Pasar Kraftangan Kk Seperti Berhantu Perniagaan Terjejas Teruk


 
Pasar Kraftangan Kota Kinabalu kembali dibuka, namun hanya kira-kira 30% gerai dilihat beroperasi.KOTA KINABALU: Ketiadaan pelancong sejak pandemik Covid-19 melanda negara mengakibatkan perniagaan kraftangan dan mutiara di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu terjejas teruk.
Pasar yang terletak di pusat bandar raya itu sebelum ini sering padat dengan kehadiran pelancong sama ada dari dalam maupun luar negara.
Selepas dibenarkan beroperasi semula pada Selasa lepas, tinjauan FMT ke pasar berkenaan mendapati hanya kira-kira 30% daripada keseluruhan gerai beroperasi.
Seorang peniaga, Anis Hanisan, 39, berkata, sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) mula dilaksanakan Mac tahun lalu, perniagaannya terjejas sehingga 80%, malah ada hari yang langsung tiada jualan.
Anis berkata, peniagaannya merosot sehingga 80% sejak pandemik Covid-19 melanda negara.”Tahun lalu paling teruk sejak saya mula berniaga 11 tahun lalu, malah kadang-kadang satu sen pun tiada pendapatan dalam satu hari.
”Nasib baiklah kadar sewa yang dikenakan DBKK (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) agak murah dan mereka juga memberi pengecualian sewa sejak April tahun lalu,” katanya ketika ditemui.
Anis berkata, selepas PKP dilonggarkan pada Sep tahun lalu, perniagaannya mula stabil, namun ia sekali lagi terjejas apabila PKP diperketatkan semula pada penghujung tahun lalu.
”Apabila PKP dilonggarkan pada sekitar Sep lalu, keadaan mula stabil sedikit, tetapi ia tidak berpanjangan dan kami terpaksa bertahan semula tanpa pendapatan apabila ia kembali diperketatkan,” katanya.
Seorang lagi peniaga, Elena Abin, 22, berkata, jumlah pendapatan yang diperolehi pada setiap hari pada waktu dibenarkan beroperasi hanya sekitar RM20 hingga RM30.
Elena berkata, purata hasil jualannya kini hanya sekitar RM20 hingga RM30 sehari.”Memang sangat jauh beza berbanding ketika waktu-waktu normal dulu, tapi apa boleh buat, masalah (pandemik Covid-19) ini semua pun terkesan.
”Hari ini masuk hari ketiga kami beroperasi, tetapi tengoklah (sekeliling) mana ada orang datang, ada pun satu dua orang dalam satu-satu masa,” katanya.
Bagi seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Asmah, 38, berkata, beliau yakin perniagaan di pasar berkenaan akan mampu bangkit kembali apabila penularan Covid-19 ini berakhir kelak.
Amsah yakin perniagaan akan bangkit kembali selepas pandemik Covid-19 ini berakhir.”Kita berdoalah agar penularan Covid-19 ini cepat berakhir, tapi saya yakin satu hari nanti pasar ini akan kembali dikunjungi ramai.
”Perniagaan di sini memang bergantung pada kehadiran pelancong. Oleh sebab itu pendapatan kami sangat terjejas pada waktu ini.
“Kami haraplah juga orang tempatan akan turut menyokong produk kami supaya kami masih boleh terus bertahan sehinggalah wabak (Covid-19) ini berakhir,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/02/pasar-kraftangan-kk-seperti-berhantu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Ahli Perniagaan Dakwa Boleh Ubah Akta Sprm Dihukum Penjara Denda Rm50 000

2 Ahli Perniagaan Dakwa Boleh Ubah Akta Sprm Dihukum Penjara Denda Rm50 000

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 344 hits
Razaly Mat Sari keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas membayar denda RM50 000 yang dijatuhkan ke atasnya oleh Hakim Azura Alwi Foto HAFIZ SOHAIMI KUALA LUMPUR Dua orang ahli perniagaan yang cuba menipu kononnya mampu mengubah s...
Muhyiddin Gesa Industri Orang Ramai Patuhi Sop Agar Perniagaan Dapat Beroperasi

