Pas Umno Jadi Bisu Isu Kekerapan Cabutan Khas


 







Pada 31 Disember 2020oleh Ghafar NS








Oleh Ghafar NS
Dalam kekalutan mencari jalan keluar dari krisis ekonomi ketika pandemik Covid-19 masih berlarutan di dalam dan luar negara, kerajaan Perikatan Nasional nampaknya masih sempat mengumumkan bahawa kekerapan cabutan khas nombor ramalan 4-digit ditingkatkan kepada 22 kali pada tahun hadapan.
Ia mengembalikan amalan lama di bawah pentadbiran Barisan Nasional, di mana cabutan khas nombor ramalan bagi Magnum, Sport Toto dan Da Ma Cai ditetapkan kepada 22 kali setahun.
Namun, keadaan itu berubah selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada Mei 2018, kerajaan PH meneliti baik buruknya kesan terhadap rakyat yang suka mencuba nasib ini. Akhirnya, pada November 2018, kerajaan PH memutuskan untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas ini daripada 22 kali setahun kepada 8 kali setahun.
Senator DAP, Liew Chin Tong, ada membuat satu hantaran Facebook semalam berkenaan dengan permintaannya supaya kerajaan PN mengikuti langkah PH menurunkan kadar kekerapan cabutan khas bagi mengekang dan mengurangkan pelbagai permasalahan sosial, terutamanya dalam kalangan golongan B40.
Main judi menyebabkan ketagihan. Untung rugi jadi taruhan.
Apa yang menariknya dalam status FB Chin Tong adalah menurutnya, cabutan khas dimulakan pada 1999 bagi membantu mangsa wabak virus Nipah yang menular pada tahun itu.
Kerajaan ketika itu mengizinkan syarikat judi mengadakan cabutan khas dan akhirnya terdapat 156 hari cabutan biasa serta 22 hari cabutan khas setiap tahun.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada bulan April lalu lagi mengatakan bahawa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, aktiviti perjudian dalam talian menunjukkan peningkatan yang membimbangkan. Bayangkan dalam waktu sekarang?
Ini merupakan satu hal yang amat membimbangkan. Apabila kebanyakan syarikat swasta terpaksa ditutup dan ramai yang kehilangan kerja, semakin bertambah pula bilangan masyarakat yang melibatkan diri dalam aktiviti perjudian.
Menerusi pengumuman yang dibuat oleh kerajaan bahawa kekerapan cabutan khas nombor ramalan ditingkatkan, mereka ini akan lebih kerap mencuba nasib.
Sesuai dengan imej kerajaan Melayu-Islam yang dibawa oleh Perikatan Nasional, maka saya sebagai salah seorang rakyat yang turut prihatin, meminta Menteri-Menteri daripada UMNO dan PAS khususnya, untuk bersuara dan menarik kembali keputusan meningkatkan kekerapan cabutan khas. 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/pas-umno-jadi-bisu-isu-kekerapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cabutan Khas Nombor Ekor Ditambah Pas Jadi Setan Bisu Woiiii Isle Mana Isle

Cabutan Khas Nombor Ekor Ditambah Pas Jadi Setan Bisu Woiiii Isle Mana Isle

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 259 hits
BOB KELANANG Senator YB Liew Chin Tong hari ini mendedahkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah mengembalikan kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4 digit daripada 8 kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021 Menurut senator ...
Pas Nafi Jadi Bisu Isu Judi Dan Arak Bila Dah Jadi Kerajaan

Pas Nafi Jadi Bisu Isu Judi Dan Arak Bila Dah Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 335 hits
January 3 2021 PAS tidak pernah membisu dalam isu pengharaman judi di negara ini walaupun sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan sekarang Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Ustaz Ahmad Marzuk Shaary berkata pendirian PAS jelas sa...
Benarkah Kekerapan Cabutan Khas Judi Bertambah Di Bawah Pn

Benarkah Kekerapan Cabutan Khas Judi Bertambah Di Bawah Pn

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 331 hits
Saya dimaklumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah meningkat kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4 digit daripada 8 kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021 Mungkin ramai Yang Berhormat di sini tidak tahu cabutan khas di...
Kerajaan Pn Tambah Kekerapan Cabutan Khas Judi Dari 8 Ke 22 Kali Tahun Depan Takdir

Kerajaan Pn Tambah Kekerapan Cabutan Khas Judi Dari 8 Ke 22 Kali Tahun Depan Takdir

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 436 hits
MALAYSIA DATELINESenator DAP Liew Chin Tong mendakwa kerajaan Perikatan Nasional telah meningkat kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4 digit daripada 8 kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021 Beliau berkata kerajaan PN mengemb...
Pas Pushes Back Against Umno S Pressure To Ditch Bersatu S Pn

Pas Pushes Back Against Umno S Pressure To Ditch Bersatu S Pn

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 304 hits
A major faction in Umno is determined to take on Bersatu in the next general election and is pressuring PAS to ditch Bersatu forcing the Islamist party to come out with a rebuke Instead of an overt ultimatum this Umno faction which includes...
Chin Huat Chat 2 Umno Pas Bersatu Like Three Brothers After Same Girl

Chin Huat Chat 2 Umno Pas Bersatu Like Three Brothers After Same Girl

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 311 hits
When Bersatu and PKR defectors pulled out of Pakatan Harapan and crossed the floor to join a coalition with Umno and PAS it seemed like the dawn of a new dominant Malay Muslim alliance that was in pole position for a lengthy rule However in...
Sabarlah Umno Pas Sekarang Bukan Lagi Pas Yang Dulu

Sabarlah Umno Pas Sekarang Bukan Lagi Pas Yang Dulu

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 285 hits
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata mana mana pihak tidak perlu meminta parti itu memilih sama ada hendak bersama Muafakat Nasional atau tidak Ini kerana katanya PAS adalah antara watak utama yang merangka dan berusaha menubuhkan...
Pas Dan Umno Sebagai Persaudaraan Aus Dan Khazraj Serangan Pada Mn Hanya Kerja Orang Munafik

Pas Dan Umno Sebagai Persaudaraan Aus Dan Khazraj Serangan Pada Mn Hanya Kerja Orang Munafik

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 295 hits
Menganggap hubungan PAS dan Umno sebagai persaudaraan Aus dan Khazraj bekas ketua Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik menganggap pihak yang mengkritik kerjasama itu sebagai perbuatan pemimpin munafik Menurut komen dibuatnya antara pihak yang dia...
Isu Kartel Daging Haram Senator Pas Kemuka Usul Tergempar

Isu Kartel Daging Haram Senator Pas Kemuka Usul Tergempar

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 400 hits
Ahli Dewan Negara hari ini mengemukakan usul penangguhan mesyuarat untuk membincangkan isu berkaitan daging kartel haram yang menggunakan logo Jabatan Kemajuan Islam Malaysia secara salah dan berniat menipu Usul yang dikemukakan Senator Asm...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kemaskini

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Ratu Naga Surrenders Herself To Mcmc In Anthem Mix Up Row Clears The Air Over Her Honest Mistake

Masjid Nurul Huda Felda Jengka 19

Dap Akan Guna Kepakaran Kit Siang Ong Untuk Pru15