Pasca Prk Sg Bakap Kita Tidak Hilang Tetapi Kita Gagal Menambah






Selepas PRN 6 buah negeri, Kelantan Terengganu, Kedah, Selangor  P.Pinang dan N. Sembilan, terdapat beberapa PRK diadakan.  Setakat ini, kesemua PRK tersebut tiada mana-mana parti berjaya merampas kerusi, sebaliknya masing-masing mengekalkan kerusi parti masing-masing.


Di PRK Parlimen Kemaman, PN berjaya kekalkan kerusi mereka.  Di Parlimen Pulai dan Dun Spg Jeram, PH/Kerajaan Perpaduan kekal di kerusi masing-masing.  Begitu juga di PRK Dun Pelangai dan Kuala Kubu Baru, kerajaan perpaduan melalui Umno/Bn dan Dap terus kekal di kerusi tersebut.  Terbaru, di Dun Sg Bakap, PN melalui Pas berjaya kekalkan kerusi mereka.  Keseluruhannya, PH/BN/Kerajaan Perpaduan menang 4 kerusi dan PN berjaya di dua kerusi.  Apa yang akan berlaku di PRK Nenggiri, Kelantan selepas ini?  Berjayakah Kerajaan Perpaduan merampas kerusi tersebut atau PN tetap kekal memegangnya?  Nanti kita ulas kemudian.


Mengapa Pas begitu teruja apabila mereka berjaya di Sg Bakap, sedangkan itu memang kerusi mereka?  Mereka merayakan kemenangan itu seolah-olah itu reforendum rakyat tolak kerajaan perpaduan.  Masuk akalkah kerajaan perpaduan yang telah menang di 4 kerusi daripada 6 kerusi dalam PRK dikatakan rakyat menolak kerajaan perpaduan?Sekali lagi puak lebai gagal mengira di antara 4 dengan 2, mana satu jumlah yang lebih besar.  Sebelum ini, lebai Hadi turut yakin bahawa partinya dan PN boleh menjadi kerajaan dengan cukup jumlah iaitu 73 kerusi, berbanding 82 kerusi dari PH.  Ini semua melucukan.


Apa yang berlaku di Sg Bakap adalah calon dari PH/kerajaan perpaduan tidak tewas kerana tiada kerusinya yang berjaya dirampas tetapi PH/kerajaan perpaduan tidak bernasib baik untuk cuba menambah kerusi.  Itu sahaja.  Sudah pastinya di PRK Dun Nenggiri Ogos nanti, sekali lagi parti dari kerajaan perpaduan akan berusaha untuk merampas kerusi tersebut dari PN.  Mana-mana parti yang kerusinya dirampas, itulah parti yang kalah sebenarnya.


Sehubungan itu, PN tidak boleh perasan kononnya kerajaan perpaduan sekarang telah ditolak oleh rakyat hanya kerana mereka berjaya kekalkan kerusi di Sg Bakap.  Apakah peratusan keluar mengundi tidak sampai 70% boleh menggambarkan penolakan rakyat terhadap kerajaan perpaduan?  Bagaimana pula dengan peratusan yang mengundi di 4 PRK yang dimenangi oleh kerajaan perpaduan sebelum ini?  


Saya terima hakikat bahawa banyak kelemahan di pihak kerajaan perpaduan telah menyumbang kepada kegagalan kita merampas kerusi Sg Bakap.  Jangan salahkan jentera2 yang hadir membantu terutamanya jentera dari Bn yang dilihat lebih aktif berbanding di Kuala Kubu Baru.  Jentera2 dari PH yang datang membantu juga amat baik.  Namun, paling penting adalah kekuatan diperingkat tempatan itu sendiri iaitu di peringkat Parlimen atau Cabang.  Apakah Cabang Keadilan di sini kuat atau aktif?  Apakah MP di sini telah cukup melaksanakan tugasnya di semua Dun termasuk Sg Bakap yang berada di bawahnya?  


Sebab itu Presiden Keadilan selalu berpesan agar setiap Cabang mesti bergerak dan aktif, jangan tunggu ada pilihanraya baru bergerak.  Setiap MP atau Adun mesti kerap turun lapangan untuk mengetahui permasalahan rakyat di bawah.  Ada lagi beberapa faktor sampingan yang lain seperti penerangan dari pihak media kerajaan, sentimen kaum dan agama serta fitnah terang-terangan dari pihak lawan terhadap kerajaan dilihat gagal ditangani dengan baik.  Kita patut bersyukur masih ada cytro-cytro atau Tik Tokers pro kerajaan yang terus setia siang malam memberikan penerangan dan menjawab segala fitnah pihak Pembangkang yang boleh melegakan sedikit dari terus menerima kekalahan yang lebih besar.   Saya tidak mahu ulas apa fungsi JKOM kerana saya tidak pasti ianya masih wujud atau tidak.


Saya yakn, kemenangan pertama kita nanti adalah di Nenggiri sekiranya kita pantas mengatasi beberapa kelemahan yang ada.


WFAUZDIN NS






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/07/pasca-prk-sg-bakap-kita-tidak-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Prk Sg Bakap Tunjuk Umno Hilang Tempat Di P Pinang

Keputusan Prk Sg Bakap Tunjuk Umno Hilang Tempat Di P Pinang

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 277 hits
Rex TanPETALING JAYA Kekalahan Pakatan Harapan di Sungai Bakap semalam menjadi petanda bahawa Umno sebuah parti Melayu telah kehilangan daya tarikannya dalam kalangan penduduk Melayu di Pulau Pinang menurut penganalisis politik Kebanyakan u...
Prk Sungai Bakap Abidin Umum Manifesto Esok

Prk Sungai Bakap Abidin Umum Manifesto Esok

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 318 hits
NIBONG TEBAL Calon Perikatan Nasional Abidin Ismail memberitahu bahawa beliau akan mengumumkan manifesto pilihan rayanya esok Menurut Abidin manifesto yang dirangka dengan teliti untuk Pilihan Raya Kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Su...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Mata Wang Mata Wang Dunia Tempat Pertukaran Murah

Moment Yang Wajib Kalau Naik Flight


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Surat Maryam Ayat 30 35 Arab Latin Arti Tafsir

Scammer Dari Kalangan Mangsa Kemalangan Jalanraya

Gubernur Indonesia Malu Karena Ketergantungan Besar Pada Malaysia Untuk Kebutuhannya

Video Mawar Rashid Make A Wish Sebelum Tiup Lilin Dikritik Netizen

Saiful Apek Saya Ditahan Berpunca Isu Pergaduhan

Nak Tengok Muka Saja Pemandu E Hailing Didakwa Cuba Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja Perempuan