Eastana Exclusive Lancar Koleksi Baju Melayu Aidilfitri 2024


EASTANA EXCLUSIVE LANCAR KOLEKSI BAJU MELAYU AIDILFITRI 2024 | Assalammualaikum semua! Pada 22 November 2023 yang lalu, jenama pakaian Eastana Exclusive melancarkan koleksi baju raya yang menghimpunkan 40 jenis warna! Setiap koleksi Baju Melayu dan Kurta untuk Raya Aidilfitri 2024 menampilkan 2 jenis baju melayu iaitu Baju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. 
Buat pengetahuan anda semua, Eastana Exclusive memperkenalkan jenama dan koleksi lebih awal dari jenama lain adalah kerana ingin masyarakat Malaysia tahu bahawa koleksi pakaian Eastana Exclusive adalah pilihan baju raya anda. 
Pada tahun 2024, 1 Ramadan 1445 dijangka bermula pada petang Selasa, 12 Mac 2024, dan berakhir pada 10 April 2024. Hanya lagi beberapa bulan sahaja! November, Disember, Januari, Februari dan Mac! Pejam celik, pejam celik dah puasa yeee. 
EASTANA EXCLUSIVE LANCAR KOLEKSI BAJU MELAYU AIDILFITRI 2024 

Ruby sangat berterima kasih kepada pasukan Eastana Exclusive kerana menjemput Ruby untuk melihat sendiri koleksi Kurta, Baju Malayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. Istimewa apabila membeli Baju Melayu Cekak Musang, anda akan dapat Butang Baju Eksklusif juga tau

Tertarik Ruby lihat koleksi 40 warna yang disediakan. Memandangkan Ruby sering menyediakan pakaian baju raya kamo sekeluarga, Baju Melayu sedondon adalah wajib ada untuk suami dan dua anak lelaki Ruby. 3 orang lelaki kalau baju melayu mesti sama warna dan rekaan. Kemudian barulah baju Ruby akan sepadan dengan mereka. Begitulah hari raya kami berempat. Hehehe

Tema dan tradisi bertemu dengan keghairahan moden, Eastana Exclusive memulakan perjalanan puitis, mendedahkan koleksi yang memperkenalkan keaslian jiwa Raya Aidilfitri melalui persembahan fesyen eksklusif. Sebanyak 40 warna dan 40 model memperagakan ketiga-tiga koleksi. 
Dengan benang yang menganyam kisah warisan dan jahitan yang menceritakan cinta terhadap seni, Eastana Exclusive memperkenalkan koleksi set Baju Melayu Tradisional dewasa iaitu Baju Melayu Cekak Musang yang dinamakan sebagai Siri Royale dan Siri Crown Prince. Kemudian Baju Melayu Teluk Belanga pula adalah Siri Majesty. 
Tidak lupa juga Siri Kurta yang kini merupakan antara pakaian digemari ramai jejaka. Selain itu Eastana Exclusive juga memperkenalkan Eastana Kids yang merupakan koleksi Baju Melayu kanak-kanak untuk melengkapkan busana Raya Aidilfitri bersama ibu bapa. 

Setiap rekaan pakaian ini menceritakan kisah kekayaan budaya, menerusi warisan generasi terdahulu sambil merangkul irama kehidupan kontemporari. Walaupun permintaan warna pada zaman ini lebih menyerlah dan pekat, namun setiap koleksi tampil kemas dan eksklusif kerana pemilihan fabrik dan jahitan. 
FATTAH AMIN DAN BEN AMIR SEBAGAI DUTA JENAMA EASTANA EKSKLUSIF

Eastana Exclusive dengan gembiranya mengumumkan Fattah Amin dan Ben Amir sebagai duta jenama untuk mewakili jenama yang menawarkan koleksi Baju Melayu eksklusif, berkualiti tinggi, namun pada harga yang berpatutan


Datuk Siti Aminah Binti Haji Ahmad, Pengarah Eastana Exclusive, turut berkongsi kisah di sebalik setiap koleksi ini "Koleksi ini bukan sekadar pakaian; ia merupakan perayaan naratif yang terpahat dalam setiap lipatan dan reka bentuk. Kami tidak hanya ingin menangkap asas tradisi tetapi kisah-kisah yang tersirat dalam pakaian ini."
Dari siluet yang anggun yang melambai dengan rentak langkah pemakai hingga fabrik yang dipilih dengan teliti yang memeluk dengan sentuhan lembut, setiap baju Melayu dalam koleksi Eastana Exclusive menjadi saksi kepada warisan abadi perayaan hari ini



