Pasang Soundproof Pada Pintu Kereta
Pasang Soundproof Rubber Seal pada pintu kereta
Ok. Harini Abang Wayne nak cerita pengalaman Abang Wayne pasang Soundproof Rubber Seal pada pintu kereta. Mesti ada yang tertanya apa dia Soundproof Rubber Seal tu, kenapa nak pasang Soundproof Rubber Seal tu
Mengapa perlu pasang Soundproof Rubber Seal pada pintu kenderaan
Bagi mereka yang memiliki kereta buatan nasional macam Abang Wayne, salah satu ketidak-Best-an mengenai kereta buatan nasional ini ialah bunyi bising angin semasa kita memandu kenderaan. Berbeza dengan kereta yang berharga premium, kereta berharga premium ni, kalau kita pandu, memang senyap je duduk dekat dalam tu. Kurang dan hampir tiada bunyi angin menderu masuk ke dalam kereta
Bunyi bising angin ni akan membuatkan kita sebagai pemandu merasa tidak selesa, kemudian kalau dengar radio, bunyi radio makin tenggelam seiring dengan kelajuan kereta kita. Bila kereta berhenti pula, waduh...kuatnya bunyi radio ni
Apa itu Soundproof Rubber Seal
Soundproof Rubber Seal ni adalah satu strip getah atau satu getah yang panjang mempunyai beberapa jenis bentuk mengikut kesusuaian kenderaan
Contoh macam kereta proton Abang Wayne menggunakan bentuk small D. Namun bentuk seperti ini seperti tidak begitu sesuai. Makanya, Abang Wayne akan bertukar ke bentuk B yang nampak lebih padu menangkis angin dari masuk ke dalam kereta
Kenapa bentuk B nampak lebih baik?
Ini adalah dari pandangan mata Abang Wayne ye. Sekarang ni Abang Wayne guna betuk small D. Bentuk small D di adalah setengah dari bentuk B. So, kalau kita buat 2 layer dari bentuk small D ni, dia akan jadi bentuk B juga
Jadinnya, bentuk B ni di lihat lebih baik kerana ada 2 protection dari bentuk D dan lebarnya juga akan menangkis angin dari masuk
Bagaimana cara pasang Soundproof Rubber Seal pada pintu kereta
Ok. Ada 2 kaedah yang di perkenalkan untuk memasang alat ini. Yang pertama pada sekeliling pintu kereta
Kaedah ini sebenarnnya sangat tidak praktikal. Abang Wayne dah pasang pada 1 pintu iaitu pada pintu sebelah pemandu. Namun, kaedah ini masih menyebabkan angin masuk juga
Abang Wayne seterusnya menggunakan kaedah ke 2 iaitu pasang pada body kenderaan. Maksud body kenderaan ini ialah pada body sebelah dalam pintu kenderaan
Kaedah kedua ni ternyata lebih ampuh dan berkesan
Berapa meter hendak di gunakan?
Abang Wayne dah beli 10 meter panjang dengan harga RM18.00. Namun masih tidak cukup dalam 1 meter. So, kalau nak beli, belilah dalam 11 atau 12 meter panjang. Ni untuk kereta sedan ye
Tempat mana lagi yang perlu pasang Soundproof Rubber ni?
Untuk pengetahuan, selain pintu, kita juga perlu pasang pada bahagian cermin di dashboard dan juga cermin belakang kereta. Nanti Abang Wayne sambung lagi ye
Oh ye. Barang-barang ni Abang Wayne beli di Shopee sahaja. Murah..........
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.wayneharraz.com/2019/07/pasang-soundproof-pada-pintu-kereta.html