tanya Lukisan itu menjadi fenomena kerana keunikannya yang ...
Potret Mona Lisa Lelaki Lima Misteri Perlu Diketahui

Potret Mona Lisa Lelaki Lima Misteri Perlu Diketahui

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 467 hits
POTRET Mona Lisa iaitu model seorang wanita muda dilukis oleh pelukis terkenalLeonardo da Vinci pada abad ke 16 sehingga kini diselubungi misteri dan masih timbul tanda tanya Potret itu menjadi fenomena kerana keunikan yang tersendiri sehin...
Fakta Sebenarnya Tentang Info Penculikan Anak Keterangan Polisi Dan Modus Penculik

Fakta Sebenarnya Tentang Info Penculikan Anak Keterangan Polisi Dan Modus Penculik

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 263 hits
Tiap hari ada saja yang menyebarkan foto dan video penculikan anak Kejadian entah di mana curhat seorang warganet di laman facebook miliknya Kamis Kabar tentang penculikan ini terus meluas di media sosial Bahkan beberapa foto yang diedarkan...
Apa Sebenarnya Maksud Syaitan Dari Golongan Manusia

Apa Sebenarnya Maksud Syaitan Dari Golongan Manusia

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 303 hits
Syaitan merupakan kata umum untuk setiap entiti agh t penderhaka dan golongan sesat sama ada dari golongan manusia ataupun daripada golongan jin mahupun dari golongan yang lain bukanlah sebuah kewujudan yang khusus di dalam al Qur an bahkan...
Ajar Anak Pegang Pensel Menconteng Nampak Simple Tapi Sebenarnya Banyak Faedah Umur Setahun Dah Boleh Mula

Ajar Anak Pegang Pensel Menconteng Nampak Simple Tapi Sebenarnya Banyak Faedah Umur Setahun Dah Boleh Mula

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 763 hits
Mengajar anak memegang pensel juga satu faedah Dengan hanya sebatang pensel dan sehelai kertas dia boleh menerokai pelbagai perkara baru sambil menajamkan skil Anak seronok menconteng dan dalam masa yang sama otaknya di stimulasi Menurut Pe...
Wanita Yang Dikatakan Hodoh Pertahankan Diri Aliff Syukri Sebenarnya Nak Sebut Kusam

Wanita Yang Dikatakan Hodoh Pertahankan Diri Aliff Syukri Sebenarnya Nak Sebut Kusam

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 540 hits
Wanita yang dikatakan hodoh pertahankan diri Aliff Syukri sebenarnya nak sebut kusam
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11