PAKAIAN EASTANA EXCLUSIVE MULA DIJUAL PADA MAC 2024
Menjelang Raya Aidilfitri, Eastana Exclusives menjemput semua untuk menjiwai kisah-kisah warisan dan keagungannya. Agar kita tidak sekadar memakai pakaian, namun kita melalui sepotong sejarah yang melampaui masa dan tak telan dek zaman


Bagi mereka yang mencari lebih daripada fesyen, tetapi mencari perjalanan budaya dan identiti, Eastana Exclusive mengalu-alukan anda untuk menemui keajaiban yang teranyam dalam setiap baju Melayu yang tersedia di 3 cawangan utama Eastana Exclusive di Bangi, Shah Alam, dan Johor Bahru dan kehadiran lebih daripada 50 outlet di Semenanjung Malaysia dengan harga di bawah RM200 sahaja dari saiz XXS hingga XXL.
EASTANA EXCLUSIVE | INSTAGRAM | TIKTOK

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/11/eastana-exclusive-lancar-koleksi-baju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Lupa Pakai Inner Ke Faz Pakai Baju Blouse Jarang Gambar Koleksi Tudung Baru Fazura Raih Perhatian

Hiburan Lupa Pakai Inner Ke Faz Pakai Baju Blouse Jarang Gambar Koleksi Tudung Baru Fazura Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 205 hits
Baru baru ini selebriti jelita serta usahawan Nur Fazura memuat naik foto koleksi baru tudung jenamanya yang berkolaborasi bersama stesen TV3 di Instagram Biarpun sekadar mahu berkongsikan berita gembira mengenai keluaran tudung koleksi ter...
Konsolidasi Pemenangan Pileg Pilpres 2024 Megawati Petinggi Pdip Kumpul Di Bali

Konsolidasi Pemenangan Pileg Pilpres 2024 Megawati Petinggi Pdip Kumpul Di Bali

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 151 hits
Lewat konsolidasi ini diharapkan membawa kebaikan berupa kemenangan untuk pasangan capres cawapres nomor urut 3 Ganjar Pranowo dan Mahfud Md
Gerindra Yakin Polri Netral Di Pemilu 2024

Gerindra Yakin Polri Netral Di Pemilu 2024

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 119 hits
Polri diharapkan menjalankan fungsinya untuk mengamankan pemilu agar damai
Pdip Curiga Ada Tukar Guling Revisi Uu Desa Dan Dukungan Kades Pada Capres Tertentu Di 2024

Pdip Curiga Ada Tukar Guling Revisi Uu Desa Dan Dukungan Kades Pada Capres Tertentu Di 2024

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 164 hits
PDIP menduga revisi UU Desa dijadikan alat tukar terhadap dukungan kepada Calon Presiden dan Wakil Presiden tertentu di Pilpres 2024
Temui Tokoh Adat Di Jayapura Ganjar Diangkat Jadi Keluarga Hingga Didoakan Presiden 2024

Temui Tokoh Adat Di Jayapura Ganjar Diangkat Jadi Keluarga Hingga Didoakan Presiden 2024

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 173 hits
Ganjar juga berbicara mengenai indahnya tali persaudaraan sesama anak bangsa yang terus terjalin
Johor Presents State S Budget 2024 With Rm4 12m Surplus

Johor Presents State S Budget 2024 With Rm4 12m Surplus

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 226 hits
The state government presented the Johor Budget 2024 with a surplus of RM4 21 million at the state assembly meeting today The budget which carries the theme Promoting Development Enriching the People is the second consecutive surplus budget...
Senarai Pelepasan Cukai 2023 Untuk E Filing 2024

Senarai Pelepasan Cukai 2023 Untuk E Filing 2024

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 486 hits
Senarai Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2023 LHDN Seperti setiap tahun pengemukaan Borang Nyata Tahun Taksiran 2023 dan Tahun Saraan 2023 melalui e Filing bagi pembayar cukai individu dan selain individu iaitu Borang BE B M BT MT P TF T...
2024 Mercedes Benz Glc300 Coupe Price Unveiled In Australia

2024 Mercedes Benz Glc300 Coupe Price Unveiled In Australia

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 216 hits
In the world of luxury vehicles the 2024 Mercedes Benz GLC Coupe stands as a beacon of sculpted sophistication has also announced the price in Australia Exterior Sculpted Sophistication Priced at 113 900 plus on road costs this sleek coupe ...
Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan