Pas Umno Jangan Sia Siakan Air Mata Ahli



SHAH ALAM - Penyatuan Pas dan UMNO dalam Muafakat Nasional bukan sekadar penyatuan politik sebaliknya penyatuan dua parti teras politik Melayu, Islam yang bermusuh selama 60 tahun.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii sehubungan itu berkata, Pas dan UMNO tidak boleh mensia-siakan linangan air mata ahli-ahli parti yang bangkit untuk melihat penyatuan dua parti itu.

Menurutnya, penyatuan itu menjadi nyata setelah Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kalau tidak ada peristiwa kita (Pas dan UMNO) kalah 22 bulan tempoh hari, saya percaya Pas dan UMNO sampai sekarang tidak bersama. Jadi inilah rentetan sejarah yang saya hendak kongsi.

"Kita tidak boleh mensia-siakan linangan air mata orang yang bangkit untuk melihat penyatuan Pas dan UMNO," katanya ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-246 bertajuk ‘PN atau MN: Mana satu pendirian Pas' disiarkan secara dalam talian di Facebook Sinar Harian pada Khamis.

Wacana turut menampilkan Ketua Penerangan Pemuda Pas, Nazir Helmi dan Penganalisis Keselamatan dan Politik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin juga sebagai panelis, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu, Mohd Razlan yakin dengan mengekalkan gabungan dua parti berkenaan yang mempunyai jumlah ahli yang ramai, Pas dan UMNO mampu mentadbir negara mengikut acuan sendiri.

"Pas ada lebih kurang 1.5 hingga 2 juta ahli, UMNO ada 3 juta ahli. Orang di bawah mahukan (Pas dan UMNO) kekal duduk dalam satu gabungan untuk kita mentadbir negara ini dengan acuan kita.

"Itu yang penting. Jadi maksudnya untuk pilihan raya nanti kita pun sudah bincang dalam Muafakat Nasional, berkenaan kerusi, bagaimana mahu merencana termasuk bergerak ke hadapan," katanya.

Sehubungan itu, beliau yakin permuafakatan Muafakat Nasional itu akan diteruskan malah turut percaya banyak pihak mahu kedua-dua parti itu terus berada dalam satu gabungan Muafakat Nasional.

"Saya percaya pujukan, rayuan untuk kita tetap di dalam satu gabungan Muafakat Nasional itu diteruskan di peringkat Pas, UMNO dan orang-orang Melayu serta badan bukan kerajaan (NGO) semua," katanya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/pas-umno-jangan-sia-siakan-air-mata-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Short Pas Umno Bersatu Hasil Linangan Air Mata

Short Pas Umno Bersatu Hasil Linangan Air Mata

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 177 hits
WACANA SINAR 246 8 APRIL 2021 Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri 246 bertajuk PN atau MN Mana satu pendirian Pas bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI https bit ly 3fSLWqx Muzik ww...
Pas Tak Curi Ahli Umno Macam Bersatu Kata Saarani

Pas Tak Curi Ahli Umno Macam Bersatu Kata Saarani

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 351 hits
Jika ada orang yang bertanya mengapa Umno boleh bekerjasama dengan PAS namun tidak Bersatu ia mungkin dapat dijelaskan oleh Saarani Mohamad yang membahaskan ucapan dasar presiden parti itu hari ini Menurut Pengerusi Umno Perak wujud perbeza...
Umno Sedia Bersendiri Jika Pas Rasa Bersatu Lebih Lawa Dan Kaya Dasar Mata Duitan

Umno Sedia Bersendiri Jika Pas Rasa Bersatu Lebih Lawa Dan Kaya Dasar Mata Duitan

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 237 hits
April 2 2021Umno sedia bertanding solo tanpa PAS pada PRU15 jika parti itu mendapati PPBM lebih lawa dan kaya kata Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata demikian sehari selepas PAS PPBM menge...
Umno Ingatkan Pas Kalau Dah Tak Suka Cakap Elok Elok Jangan Ikut Sedap Mulut Jer

Umno Ingatkan Pas Kalau Dah Tak Suka Cakap Elok Elok Jangan Ikut Sedap Mulut Jer

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 174 hits
April 3 2021 Pas boleh menyatakan pendirian mereka dengan cara lebih berhemah sekiranya tidak mahu lagi bersama UMNO Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata cara itu lebih baik berbanding mengeluarkan kenyataan k...
Pas Umno Jangan Diucap Selamat Tinggal

Pas Umno Jangan Diucap Selamat Tinggal

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 270 hits
TELAH tiba titik noktah persahabatan politik yang terjalin di antara PAS dan UMNO walaupun jalinan itu sekadar sementara dengan tempoh waktu yang singkat Seperti mana catatan Tun Sri Lanang di laman sosial facebooknya kita semua mendengar a...
Video Ingatkan Ig Kena Hack Tapi Luluh Hati Ku Non Mila Jirin Minta Nonny Nadirah Jangan Sia Siakan Hidayah Allah

Video Ingatkan Ig Kena Hack Tapi Luluh Hati Ku Non Mila Jirin Minta Nonny Nadirah Jangan Sia Siakan Hidayah Allah

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 308 hits
Satu gambar yang dimuat naik selebriti Nonny Nadirah menimbulkan persolan mengenai penampilan terbaharu dirinya Menerusi video berdurasi 38 saat itu memaparkan seorang wanita berbaju putih dengan mengenakan stokin jaring Namun wajahnya ditu...
Ahli Pas Jangan Cepat Melatah

Ahli Pas Jangan Cepat Melatah

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 187 hits
SEREMBAN Pas Negeri Sembilan mengingatkan semua ahlinya agar tidak cepat melatah dengan pelbagai kenyataan terhadap parti itu yang memilih menyertai Perikatan Nasional Ketua Penerangannya Badzli Bakar berkata Pas perlu terus mengamalkan bud...
Mahu Bersama Ppbm Dalam Pru Pas Tidak Lagi Minat Perkukuh Mn Kata Veteran Umno

Mahu Bersama Ppbm Dalam Pru Pas Tidak Lagi Minat Perkukuh Mn Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 235 hits
PETALING JAYA Veteran Umno Shahrir Samad menyifatkan PAS tidak lagi berminat memperkasakan Muafakat Nasional bersama Umno selepas parti Islam itu mengumumkan akan mengukuhkan kerjasama dengan PPBM bagi menghadapi PRU15 Katanya dengan pendir...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats

Semua Pm Setuju Isu Subsidi Bersasar

Rancangan Televisyen Itali Menjemput Bayi Kembar Sembilan