Muhyiddin Gesa Industri Orang Ramai Patuhi Sop Agar Perniagaan Dapat Beroperasi

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 249 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin hari ini menggesa pihak industri dan orang ramai untuk mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh kerajaan negara itu bagi memastikan perniagaan dan perdagangan
Kpdnhep Dan Mkn Bincang Untuk Benarkan Lebih Banyak Sektor Perniagaan Beroperasi

Kpdnhep Dan Mkn Bincang Untuk Benarkan Lebih Banyak Sektor Perniagaan Beroperasi

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 304 hits
PUTRAJAYA Perbincangan untuk membenarkan sektor perniagaan yang masih belum dibenarkan buka untuk beroperasi semula sedang berjalan dengan Majlis Keselamatan Negara kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ale...
3 Syarikat Perniagaan Paling Lama Bertahan Dan Masih Wujud Di Pekan Kecil Kampung Saya

3 Syarikat Perniagaan Paling Lama Bertahan Dan Masih Wujud Di Pekan Kecil Kampung Saya

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 337 hits
Di kampung saya pekan Penanti Seberang Perai Utara ada 3 syarikat perniagaan paling lama bertahan dan masih wujud sampai sekarang Mungkin ada lebih dari 3 kalau diambil kira jenis perniagaan The post appeared first on
28 Tanda Gangguan Makhluk Halus Dalam Perniagaan

28 Tanda Gangguan Makhluk Halus Dalam Perniagaan

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 578 hits
28 Tanda Gangguan Makhluk Halus Dalam Perniagaan Kita biasa dengar orang tabur pasir dalam periuk nasi orang lain Maksudnya rezeki kita kena kacau Ada orang tak suka kita berjaya tak suka bersaing dalam bisnes kita tidak boleh lebih dari di...
Lanjutan Pkp Akan Bunuh Lebih Banyak Perniagaan

Lanjutan Pkp Akan Bunuh Lebih Banyak Perniagaan

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 357 hits
Gabungan lebih 40 persatuan perniagaan dan profesional menyuarakan kekesalan dengan keputusan kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan selama dua minggu lagi Dalam satu kenyataan bersama ini gabungan bernama Industries Unite itu ber...
5350 Money Laundering Wujud Dalam Sektor Perniagaan Lain Ppim Ismaweb 29 01 2021

5350 Money Laundering Wujud Dalam Sektor Perniagaan Lain Ppim Ismaweb 29 01 2021

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 315 hits
BANGI 16 Jamadilakhir 1442H Jumaat Kerajaan dan pihak berkuasa perlu bersikap tegas terhadap mana mana pihak yang terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram di Malaysia Tanpa penguatkuasaan yang sepatutnya dibimbangi lebih banyak sektor...
Mi Goreng Pot Luck Sempena Solat Hajat Upkk

Mcmc Siasat Aduan Liputan Di Sibu Sahkan Rangkaian Stabil Kecuali Gangguan Sementara Akibat Insiden Bekalan Elektrik

Tiada Syarat 80 Peratus Kandungan Tempatan Dalam Lesen Penyiaran Mcmc

Ringgit Semakin Kukuh Pejuang Sgd Keluh Gaji Jadi Sedikit Monolog Jiwa

New Images Of The 333 Horsepower Mild Hybrid Powered Volkswagen T Roc R Have Been Unveiled

The Colours Of Life Ps5 Tekken 8

Malaysia Perketat Keselamatan Digital Ekyc Media Sosial Bakal Dilaksana

Anwar Makes High Stakes Bid To Boost Pkr S Fortunes In Sabah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Dah Lama Tak Update Blog

Heidi Klum S Legs And Feet In Tights 22

Kuasai Kesihatan Anda Demi Mencegah Diabesiti

Bagaimana Warna Tipografi Pada Kotak Mempengaruhi Persepsi Pelanggan

Anthony Joshua Akan Bertarung Dengan Jake Paul Dalam Pertarungan Tinju Di Miami

Menjelajahi Zon Kegelapan Laut Keajaiban Di Dalam 200 Meter