Pasangan Youtuber Jepun Harap Covid 19 Segera Berakhir Rindu Makanan Malaysia


KUALA LUMPUR, 5 Julai – “Dalam badak itu ada gula kelapa, sangat sedap. Boleh buat kita ketagih. Bila saya buat (badak berendam) saya akan letak banyak gula kelapa di dalam dan makan tak henti sampai saya pun jadi badak”.
Reaksi spontan yang comel oleh pasangan Youtuber dari Jepun, Jimmy dan IChang menikmati makanan Malaysia selalu mencuri hati penonton terutama di saluran YouTube mereka yang kini telah mencecah lebih 132,000 pelanggan.
Jimmy atau nama penuhnya Yusuke Nishida berkata dia dan isterinya, Ai Nishida yang lebih mesra dengan panggilan IChang, mula mengenali kuih tradisional yang popular di Pantai Timur Malaysia itu selepas dicadangkan oleh salah seorang pengikut di media sosial mereka.
Pasangan suami isteri yang kini menetap di Hong Kong itu yang sangat menggemari masakan dan makanan Malaysia berusaha untuk menghasilkan sendiri kuih tersebut sehingga mereka mengaku ketagih dengannya.
Selain kuih tradisi itu yang kini menjadi antara pencuci mulut utama mereka, pasangan itu juga mencuba pelbagai masakan lain seperti kari ayam dan asam laksa walaupun mengakui sukar untuk mendapatkan bahan asas seperti rempah dan bunga kesum di Hong Kong.
“Kami tidak mempunyai banyak pilihan rempah kari di sini. Kami perlu pergi ke kedai yang khusus menjual rempah untuk membuat pilihan rempah kari dan herba. Kami mula cuba untuk membuat rempah kari kami sendiri menggunakan lesung batu yang kami ada,” katanya ketika ditemu bual untuk rancangan Cer Fikir.
Melihat kesungguhan mereka memasak makanan Malaysia sehingga sanggup mencari daun pisang serta makan menggunakan tangan demi mendapat pengalaman sebenar adalah suatu usaha yang sangat mengagumkan.
Malah pasangan ini turut mencuba resipi kari Sugu Pavitra selepas menonton video masakan atlet bina badan negara, Sazali Samad yang mencuba resipi tersebut.
Jimmy berkata mereka berdua sangat tertarik dengan video yang dihasilkan oleh Sugu Pavithra kerana ia sangat bersahaja dan menggunakan alatan memasak yang asas dan mudah didapati seperti kuali dan periuk.
“Cara dia bercakap kami senang faham dan ikut sewaktu menonton video dia. Kalau ada yang tidak faham kami akan (terjemah menggunakan) Google Translate supaya kami dapat faham apa yang dimaksudkan,” tambahnya.

Justeru itu, selain daripada memasak, Jimmy dan isterinya turut dapat mempelajari perkataan dalam Bahasa Malaysia seperti garam, daging, bawang putih semasa memasak.
“Tidak susah untuk kami belajar kerana cara menyebut perkataan itu agak sama dengan bahasa Jepun. Sangat jelas, senang untuk kami dengar dan faham macam garam. Kami sedang berusaha untuk memahami lebih banyak perkataan bahasa Melayu,” katanya.
Mereka yang telah 10 kali datang bercuti di Malaysia sejak tahun lepas juga mengakui telah jatuh cinta dengan makanan Malaysia sejak kali pertama datang ke sini.
“Kami telah pergi ke Pulau Pinang dan buat pertama kali kami mencuba durian. Pada waktu itu kami mencuba Musang King dan D24. Kami dapat tahu ada pelbagai jenis durian. Kami jatuh hati dengan durian!
“Selain itu kami juga ke Melaka, Kota Kinabalu dan Johor untuk mencuba lebih banyak makanan dan masakan tempatan termasuk makanan di gerai tepi jalan,” katanya yang turut menggemari nasi kandar.
Cinta mereka terhadap makanan dan budaya Malaysia terbukti apabila pasangan itu tidak sabar untuk datang semula ke sini selepas berakhirnya pandemik COVID-19.
“Semoga keadaan menjadi baik semula tidak lama lagi untuk kita, supaya kami dapat ke sana untuk menikmati makanan. Kami sangat rindukan Malaysia”.
 
Sumber: Bernama
The post Pasangan Youtuber Jepun Harap Covid-19 Segera Berakhir, Rindu Makanan Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/05/pasangan-youtuber-jepun-harap-covid-19-segera-berakhir-rindu-makanan-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Youtuber Jepun Terima Hadiah Berharga Dari Syarikat Malaysia

Pasangan Youtuber Jepun Terima Hadiah Berharga Dari Syarikat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 361 hits
Jika anda merupakan penggemar video masakan dan travel di YouTube sudah pasti anda akan mengenali pasangan suami isteri warga Jepun yang memuat naik kandungan mereka di channel iChang Bukan saja pernah datang ke negara ini namun mereka sehi...
Kluster Terbesar Covid 19 Malaysia Di Masjid Sri Petaling Tamat

Kluster Terbesar Covid 19 Malaysia Di Masjid Sri Petaling Tamat

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 365 hits
Akhirnya secara rasmi diisytiharkan kluster terbesar di negara kita iaitu Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling telah tamat pengawasan hari ini setelah tiada kes baru dilaporkan dlm tempoh 28 hari Tahniah dan terima kasih kpd semua Al...
Covid 19 Hospital Di Malaysia Beri Layanan Baik Sama Rata Kata Warga Asing

Covid 19 Hospital Di Malaysia Beri Layanan Baik Sama Rata Kata Warga Asing

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR 8 Julai Semua bagus Doktor bagus Makan bagus Semua okey kata Wajid Ali warga Pakistan yang menerima rawatan COVID 19 di sini Beliau hanya mengetahui dijangkiti virus itu pada Mac Pemeriksaan untuk memenuhi syarat syarikat pener...
Amway Malaysia Raises Rm327 000 To Purchase Covid 19 Test Kits For Ummc

Amway Malaysia Raises Rm327 000 To Purchase Covid 19 Test Kits For Ummc

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 412 hits
Continues to be on guard during RMCO phaseLeft to Right Prof Dr Tunku Kamarul Zaman UMMC director receive a mock cheque from Mike Duong Managing Director of AMWAY Malaysia at donation presentation ceremonyHealth and wellness direct selling ...
47 Individu Pulang Ke Malaysia Sejak 10 Jun 3 Julai Positif Covid 19

47 Individu Pulang Ke Malaysia Sejak 10 Jun 3 Julai Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR 4 Julai Seramai 47 individu yang pulang ke negara ini sejak 10 Jun lalu sehingga semalam didapati positif COVID 19 kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ismail Sabri berkata kesemua individu itu dikesan positif hasi...
Langkah Pemulihan Pelancongan Selepas Covid 19 Malaysia

Langkah Pemulihan Pelancongan Selepas Covid 19 Malaysia

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 413 hits
Pihak pelancongan Malaysia khususnya Tourism Malaysia akan menggunakan jaringan perjalanan serantau untuk memulakan Langkah Pemulihan Pelancongan Selepas Covid 19 Ini kerana untuk memberi tumpuan dahulu kepada pelancongan setempat memandang...
Insya Allah Wabak Covid 19 Akan Berlalu Pergi Dari Bumi Malaysia Dr Zulkifli

Insya Allah Wabak Covid 19 Akan Berlalu Pergi Dari Bumi Malaysia Dr Zulkifli

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 282 hits
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengucapkan kata kata penghargaan atas kluster terbesar COVID 19 negara peserta perhimpunan di Sri Petaling yang diisytiharkan tamat semalam Beliau berkata demikian mener...
Facebook Sekat Video How Malaysia Did The Impossible Melawan Covid 19

Facebook Sekat Video How Malaysia Did The Impossible Melawan Covid 19

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 477 hits
Pada 18 Mei 2020 yang lalu Dustin Pfundheller menerbitkan satu rakaman video di halaman Facebook beliau di ruangan Other Side of the Truth yang memuji tindakan pantas dan efektif Malaysia dalam memerangi pandemik Covid 19 bagaimanapun Faceb...
Penjaja Belon Bertindak Agresif Tolak Anggota Penguat Kuasa Dbkl

Nak Bantu Pun Sanusi Marah Akai Tak Dak

Is Vr And Ar The Next Big Thing In Gaming

Along Bakal Mati Syawal Ini

Preparing Your Home For Hari Raya A Guide To Multigenerational Living

Bagaimanakah Biodiversiti Dapat Menjana Ekonomi

Mercun Terbakar Kereta Hangus

Di Sana Tolak Ansur Di Sini Tolak Tersungkur Dr Maza


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How Does Private Equity Actually Work

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Akibat Intregriti Yang Atok Musnahkan

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Ambil Kuih Raya