Pasang Niat Dan Doa Spesifik Apa Yang Kita Mahu Minta Dipermudah Amalan Di Mekah
Sudah menjadi impian setiap ibu bapa, pasti mahu membawa anak-anak ke Tanah Suci. Bukan mudah untuk bawa anak kecil untuk beribadah di sana. Mahu fokus menjalani ibadat, mahu jaga anak lagi. tetapi itu bukan alasan kerana banyak orang yang sudah berjaya melakukannya.
Artikel Menarik: [Doakan Anak-Anak Dengan Amalan 3 Zikir. Ustazah Kongsikan Doanya!]
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, merancang untuk membawa anaknya Ayden Adrean yang berusia dua tahun untuk menunaikan umrah. Kata ibu muda ini lagi, hasratnya itu sudah lama disimpan sedari dahulu sebelum berpisah dengan bekas suaminya. Kali ini, Bella akan membawa kedua-dua ibu bapanya sekali bersama kenalan rapatnya untuk ke tanah suci Mekah.
Semoga urusan Bella dan keluarganya dipermudahkan di sana.
Pa&Ma kongsikan tip membawa anak kecil ke Mekah:
1. DOA & PASANG NIAT
Berdoalah sebelum ke sana. Pasangkan niat untuk menjayakan ibadat itu. Ketika berdoa, mintalah apa yang anda mahu secara terperinci. Semoga kuat, semoga larat dan mampu menahan perubahan cuaca. Jika bawa anak kecil yang sudah bebas lampin, berdoalah agar mereka dapat bertahan sekiranya perjalanan jauh atau kekangan mencari tandas.
2. PERSEDIAAN MENTAL
Sebelum berangkat ke Madinah dan Mekah, sediakan mental dan emosi anak. Berceritalah kepada mereka tentang semua perkara di sana. Tunjukkan gambar atau video di sana.
3. PENERBANGAN YANG LAMA
Memandangkan masa penerbangan yang lama, pastikan mental ibu dan anak masing-masing bersedia. Jika risau anak bosan, sediakan material seperti buku atau permainan yang yang boleh mengalih perhatian si manja.
Artikel Menarik: [Baca Zikir Ini Ketika Memasak. In Sya Allah Anak Tak Degil & Melawan Cakap]
4. UBAT
Pastikan ada ubat-ubatan yang dibawa.
5. STROLLER & BABY CARRIER
Bawa bersama stroller dan baby carrier bagi memudahkan pergerakan anda ketika di sana. Ada masanya anak mungkin letih untuk berjalan dan kita juga tidak larat kalau mahu mendukung mereka, jadi dengan membawa stroller atau baby carrier, mungkin masalah itu dapat diatasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/08/pasang-niat-dan-doa-spesifik-apa-yang.html