Pas Tak Mungkin Berjaya Tarik Pengundi Bukan Melayu Kecuali Jika Hadi Awang Undur Diri




Berucap merasmikan Mukfamar Pas semalam, Hadi Awang mengarahkan ahli parti itu supaya berusaha menarik sokongan pengundi bukan Melayu setelah berjaya menguasai sokongan pengundi Melayu.


Kata Presiden Pas itu, bedah siasat mendapati bahawa mereka masih lemah dalam menarik sokongan bukan Melayu.


“Kita sudah berjaya menarik sokongan pengundi Melayu Islam dalam PRU15, maka usaha yang penting dan berat yang mesti dilakukan sekarang adalah menarik sokongan pengundi bukan Islam dan bukan Melayu dalam menghadapi PRU16 akan datang.


“Perkara ini penting untuk dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, tersusun dan bijaksana,” kata beliau.


Menurut Hadi lagi, disebabkan lemah dalam sokongan bukan Melayu itu, Pas dan PN gagal memperolehi kerusi yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan.


Berdasarkan arahan serta penegasaan terbaru ini, ia menunjukkan Hadi akhirnya sedar bahawa Malaysia adalah negara yang berbilang bangsa dan semua kaum adalah penting untuk disantuni.


Menoleh ke belakang, terutama sejak Pas meninggalkan Pakatan Rakyat atau PR pada 2015, Pas yang dibawah kepimpinan Hadi sebenarnya mulai rosak dalam arah tuju dalam perjuangannya.


Sejak itu, Pas bukan saja banyak menghentam bukan Melayu, malah menjadikan bukan Melayu sebagai musuh mereka dengan pelbagai sentimen serta retorik bersifat perkauman.


Sentimen Melayu/Islam yang ekstrem sering dimainkan dengan sewenang-wenangnya dan tanpa kawalan sehingga seolah-olah semua masalah dalam negara ini dicetuskan oleh bukan Melayu.


Tidak cukup dengan Pas seronok mengatakan bukan Melayu sebagai punca berlakunya rasuah di negara ini, label kafir harbi juga turut dijaja dengan meluas dan digunakan di luar konteks tanpa hikmah.


Slogan Islam For All yang pernah dilaungkan sebelum ini lantas dikebumkan tanpa nisan.


Semua ini, mahu tidak mahu, walaupun berjaya menjadikan sokongan Melayu melimpah, tetapi dalam masa yang sama menyebabkan undi bukan Melayu makin menjauh.


Akhirnya siapa yang rugi?


Agaknya setelah berjaya berada dalam kerajaan selama 33 bulan sebelum ini dan keseronokan mendapat pelbagai nikmat masih menghantui kenangan, Pas kini akhirnya tersedar bahawa sokongan pengundi Melayu saja tidak mencukupi untuk memegang kuasa dan mengecap kembali nikmat dunia.


Selama ini mereka ingat dengan sokongan pengundi Melayu saja sudah cukup untuk beroleh kuasa.


Mentadir Kelangan dan Terengganu saja bolehlah dengan sokongan pengundi Melayu semata-mata.


Bolehkah Pas mendapat sokongan bukan Melayu dalam keadaan sekarang ini?


Harus diakui, sejak Hadi memimpin Pas, khususnya selepas 2015, orang bukan Melayu di negara ini sebenarnya sudah banyak terluka dan dilukakan hati mereka oleh Ahli Parlimen Marang itu.


Penyebabnya tidak lain melainkan disebabkan cara pemikiran dan keceluparan insan yang bernama Hadi Awang yang ingin bermusuh dengan bukan Melayu dan bukan Islam.


Untuk itu, jika ingin terbuka laluan dan terlihat kemungkinan ada lorong untuk Pas memperolehi sokongan bukan Melayu, ia hanya boleh berlaku jika setelah Hadi bukan lagi memimpin Pas.


Pilihannya adalah salah satu – tunggu dua tahun lagi dan ketika itu Hadi mesti tidak menawarkan bertanding lagi sebagai Presiden Pas atau, beliau secara sukarela, sedia meletak jawatan dalam waktu terdekat ini.


Hanya jika Pas dipimpin oleh pemimpin yang sederhana saja memberi kemungkinan pengundi bukan Melayu boleh didekati.


Selagi Hadi memimpin Pas, selagi itu bukan Melayu akan menjauhi Pas dan impian untuk beroleh sokongan bukan Melayu tak ubah umpama mimpi akibat terlelap selepas waktu Asar. – ShahbudinHusin 21/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/10/21/pas-tak-mungkin-berjaya-tarik-pengundi-bukan-melayu-kecuali-jika-hadi-awang-undur-diri.html








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/pas-tak-mungkin-berjaya-tarik-pengundi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Arah Pas Tarik Undi Bukan Melayu Pula

Hadi Arah Pas Tarik Undi Bukan Melayu Pula

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 152 hits
MalaysiakiniPresiden PAS Abdul Hadi Awang mengarahkan anggota parti itu menarik undi bukan Islam pula setelah berjaya menguasai sokongan Melayu Kita sudah berjaya menarik sokongan pengundi Melayu Islam dalam PRU15 maka usaha yang penting da...
Pemimpin Dap Pas Di Bawah Pimpinan Hadi Awang Sekarang Menakutkan Orang Bukan Melayu

Pemimpin Dap Pas Di Bawah Pimpinan Hadi Awang Sekarang Menakutkan Orang Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 165 hits
Nora MahparPETALING JAYA Seorang pemimpin DAP percaya PAS tidak akan dapat memulihkan kepercayaan orang bukan Islam selagi parti meneruskan pendekatan yang dianggap ekstrem oleh komuniti itu Timbalan Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong men...
Walau Hadir Muktamar Pas Hadi Awang Tetap Tolak Tun Mahathir

Walau Hadir Muktamar Pas Hadi Awang Tetap Tolak Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 217 hits
Presiden PAS Hadi Awang menepis desas desus bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional bagi PRK Parlimen Kemaman Tidak munasabah Kalau nak timbulkan biar munasabah katanya pada sidang media di ...
Saya Rasa Kuat Tarik Diri Dari Running Man Jeon Somin Luah Perasaan

Saya Rasa Kuat Tarik Diri Dari Running Man Jeon Somin Luah Perasaan

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 265 hits
Sepertinya semua masih lagi tidak percaya dengan berita pengunduran diri Jeon So min dari Running Man Kelmarin agensi pelakon wanita itu mengesahkan bahawa dia bakal meninggalkan rancangan tersebut selepas 6 tahun bersama bagi berehat seket...
Banduan Di Jepun Berjaya Meloloskan Diri Dari Penjara Hanya Guna Semangkuk Sup Je

Banduan Di Jepun Berjaya Meloloskan Diri Dari Penjara Hanya Guna Semangkuk Sup Je

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 253 hits
Tapi ada kisah begitu dark disebalik sup ini iaitu menjadi alat untuk melarikan diri dari penjara Aik banduan mana satu yang begitu gila gunakan sup miso ni Nama banduan yang saya maksudkan ialah Shiratori Yoshie Shiratori Yoshie ialah lela...
Hadi Penghalang Hasrat Pas Raih Sokongan Bukan Muslim

Hadi Penghalang Hasrat Pas Raih Sokongan Bukan Muslim

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 143 hits
Naveen PrabuPETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilihat penghalang utama dalam usaha parti itu mendapatkan sokongan pengundi bukan Muslim kata penganalisis politik Kecenderungan Hadi sering mengubah pendirian dalam pelbagai isu menj...
Hadi Yang Tak Sedar Diri

Hadi Yang Tak Sedar Diri

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 88 hits
Presiden Pas Hadi Awang nampaknya menolak untuk menyertai kerajaan perpaduan dengan menggunakan alasan pemimpin yang ada di dalamnya terlalu kotor dan tidak boleh dibersihkan Kamu boleh lihat kerajaan Pakatan Harapan siapa dalam dia nak suc...
Pas Pahang Nafi Nerakakan Pengundi Bn

Pas Pahang Nafi Nerakakan Pengundi Bn

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 198 hits
HarapanDaily comHanya pada hari ini Pesuruhjaya Pas Pahang Rosli Abdul Jabar tampil menafikan hantaran yang menerakakan pengundi Barisan Nasional Katanya dia hanya tahu kewujudan tangkap layar berkenaan kenyataan tersebut yang tersebar di m...
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Dua Pendaki Wanita Maut Di Puncak Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Realme Menerajui Penanda Aras Prestasi Memperkenalkan Konsep Kanta Boleh Tukar Di Mwc 2025

We Re At Mwc Showcasing The Latest Ai Features On Android

Nak Beli Kereta Baru Vs Kereta Lama

Mwc 2025 Malaysia Pacu Inovasi Digital Perkukuh Posisi Serantau

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm