Pasang Template Blog Baru 2024 Istiqamah Menulis
Assalamualaikum. Hari pertama menulis di bulan yang terakhir untuk tahun 2023. Pejam celik sekejap je kita nak menghampiri hujung tahun.
Moga sebulan yang terakhir ini kita dapat kumpul sebanyak mungkin pahala, semakin ringan untuk melakukan kebaikan dan semuanya baik-baik sahaja.
Alhamdulillah, baru siap pasang template blog yang baru sempena menyambut kedatangan tahun baru, 2024 yang bakal tiba. Alasan paling kukuh sebenarnya stress dengan template blog lama.
Pasang Template Blog Baru 2024, Istiqamah MenulisEntah mana silap dia, pageview merudum teruk. Dapat la beza kalau dulu paling teruk tak menulis seminggu masih okay lagi.
Setelah fikir panjang, kita cari template blog baru yang lebih fresh. Buang mana yang tak patut. Korang rasa okay tak?
Sengaja cari template yang cerah. Maklumlah semakin meningkat usia, pening kalau tatap warna yang kusam.
Semak Performance Blog 2024Diah pernah kongsikan sebelum ni cara nak tengok performance blog. Walaupun bukanlah pakar tapi sedikit sebanyak cuba buat mana yang faham.
Sungguh memberi kepuasan bila dapat buat. Sekarang tengah fokus nak baiki masalah ikut analisis Google Search Console.
Ha dekat situ lagi berganda-ganda pening nak faham. Lepas semak performance guna Gmetrix, dapat tukar Gred B kepada Gred A.
Dekat bawah ni report sebelum tukar template.
Pernah baca kalau nak semak kena sign in dan uji guna server Canada bukan China. Mereka kata keputusan lebih tepat. Wallahualam.
Dekat bawah ni report selepas tukar template.
Buang Gadget Blog Tak PerluUntuk template baru, Diah tak pasang gadget yang tak perlu. Kalau ikut mereka yang pandai tentang blog semua nasihat perkara yang sama.
Gadget mempengaruhi cepat atau lambat blog loading. Selalu ambil tips dari blogger Sii Nurul dia suka share pasal blog.
Kalau tengok template sekarang lebih ringkas dan ringan. Harapnya lepas ni lambat lagi nak kena tukar template.
Mesti akan rujuk checklist Tukar template blog
Semangat Menulis Blog Tahun Baru 2024Besar sangat harapan Diah semoga diri ini sentiasa bersemangat dan ada masa untuk menulis blog. Berbaloi menulis sebab banyak perkara yang jadi Diah akan rujuk blog.
Jadi bukan setakat dapat bantu orang lain yang perlukan maklumat tapi lebih kepada menjadi jurnal untuk diri sendiri dan keluarga.
Harapnya semangat menulis semakin membara, dan semakin ramai Kembali memeriahkan dunia blogging.
Kesimpulan
Semoga dengan template blog baru 2024 Diah akan lebih istiqamah menulis. Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan, tinggalkan komen dan semoga ukhwah kita walau di alam maya berpanjangan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/12/pasang-template-blog-baru-2024.html