Kkm Sahkan Pasangan Suami Isteri Positif Covid 19 Atas Kapal Diamond Princess Stabil
Rakyat Malaysia yang disahkan positif Covid-19 atas kapal persiaran The Diamond Princess dilaporkan stabil, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu perkongsian di akaun Twitter rasminya.
Sepasang suami isteri berumur 71 dan 66 tahun yang pernah disahkan positif Covid-19 sebelum ini telah dibawa ke Hospital Fujita Nagoya dan dilaporkan stabil.
Perkembangan terkini 4 rakyat Malaysia yg berada atas kapal persiaran The Diamond Princess.
Mereka itu ialah tiga penumpang dan seorang krew kapal.
Pasangan suami isteri berumur 71 thn dan 66 thn disahkan positif dan dirawat di Hosp Fujita Nagoya dan stabil.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 20, 2020
Seorang lagi wanita warga Malaysia yang berumur 61 tahun telah dilaporkan negatif dan dibenarkan pulang ke Malaysia selepas 14 hari dikuarantin di dalam kapal tersebut.
Kesemua rakyat Malaysia yang berada di atas kapal itu merupakan seorang krew kapal manakala tiga lagi adalah penumpang.
Walau bagaimanapun, seorang krew kapal itu masih lagi diletakkan di bawah pemantauan pihak berkuasa kesihatan Jepun.
Dalam pada itu, dua lagi pesakit yang disahkan positif Covid-19 di Malaysia telah sembuh dan dibenarkan pulang hari ini.
Kedua-dua mereka itu adalah merupakan kes ke-20 dan ke-21 yang dikesan di Malaysia.
Dua lagi pesakit #COVIDー19 sembuh dan discaj, 20 Feb.
1. Kes ke-20 iaitu lelaki 27thn warga China yg disahkan positif 14 Feb.
2. Kes ke-21, wanita warga China berumur 32 thn juga disahkan positif 14 Feb.
Keseluruhan 17 discaj, tinggal 5 dirawat.
Kenyataan penuh menyusul.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 20, 2020
Ini menjadikan sejumlah 17 pesakit secara keseluruhannya telah sembuh dan hanya 5 pesakit sahaja yang masih lagi dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Sungai Buloh.
KKM juga turut menyatakan bahawa tiada kes baharu Covid-19 dilaporkan di Malaysia hari ini dan jumlah kes dijangkiti virus Covid-19 masih lagi kekal sebanyak 22.
Tiada kes baru positif #COVIDー19 di laporkan di Malaysia hari ini dan kes kekal 23.
17 pesakit telah pun sembuh dan discaj menjadikan hanya 5 pesakit masih dirawat iaitu:
1. HKL (3)
2. Hosp. Sultanah Bahiyah (1)
3. Hosp. Sg Buloh (1).
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 20, 2020
Sumber: KKM
The post KKM Sahkan Pasangan Suami Isteri Positif Covid-19 Atas Kapal Diamond Princess Stabil appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/02/20/kkm-sahkan-pasangan-suami-isteri-positif-covid-19-atas-kapal-diamond-princess-stabil/