Hadi Yang Tak Sedar Diri




Presiden Pas, Hadi Awang nampaknya menolak untuk menyertai kerajaan perpaduan dengan menggunakan alasan pemimpin yang ada di dalamnya terlalu kotor dan tidak boleh dibersihkan.


“Kamu boleh lihat kerajaan Pakatan Harapan (PH), siapa dalam dia… nak suci macam mana?


“Banduan pun ada, bekas perasuah pun ada, kluster mahkamah pun ada… macam mana kami nak ikut?


“Kalau kita nak bersihkan najis, tak boleh masuk dalam tong najis,” kata beliau ketika sidang media selepas majlis perasmian Muktamar PAS ke-69 di IDCC, Shah Alam, semalam.


Banduan yang dirujuk Hadi dalam kenyataannya itu tentulah ditujukan kepada Anwar Ibrahim, sementara bekas perasuah pula pastinya berkaitan Zahid Hamidi yang kini dilepas tapi tak dibebaskan dalam kes rasuah berkaitan dana Yayasan Akalbudi.


Melihat apa yang dinyatakan Hadi dalam sidang media itu, ternampak beliau hanya melihat kekotoran di pihak kerajaan semata-mata, tetapi tidak di dalam gabungan PN yang disertai Pas sendiri.


Pertama, apa masalahnya jika bekas banduan jadi pemimpin negara?


Selain Anwar sudah diberi pengampunan penuh oleh Yang Dipertuan Agong, kalau disingkap sejarah pula, bukan saja ramai pemimpin dunia pernah di hukum penjara sebelum beroleh kuasa, malah tokoh pejuang Islam sendiri pun ramai yang pernah menjadi banduan?


Kedua, Hadi juga jangan tidak nampak bahawa dalam PN sendiri ada beberapa pemimpinnya sudah pun bergelar kluster mahkamah ketika ini atas pelbagai kesalahan yang perlu dibicarakan.


Antaranya ialah Pengerusi PN sendiri, Mahiaddin Md Yasin, bekas Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan dan Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor.


Yang sedang disiasat kerana terkait rasuah pun masih ada lagi


Dengan itu, janganlah Hadi “perasan sangat” seolah-olah Pas dan PN begitu bersih berbanding pemimpin dalam kerajaan.


Ketiga, Hadi juga tidak harus lupa dengan keputusan mahkamah yang membatalkan kemenangan calon parti itu bagi Parlimen Kuala Terengganu dan Kemaman yang didapati wujudnya unsur-unsur rasuah sehingga perlu diadakan pilihan raya kecil semula.


Tidakkah ia menunjukkan Pas sendiri turut tercemar dengan amalan rasuah?


Berikutan sikap Hadi ini, diharap Anwar berhenti terus daripada cuba berbaik atau mahu menjalinkan sebarang kerjasama dengan parti itu.


Pas tidak akan berubah sampai bila-bila dan Hadi akan sentiasa jadi pemimpin yang tidak sedar diri. – ShahbudinHusin 21/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/10/21/hadi-yang-tidak-sedar-diri.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/hadi-yang-tak-sedar-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Tak Mungkin Berjaya Tarik Pengundi Bukan Melayu Kecuali Jika Hadi Awang Undur Diri

Pas Tak Mungkin Berjaya Tarik Pengundi Bukan Melayu Kecuali Jika Hadi Awang Undur Diri

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 199 hits
Berucap merasmikan Mukfamar Pas semalam Hadi Awang mengarahkan ahli parti itu supaya berusaha menarik sokongan pengundi bukan Melayu setelah berjaya menguasai sokongan pengundi Melayu Kata Presiden Pas itu bedah siasat mendapati bahawa mere...
Patung David Dah Tiada Syamimia Sedar Diri Banyak Buat Silap Sekali Lagi Mohon Maaf

Patung David Dah Tiada Syamimia Sedar Diri Banyak Buat Silap Sekali Lagi Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 279 hits
Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Syamimia akhirnya tampil menjawab mengenai isu kewujudan patung David yang diletakkan di ruang tamu dan bilik tidur sehinggakan tular di media sosial Menerusi hantaran di Instagram Story milikn...
Elak Kutuk Hamas China Beritahu Israel Semua Negara Ada Hak Pertahan Diri

Elak Kutuk Hamas China Beritahu Israel Semua Negara Ada Hak Pertahan Diri

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 378 hits
HarapanDaily comChina hari ini mengelak mengutuk Hamas secara terbuka atas konflik di Palestin sebaliknya memberitahu rakan sejawatnya di Israel bahawa semua negara mempunyai hak mempertahankan diri Mesej itu disampaikan Beijing dalam perbu...
Ya Allah Tolong Kembalikan Diri Aku Yang Dulu I M So Lost Mawar Rashid

Ya Allah Tolong Kembalikan Diri Aku Yang Dulu I M So Lost Mawar Rashid

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 202 hits
Sedia maklum tindakan pelakon jelita Mawar Rashid memuat naik gambar sudah tidak lagi bertudung beberapa hari lalu sememangnya mengundang kecaman dan rasa kecewa daripada peminat Sedar tindakan kembali free hair itu bukanlah hal yang patut ...
Mufti Perlis Usah Terima Cadangan Wanita Boleh Menikahkan Diri Sendiri Tanpa Wali

Mufti Perlis Usah Terima Cadangan Wanita Boleh Menikahkan Diri Sendiri Tanpa Wali

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 191 hits
Aizat Sharifam hmetro com myKangar Jabatan Mufti Negeri Perlis menasihatkan orang ramai supaya tidak memakai cadangan penceramah agama negara jiran Ustaz Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari dalam satu video yang tular menyatakan bahawa wanit...
Erick Thohir Bikin Skck Gibran Saya Tidak Pernah Menawarkan Diri

Erick Thohir Bikin Skck Gibran Saya Tidak Pernah Menawarkan Diri

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 209 hits
Gibran mengaku mendapatkan kabar jika Erick Thohir membuat SKCK sejak Rabu siang
3 201 Tps Masuk Zona Rawan Kapolda Tak Berani Terlalu Percaya Diri Sulsel Aman Pada Pemilu 2024

3 201 Tps Masuk Zona Rawan Kapolda Tak Berani Terlalu Percaya Diri Sulsel Aman Pada Pemilu 2024

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 162 hits
Sebanyak 12 867 personel kepolisian ditambah 1 700 an dari jajaran TNI dan unsur lainnya akan dikerahkan untuk melakukan pengamanan
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Can Schools Build Karakter

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Masak Nasi Ayam Hainan Goreng Pisang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pas Yakin Pengalaman Annuar Musa Percaya Mampu Tawan Beberapa Kerusi Prn Sabah

Fattah Amin Terkilan Dengan Tindakan Netizen Boikot Rakan Artis Datang Majlis Kahwin Pun Salah Ke

Ahli Politik Cekik Pekerja Kontrak

Bakar Sofa Buruk

Bungled Pc Leaves Fam Red Faced The Absolvement Of Blame Lawyered Up And Search For Elusive Culprit

Muhammad Shah Firdaus Nurul Izzah Dinobat Pelumba Terbaik Malaysia 2025