Pasir Gudang Perlukah Darurat Diisytihar Tahukah Kesan Dan Akibatnya Ini Penjelasan Peguam


Ekoran daripada pencemaran berpunca sisa toksik yang berlaku di Johor, ramai pihak menggesa dan mendesak kerajaan supaya segera mengisytiharkan darurat. Hal ini kerana bagi sesetengah pihak, keadaan sudah mencapai ke tahap kritikal apabila keadaan semakin membar@ah. Bahkan jumlah mang sa juga semakin meningkat. Tidak cukup dengan itu, terbaru Menteri Pendidikan telah mengarahkan ke semua Sekolah di dalam daerah Pasir Gudang ditutup serta merta. Jumlah mangsa kelmarin dilaporkan lebih 500 orang
Bahkan di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen daripada Kerajaan , Pembangkang bersatu hati mendesak Kerajaan supaya segera mengisytiharkan Darurat di Pasir Gudang. Cadangan tersebut sebelum itu dimulakan oleh Ahli Parlimen BN – Pontian, Ahmad Maslan kemudiaanya ditegaskan kembali oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan – Pasir Gudang, Hasan Karim dan disokong oleh Ahli Parlimen PAS – Kubang Kerian, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.
Baca : Pencemaran Toksik : Ahli Parlimen BN, PH dan PAS desak Kerajaan Isytihar Darurat di Pasir Gudang

Bukan setakat itu, gesaan yang sama turut disuarakan oleh seorang pakar.Felo Penyelidik Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo, turut menggesa Kerajaan Negeri mengisytiharkan darurat. Menurutnya langkah itu bagi mengelakkan penduduk di kawasan yang tercemar mengalami masalah kesihatan jangka panjang.
Namun begitu, tahukah anda apa kah yang dimaksudkan dengan PENGISYTIHARAN DARURAT?
Apa kah Pro dan Kontra akibat Pengisytiharan itu?
Perlukah Darurat diisytiharkan?
Berikut adalah Coretan Seorang Peguam mengenai Pengisytiharan Darurat dan Kesannya
CORETAN PEGUAM AWAAS!! INI YANG MUNGKIN AKAN BERLAKU JIKA KERAJAAN ISYTIHAR DARURAT BENCANA DI PASIR GUDANG. 1. Kecoh dalam media sosial, netizen marahkan kerajaan kerana tidak isytihar darurat bencana di Pasir Gudang susulan pencemaran toksik yang berlaku di sana.
2. Saya tak tahu sama ada mereka ini benar-benar faham atau tidak apakah kesannya apabila sesuatu perintah darurat itu diisytiharkan oleh Kerajaan?
3. Atau mereka sekadar ikut-ikut orang lain sahaja? Orang lain kutuk kerajaan, mereka pun kutuk sama. Orang lain suruh kerajaan isytihar darurat mereka pun turut tumpang semangkuk, tanpa mengetahui apakah itu darurat bencana dan kesan daripada darurat bencana tersebut.
4. Sukacita saya ingin maklumkan. Semasa banjir besar berlaku di Kelantan pada tahun 2014, Kerajaan Persekutuan ketika itu pun TIDAK isytiharkan darurat bencana di sana, sungguhpun bolehlah dikatakan itu antara banjir terbesar yang pernah berlaku di negeri Kelantan yang hampir menenggelamkan sebahagian besar negeri itu.
 
Bah Kuning 2014 – Kelantan KENAPA NAK SANGAT DARURAT DIISYTIHARKAN? 5. Saya tak tahu, apa yang seronok sangat dengan darurat ini sehingga semua orang seolah-olah hendak sangat kerajaan isytiharkan darurat? Adakah mereka rasa darurat ni macam pesta?
6. Sebenarnya pengisytiharan darurat bencana ini hanya perlu dilakukan sekiranya kerajaan merasakan mereka PERLU membuat suatu tindakan drastik atau mengeluarkan perintah-perintah tertentu dengan segera untuk mengatasi bencana itu.
7. Ini kerana, menurut Arahan MKN No 20 : Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, pengisytiharan darurat bencana, apabila perlu, dibuat secara peraturan pentadbiran dan eksekutif oleh Perdana Menteri atas syor Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) dan ianya akan tertakluk kepada undang-undang dan tatacara kerajaan yang sedang berkuat kuasa ketika darurat itu.
8. Ini bermakna, sekiranya darurat diisytiharkan, KERAJAAN (sila baca Perdana Menteri) boleh membuat atau mengeluarkan, atau menggubal sebarang perintah atau undang-undang yang dipanggil sebagai undang-undang darurat di kawasan yang disytiharkan darurat tersebut, TANPA perlu di bawa ke parlimen untuk diluluskan.
9. Dan secara automatiknya undang-undang biasa yang terpakai dalam keadaan aman tidak lagi terpakai dalam situasi darurat tersebut sehinggalah pengisytiharan darurat tersebut ditarik balik oleh kerajaan.

ANDAI DARURAT DIISYTIHAR, KERAJAAN BERKUASA PENUH? 10. Antara langkah yang akan dilakukan apabila darurat bencana diisytiharkan ialah pengambilan tanah dan tempat-tempat persendirian seperti rumah atau bangunan persendirian untuk dijadikan pusat pemindahan atau bilik gerakan tanpa kerajaan perlu membayar apa-apa saguhati atau pampasan kepada pemilik tanah atau bangunan tersebut, atau mengusir mana-mana pihak daripada premisnya untuk tujuan keselamatan dan sebagainya. Dan ketika itu TIADA PIHAK boleh mempertikaikan arahan tersebut.
11. Darurat juga biasanya akan diisytiharkan jika ramai mangsa enggan berpindah dan memilih untuk kekal di rumah mereka walaupun kediaman mereka tersebut telah diisytiharkan sebagai kawasan berba haya.
12. Dan apabila darurat berlaku maka setiap arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa terutamanya oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara), termasuk arahan untuk berpindah dan juga arahan untuk menggunakan aset-aset yang lain wajib dipatuhi.
13. Dalam tempoh darurat itu juga kerajaan persekutuan boleh mengarahkan dan memberi kuasa penuh kepada semua ejensi di bawahnya termasuklah Tentera, Bomba dan Penyelamat, Polis dan lain-lain untuk melakukan apa sahaja yang dirasakan perlu termasuklah mengambil alih kawasan yang diisytiharkan darurat tersebut dan sebagainya. Dan sekali lagi perlu diingatkan, semasa tempoh darurat tersebut tidak ada seorang pun yang boleh mempertikaikan apa sahaja arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan mahupun agensi-agensi yang telah diturunkan kuasa kepadanya. Ini bertujuan untuk memastikan langkah keselamatan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan berkesan.

MENIMBULKAN SUASANA PANIK 14. Saya yakin kalau rakyat tahu betapa teruknya situasi dan kesan jika sesuatu darurat bencana itu disiytiharkan, sudah pasti rakyat tidak mahu situasi sedemikian berlaku. Ianya bukan sahaja akan menyebabkan suasana panik dan kelam kabut yang keterlaluan dalam negara kita, tetapi akan memberi kesan negatif dan tidak baik kepada pelabur luar. Nanti akan ada pula yang kata kerajaan persekutuan ini za lim kerana isytiharkan darurat.
Sedangkan dahulu mereka yang beriya-iya suruh kerajaan isytiharkan darurat.
15. Melihatkan jaminan dan langkah-langkah drastik yang telah diberikan dan diambil oleh kerajaan persekutuan setakat ini, saya fikir buat masa sekarang, tidak perlu dan dan tidak terdesak pun undang-undang darurat diisytiharkan di Pasir Gudang, memandangkan ejensi-ejensi kerajaan pun telah dikerahkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya di sana dan semuanya dilaporkan dalam keadaan terkawal.
16. Tambahan pula kerajaan telah mengumumkan peruntukan tambahan untuk mengatasi bencana tersebut. Dan bantuan pun masih dapat disalurkan dengan baik setakat ini.

 
17. Oleh sebab itu saya fikir tidak ada keperluan pun untuk kerajaan mengisytiharkan darurat pada ketika ini.
18. Dan Parlimen Malaysia pun semalam telah membahaskan usul tergempar bagi membincangkan sama ada perlu atau tidak darurat bencana diisytiharkan di sana. Dan ahli parlimen mewakili kerajaan dan pembangkang pun telah memberikan hujah masing masing. Justeru berdasarkan hujah-hujah itulah kerajaan membuat keputusan untuk TIDAK mengisytiharkan darurat bencana di sana.
KESIMPULAN 19. Kesimpulannya, sebelum anda melontarkan kutukan atau kritikan bersifat emosional berdasarkan sentimen politik semata-mata eloklah anda dapatkan maklumat dan info yang tepat tentang perkara tersebut. Jangan hanya ikut orang sahaja.
20. Selain usaha yang telah dilakukan, sama-samalah kita berdoa kepada Allah moga-moga saudara saudara kita di sana diberi perlindungan dan diselamatkan oleh Allah dan bencana ini dapat di atasi dan berakhir dengan segera. Insya Allah.
Terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Peguambela & Peguamcara,
Pengerusi Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR) The post PASIR GUDANG : Perlukah Darurat Diisytihar? Tahukah Kesan dan Akibatnya? Ini Penjelasan Peguam appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/pasir-gudang-perlukah-darurat-diisytihar-tahukah-kesan-dan-akibatnya-ini-penjelasan-peguam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Darurat Diisytihar Di Pasir Gudang

