Pas Dan Umno Sebagai Persaudaraan Aus Dan Khazraj Serangan Pada Mn Hanya Kerja Orang Munafik



 
Menganggap hubungan PAS dan Umno sebagai “persaudaraan Aus dan Khazraj” bekas ketua Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik menganggap pihak yang mengkritik kerjasama itu sebagai perbuatan pemimpin munafik.
Menurut komen dibuatnya, antara pihak yang dianggap cuba memecah-belahkan hubungan berkenaan termasuklah Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, selain “pendukung PH” (Pakatan Harapan).
“Pendek kata semua statment2 (kenyataan) itu sarat dengan harapan agar PAS dan Umno kembali berperang dan MN (Muafakat Nasional) terburai ikatannya.
“Sakit benar hati mereka melihat persaudaraan PAS Umno. Saya yakin mereka tidak akan berjaya kecuali jika ada pimpinan Umno atau PAS yang menari mengikut irama sumbang mereka.
“Persaudaraan Aus dan Khazraj ini perlu dijaga rapi. Kerana orang-orang Abdullah bin Ubai sentiasa mencari ruang dan peluang,” katanya di media sosial.
Dalam sejarah Islam Aus dan Khazraj merupakan dua kumpulan yang berseterus sekian lama sebelum berdamai dengan peranan Nabi Muhammad SAW.
Abdullah Ubai (atau Ubayy) pula dianggap sebagai ketua golongan munafik.
Mokhtar berkata ‘serangan’ terhadap MN tekal dilakukan termasuk pemimpin PH dan veteran Umno.
“Presiden PAN (Amanah) minta ahli PAS kenang balik peristiwa Memali. Ku Li minta Umno jangan biarkan PAS tumpang tuah Umno,” katanya.

 
Dua zaman yang berbeza
Justeru katanya ketika ini sangat penting agar amalan walak diamalkan.
Mokhtar yang juga anggota Ulama Pusat PAS berkata Tengku Razaleigh kini cuba menyemarakkan semula semangat “asobiyyah” Umno melalui amaran yang diberikannya.
“Rupa-rupanya Ku Li sudah jauh tertinggal di belakang berbading ahli Umno yang lain,” katanya.
“Saya yakin saranan Mat Sabu (Presiden Amanah, Mohamad Sabu) agar ahli PAS mengenang peristiwa Memali tidak memberi apa-apa kesan kepada PAS.
“Kami orang PAS diajar dengan akhlak Islam. Berbaik dengan Umno tidak bermakna menafikan kemurnian perjuangan para syuhada Memali. Kerana kedua-dua zaman itu berbeza,” katanya.
Untuk rekod Tengku Razaleigh sendiri pernah bekerjasama dengan PAS melalui partinya, Semangat 46, untuk membentuk Angkatan Perpaduan Ummah yang membawa kepada penguasaan PAS di Kelantan pada 1990.
Walaupun memeterai persefahaman dengan Umno melalui MN, PAS kini menjadi sebahagian daripada komponen Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu serta beberapa parti lain. Umno pula kekal tidak menyertai PN.
Pada 26 Dis lalu anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan memintda PAS segera memutuskan sama ada mahu terus dengan MN atau PN menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Kita (Umno) nak PAS buat keputusan nak bersama dengan Umno dalam MN ke tidak, lekas buat keputusan sebab kita nak pilihan raya ni,” katanya seperti dipetik Astro Awani.
 
Tetamu lewat malam dan erti sebuah ‘Persaudaraan’ dalam Islam

The post PAS dan Umno sebagai Persaudaraan Aus dan Khazraj”, Serangan Pada MN Hanya Kerja ‘Orang Munafik’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/31/pas-dan-umno-sebagai-persaudaraan-aus-dan-khazraj-serangan-pada-mn-hanya-kerja-orang-munafik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya 18 Kerusi Pas Tolak Umno

Hanya 18 Kerusi Pas Tolak Umno

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 541 hits
Pas tolak cadangan Umno bentuk pakatan baruJanuary 3 2021 PAS hari ini mempertahankan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional dan menolak sebarang usaha untuk membentuk pakatan baru Menyifatkan MN dan PN sebagai benih yang baru tumbuh subu...
Kerjasama Umno Pas Demi Ummah Bukan Hanya Gabungan Politik Takiyuddin

Kerjasama Umno Pas Demi Ummah Bukan Hanya Gabungan Politik Takiyuddin

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 408 hits
Oleh Disember 20 2020 5 38pmKerjasama UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional tidak akan terkubur kerana ia bukan semata mata gabungan politik sebaliknya dibentuk sebagai wawasan untuk menyatukan ummah Foto NSTPBALING Kerjasama UMNO dan PAS da...
Pru15 Umno Hanya Bekerjasama Dengan Pas Tajuddin

Pru15 Umno Hanya Bekerjasama Dengan Pas Tajuddin

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 383 hits
Noor Hidayah Tanziziam hmetro com myDATUK Seri Tajuddin Abdul Rahman disambut Wanita UMNO pada Mesyuarat Perwakilan Wanita Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak 2020 di Dewan Besar Pekan Baru Chenderong Balai Pasir Salak FO...
Pemuda Umno Sekolahkan Ppbm Ingatkan Sejarah Runtuhnya Umno Pas

Pemuda Umno Sekolahkan Ppbm Ingatkan Sejarah Runtuhnya Umno Pas

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 328 hits
ARIF ATANBerang dengan sikap PPBM yang dianggap mencuri dan membeli ahli partinya sayap anak muda Umno memberi kata dua kemungkinan kerjasama kedua dua parti Melayu itu akan putus di tengah jalan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusu...
Pas Joined Pn Without Our Nod Says Umno S Tajuddin

Pas Joined Pn Without Our Nod Says Umno S Tajuddin

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 336 hits
Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman says PAS joined Perikatan Nasional without Umno s agreement telling the Islamist party to resolve the complications that have arisen from its decision to be a component party of PN The Umno Supreme Counc...
Pru 15 Umno Bn Bincangkan Agihan Kerusi Dengan Perikatan Nasional Bukan Lagi Pas

Pru 15 Umno Bn Bincangkan Agihan Kerusi Dengan Perikatan Nasional Bukan Lagi Pas

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Perbincangan mengenai pengagihan kerusi pilihan raya di antara UMNO dan PAS tidak lagi membabitkan dua parti itu kerana PAS sudah secara rasmi menyertai Perikatan Nasional sebagai parti komponen kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuk...
Pas Bayang Iktiraf Mohamad Hassan Pimpin Umno Bukan Zahid

Pas Bayang Iktiraf Mohamad Hassan Pimpin Umno Bukan Zahid

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 300 hits
MALAYSIA DATELINEMenjelang mesyuaratnya malam tadi Umno diberitahu oleh Pas pemimpin sebenar mereka yang diiktiraf oleh parti itu adalah Datuk Seri Mohamad Hassan timbalan presiden Umno Twitter Takiyuddin jam 8 54 malam tadi Perkara ini dib...
Umno Pas Cooperation Bad For Umno S Image Says Khaled Nordin

Umno Pas Cooperation Bad For Umno S Image Says Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 349 hits
Umno perceived as ultra Malay and Islamic party after pact with PAS says Khaled Cooperating with PAS may have led to the fall of Pakatan Harapan and brought Umno back to power But this has also resulted in the growing perception that it is ...
Umno Perlis Mantapkan Kerjasama Pas Bersatu

Umno Perlis Mantapkan Kerjasama Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 361 hits
Shahidan Kassim ARAU UMNO negeri menyatakan pendirian teguh untuk memperkasakan hubungan dengan Pas di dalam Muafakat Nasional selain memantapkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia menerusi Perikatan Nasional Pendirian UMNO Per...
Subsidi Budi95 Mungkin Akan Guna Ai Untuk Pemantauan Penebusan

Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Govt Takes Easy Way Out With Petrol Subsidy For All M Sians

After Jalur Gemilang It S Kuih Nyonya S Turn To Be Weaponised As Object Of Immigrant Hegemony

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Pelakon Sathiya Selamat Jalani Pembedahan Potong Kaki

Apabila Kena Tipu Con Sultan

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fahami Masalah Tiroid Nampak Sihat Tapi Dalam Diam Mereka Tengah Fight

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Honor Magic V5 Design Innovation Highlights