
Namun, akibat PKP kedai yang baru beberapa hari dibuka itu terpaksa ditutup selama lebih tiga bulan. Akibatnya beliau dan rakan-rakan kehilangan punca rezeki.
"Selepas PKP berakhir sekitar bulan Jun, barulah kami boleh bernafas untuk mengorak langkah kembali," kata Ali.
"Berbekalkan pengalaman dan kemahiran yang ada, kami harungi kepayahan untuk membina empayar perniagaan ini. Akhirnya kedai kami mula dikunjungi oleh orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut," katanya.
Kedai gunting yang diberi nama Qarkoon Brothers Barbershop itu kini mula menjadi tumpuan dari kalangan warga Kuantan, malahan ada juga yang datang dari luar sebenarnya.
"Pakej basic yang ditawarkan ialah kadar caj untuk gunting dewasa: biasa RM15 dan Style Cut RM20. Manakala bagi kanak-kanak RM10 biasa dan Style Cut RM15 sahaja," tambahnya lagi.
Melihat kepada rekabentuk premis ini, ternyata ia amat bersih, selesa dan mendamaikan sekali terutamanya bagi sesiapa yang baru pertama kali berkunjung ke sini. Rekabentuk dalaman yang eksklusif pastinya akan menarik perhatian, kerana caj harga yang ditawarkan pula cukup berpatutan.
Beliau yang pernah berhijrah ke Korea Selatan untuk mencari rezeki di sana selama enam bulan itu berkata, berdasarkan pengalaman bekerja di kedai gunting rambut sebelum ini (ZNZ Taman Tas) dia amat yakin kualiti dan kepuasan pelanggan amatlah dititikberatkan.
"Malah kami juga menitikberatkan soal agama dikalangan tukang gunting. Setiap kali masuk waktu solat, operasi perniagaan akan ditutup untuk memberi laluan kakitangan kami menunaikan kewajipan kepada Allah SWT. Hanya tukang gunting yang menjaga solat lima waktu sahaja dibenarkan bekerja di sini," tambah beliau lagi.
Justeru, kepada mereka yang mahu membuat tempahan untuk berkunjung ke premis ini, boleh hubungi Ali ditalian 0189079794. Tengok video klik https://youtu.be/9s4Qt-EkkSI|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |