Pasangan Suami Isteri Pelajar Ditahan Edar Ganja


KAJANG, 17 FEB: Dua pasangan suami isteri dan seorang pelajar universiti tempatan, antara enam yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah, yang dianggarkan bernilai RM467,900.
Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kesemua suspek ditahan di sekitar Kajang dan Pulau Pinang dalam lima serbuan dari 11 hingga 14 Februari lepas.
Katanya, seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan dalam serbuan pertama pada 11 Februari lepas, kira-kira 6 petang di Bandar Baru Bangi dan polis menemui dadah disyaki ganja dianggarkan seberat 526 gram, dalam kereta jenis Perodua Axia yang dipandu suspek.
“Susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Sungai Ramal, Kajang pada hari yang sama (11 Februari) kira-kira 6.30 petang dan menahan seorang wanita berusia 30 tahun, serta menemui 15 ketulan mampat daun kering disyaki ganja dianggarkan 15.6 kilogram (kg) yang bernilai RM39,000, dalam bilik rumah berkenaan.
“Kedua-dua suspek merupakan pasangan suami isteri yang bekerja sebagai ejen insurans,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis kembali menyerbu rumah sama di Sungai Ramal, Kajang pada 13 Februari lepas dan menahan seorang lelaki berusia 24 tahun, yang menaiki kereta jenis Honda Accord.
Hasil pemeriksaan kenderaan suspek yang juga merupakan pelajar universiti tempatan, menemui 45 ketulan mampat daun kering, disyaki ganja seberat 44.4 kg bernilai RM111,000.
Azam berkata hasil soal siasat, pihaknya menjalankan serbuan di dua rumah di Jalan Ayer Itam dan Georgetown, Pulau Pinang pada 14 Februari lepas, dan menahan pasangan suami isteri dan bapa mentua mereka, kerana disyaki terbabit dengan sindiket pengedaran dadah.
Pasangan suami isteri berusia berusia 34 dan 32 tahun serta lelaki berusia 57 tahun yang bekerja sebagai pemandu teksi, ditahan bersama dadah disyaki ganja dengan masing-masing memiliki dadah dipercayai ganjya seberat 23 kg ganja bernilai RM57,500 dan 20.1 kg bernilai RM50,250.
“Kami percaya sindiket ini aktif sejak lima tahun lalu, dan mendapatkan bekalan dari negara jiran.
“Sindiket ini dipercayai menjadikan Pulau Pinang sebagai transit, sebelum dibawa ke sekitar Lembah Klang untuk diedarkan,” katanya.
Noor Azam berkata hasil soal siasat, pihaknya menjalankan serbuan di sebuah rumah di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 14 Februari lepas dan merampas 83.5 kg dadah bernilai RM208,800 serta sepucuk pistol bersama 13 peluru hidup.
Jelasnya, nilai keseluruhan dadah yang dirampas adalah 187.1 kilogram dan boleh dibekalkan kepada 37,420 penagih ganja dalam masa sehari, dengan mengambil kira penggunaan sebanyak lima gram sehari.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati pelajar dan pemandu teksi yang ditahan positif ujian air kencing dan seorang daripada mereka mempunyai empat rekod kesalahan lampau, membabitkan kes dadah.
Noor Azam berkata, kesemua suspek ditahan reman 10 hari sehingga 21 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (A) Akta Senjata Api (1960).
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/pasangan-suami-isteri-pelajar-ditahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Suami Ditahan Kes Kelar Bunuh Isteri

Bekas Suami Ditahan Kes Kelar Bunuh Isteri

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 375 hits
KUALA LUMPUR 20 Feb Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang wanita di tempat letak kenderaan di Pusat Bandar Puchong Jaya dekat sini malam tadi Ketua Polis Daerah Serdang ...
Jangan Solat Sendiri Ajaklah Pasangan Bersama Ini Saat Romantik Untuk Suami Isteri

Jangan Solat Sendiri Ajaklah Pasangan Bersama Ini Saat Romantik Untuk Suami Isteri

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 375 hits
Dengan hanya menghabiskan masa lebih kurang lima ke sepuluh minit sebanyak lima kali sehari anda mampu menyuburkan kasih sayang antara suami isteri Impaknya mungkin tidak nampak terus tetapi jika diamalkan secara konsisten pasti berbahagial...
Suami Isteri Saling Muafakat Amalkan Potong Kuku Urut Pasangan

Suami Isteri Saling Muafakat Amalkan Potong Kuku Urut Pasangan

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 308 hits
Apabila masing masing sibuk bekerja dan sebagainya masa berkualiti untuk berdua juga semakin berkurangan Paling malang sekali jika langsung tiada masa yang boleh dicuri untuk menghabiskan masa bersama sama Menurut terdapat 10 aktiviti yang ...
Kkm Sahkan Pasangan Suami Isteri Positif Covid 19 Atas Kapal Diamond Princess Stabil

Kkm Sahkan Pasangan Suami Isteri Positif Covid 19 Atas Kapal Diamond Princess Stabil

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 373 hits
Rakyat Malaysia yang disahkan positif Covid 19 atas kapal persiaran The Diamond Princess dilaporkan stabil menurut Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu perkongsian di akaun Twitter rasminya Sepasang suami isteri berumur 71 dan 66 tahun...
Isteri Pu Abu Kongsi Cerita Bersalin Tanpa Suami Disisi

Isteri Pu Abu Kongsi Cerita Bersalin Tanpa Suami Disisi

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 284 hits
Meskipun rumah tangganya dikatakan sedang berantakan isteri Pencetus Ummah Abu Sufyan iaitu Hana Azraa sempat berkongsikan pengalamannya bersalin anak kedua tanpa The post appeared first on
Selalu Sangat Bergaduh Suami Isteri Cenderung Jadi Gemuk

Selalu Sangat Bergaduh Suami Isteri Cenderung Jadi Gemuk

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 528 hits
Sesekali berselisihan faham dengan pasangan adalah normal Itulah yang menjadi kekuatan kepada sesebuah hubungan tetapi jika terlalu kerap bertengkar akan membawa keburukan dalam perhubungan dan KESIHATAN Menurut kajian pasangan yang selalu ...
Wahai Suami Fahamilah Mengapa Isteri Kerap Marah Kesabaran Wanita Ada Hadnya

Wahai Suami Fahamilah Mengapa Isteri Kerap Marah Kesabaran Wanita Ada Hadnya

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 691 hits
Kesabaran wanita ada hadnya kadangkala apabila terlalu banyak yang ditanggung membuatkan dia hilang sabar Maka dengan sendirinya keluarkan api kemarahan yang sekian lama terpendam dalam jiwa Itulah kadang kala kita mendengar berita di mana ...
Jangan Biarkan Ada Bilik Kosong Di Rumah Kerana Dasim Makhluk Terlaknat Akan Buat Suami Isteri Berpisah

Jangan Biarkan Ada Bilik Kosong Di Rumah Kerana Dasim Makhluk Terlaknat Akan Buat Suami Isteri Berpisah

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 1299 hits
Inilah serba serbi tentang dasim yang korang kena tahuDasim adalah syaitan yang tak suka suami isteri keluarga aman dan bahagia Dasim ini tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan mudah marah dan permusuhan pada suami isteri ...
Wahai Suami Jangan Terlalu Melihat Derhaka Isteri Sehingga Lupakan Derhaka Sendiri

Wahai Suami Jangan Terlalu Melihat Derhaka Isteri Sehingga Lupakan Derhaka Sendiri

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 353 hits
BIASA kita dengar isteri wajib ikut perintah suami perlu faham kehendak suami Lalu dek kerana takut dengan dosa melanggar arahan suami maka si isteri pun ikut walaupun terpaksa walaupun kecewa Namun berapa ramai suami yang faham atau paling...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jep Syukur Dapat Hadiah Bermakna Dedah Anak Disahkan Autisme

Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await