Darurat Diisytihar Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 717 hits
Darurat Diisytihar Di Pasir Gudang Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim hari ini memohon supaya kerajaan pusat mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang Johor susulan pencemaran Sungai Kim Kim di daerah Pasir Gudang Johor akibat pemb...
Tmj Komen Isu Pasir Gudang Tidak Perlu Isytihar Darurat Oleh Kerajaan

Tmj Komen Isu Pasir Gudang Tidak Perlu Isytihar Darurat Oleh Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 535 hits
Sebelum ini Menteri Besar Johor Dato Osman Sapian dalam satu sidang media menyatakan keadaan pencemaran di Pasir Gudang masih dalam keadaan terkawal dan tidak perlu diisytihar darurat Kesal dengan kenyataan itu Tunku Mahkota Johor Tunku Ism...
Kesemua 111 Buah Sekolah Di Pasir Gudang Diarah Tutup Serta Merta Tiada Darurat

Kesemua 111 Buah Sekolah Di Pasir Gudang Diarah Tutup Serta Merta Tiada Darurat

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 725 hits
Kesemua 111 sekolah di daerah Pasir Gudang Johor diarah tutup serta merta hari ini sehingga ke satu tarikh akan diumumkan kelak kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik Maszlee dalam satu kenyataan malam ini berkata keputusan itu dibuat ber...
Tiada Keperluan Darurat Di Pasir Gudang Pm

Tiada Keperluan Darurat Di Pasir Gudang Pm

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 292 hits
JOHOR BAHRU 14 Mac Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat bencana di Pasir Gudang memandangkan situasi pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim dalam keadaa...
Pas Sokong Usul Darurat Di Pasir Gudang

Pas Sokong Usul Darurat Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 294 hits
KL PAS menyokong penuh usul isytihar darurat yang dibentang Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim di Parlimen petang ini Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata situasi semasa di Pasir Gudang ketika ini memerlukan isytiha...
Bukan Bencana Besar Tiada Pengisytiharan Darurat Di Pasir Gudang

Bukan Bencana Besar Tiada Pengisytiharan Darurat Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Dewan Rakyat diberitahu tiada pengisytiharan darurat berhubung isu pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang Johor kerana kes itu masih berada pada tahap dua yang dikategorikan bukan bencana besar Perkara itu dimaklumkan Timbalan ...
Kerajaan Tidak Perlu Takut Istihar Darurat Bencana Pasir Gudang

Kerajaan Tidak Perlu Takut Istihar Darurat Bencana Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 408 hits
Mengisytiharkan darurat bencana untuk Pasir Gudang bukan satu perkara yang senang mencetuskan panik dalam masyarakat seperti yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Darurat bencana jerebu pernah diisytiharkan oleh saya ba...
Kenapa Tak Isytihar Darurat Kat Pasir Gudang Ini 20 Perkara Serius Boleh Berlaku Kalau Darurat Diisytiharkan

Kenapa Tak Isytihar Darurat Kat Pasir Gudang Ini 20 Perkara Serius Boleh Berlaku Kalau Darurat Diisytiharkan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 294 hits
Selepas hampir 3 000 orang terkesan akibat daripada pencemaran udara di Pasir Gudang Johor ramai yang tertanya tanya kenapa kerajaan masih tak isytihar darurat di kawasan tersebut Takkan nak tunggu sampai ada mangsa mati baru nak darurat ka...
Awas Ini Yang Mungkin Akan Berlaku Jika Kerajaan Isytihar Darurat Bencana Di Pasir Gudang

Awas Ini Yang Mungkin Akan Berlaku Jika Kerajaan Isytihar Darurat Bencana Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 313 hits
1 Kecoh dalam media sosial nitizen marahkan kerajaan kerana tidak isytihar darurat bencana di Pasir Gudang susulan pencemaran toksik yang berlaku di sana 2 Saya tak tahu sama ada mereka ini benar benar faham atau tidak apakah kesannya apabi...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly