Pas Selangor Bantu Masyarakat Orang Asli


HARAKAH DAILY
KUALA LUMPUR: Banjir besar akibat taburan hujan luar biasa di negeri Selangor bermula 18 Disember 2021 lalu telah membawa kemusnahan besar di beberapa kawasan yang terjejas.

Antara yang teruk terkesan adalah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua dalam Parlimen Hulu Langat.
PAS negeri melalui Khidmat Malaysia Negeri Selangor dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor dengan kerjasama PAS kawasan-kawasan merupakan antara organisasi terawal yang turun dalam misi menyelamat dan memulihkan mangsa-mangsa serta kawasan-kawasan yang terjejas seluruh negeri itu.
PAS bukan hanya memberi khidmat dan bantuan kepada ahli-ahlinya, malah telah terjun membantu semua rakyat yang terjejas tanpa mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik.
Antara komuniti yang turut menanggung beban bencana itu adalah masyarakat Orang Asli suku Temuan di perkampungan Orang Asli Paya Lebar di Sungai Lui dalam DUN Dusun Tua.
Penduduk yang berkampung di kaki bukit itu telah ditimpa musibah banjir dan lebih malang lagi bekalan air bersih semula jadi dari puncak bukit terputus apabila saluran paip air sepanjang hampir dua kilometer telah terputus dihanyutkan oleh kepala air.
Atas makluman PAS Kawasan Hulu Langat, PAS Selangor melalui pelbagai agensinya telah menggerakkan misi bantuan, membekal dan memasang paip baru bagi memastikan bekalan air di perkampungan itu dapat dipulihkan.
Dalam sekelip mata melalui tenaga lebih 300 sukarelawan PAS dengan kerjasama penduduk kampung misi itu dapat dijayakan dalam tempuh sehari. Bekalan air kembali normal.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi sendiri bersama pimpinan PAS negeri serta Yang Dipertua PAS Hulu Langat, Mohd Jan Sulong dan anggotanya telah berhempas pulas menjayakan misi itu.
Tenaga bantuan daripada PAS Kedah diketuai Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor telah meringankan beban menjayakan misi itu.
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui permohonan NGO Pertubuhan Kebajikan Hulu Langat Sejahtera yang diketuai mantan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat telah meluluskan peruntukan segera bagi membiayai kos misi itu.
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Berkat kerjasama semua pihak misi itu berjaya dengan pantas.
Pada 8 Januari lepas, Menteri KASA telah turun merasmikan projek Wakaf Air yang disempurnakan oleh misi itu dengan kolaborasi PAS Selangor dan NGO Pertubuhan Kebajikan Hulu Langat Sejahtera. Turut serta pimpinan PAS Selangor dan Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat dan Puan Norazila Zakaria, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Hulu Langat serta team JKOA daerah.
Yang penting nasib dan kebajikan masyarakat Orang Asli di perkampungan Orang Asli Paya Lebar yang majoriti merupakan masyarakat bukan Islam telah terbela. – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/pas-selangor-bantu-masyarakat-orang-asli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadar Pengangguran Terengganu Tinggi Solusi Kerajaan Pas Hantar Pekerja Ke Selangor

Kadar Pengangguran Terengganu Tinggi Solusi Kerajaan Pas Hantar Pekerja Ke Selangor

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 177 hits
Solusi menghantar tenaga kerja Terengganu ke Selangor sebagai memenuhi janji manifesto pilihan raya Pas dikritik banyak pihak Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu Azan Ismail kerajaan Pas sepatutnya lebih kreatif dal...
Abim Selangor Bantu Mangsa Banjir Sejak Hari Pertama

Abim Selangor Bantu Mangsa Banjir Sejak Hari Pertama

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 188 hits
Angkatan Belia Islam Malaysia Selangor membantu mangsa banjir di negeri itu sejak hari pertama di Pusat Pemindahan Sementara sehinggalah misi pasca banjir membersihkan rumah dan membantu menyumbang barang barang keperluan harian Menurut Yan...
No Surprise If Pas Deserts Bersatu Says Puad

No Surprise If Pas Deserts Bersatu Says Puad

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 209 hits
Umno Supreme Council member Puad Zarkashi says PAS views the unification of the ummah as a political gimmick PETALING JAYA No one should be surprised if PAS deserts Bersatu one day as it did Umno in Muafakat Nasional says Umno Supreme Counc...
Ngo Reformis Bantu Mangsa Banjir Di Selangor

Ngo Reformis Bantu Mangsa Banjir Di Selangor

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 251 hits
Beberapa NGO reformasi tidak ketinggalan menyumbang bantuan kepada mangsa banjir di Selangor Pada 24 dan 25 Disember lalu NGO Rapat Rakyat bersama Gabungan Reformis Malaysia menghulurkan bantuan berupa makanan bermasak kepada mangsa mangsa ...
Sedia 20k Peluang Kerja Pas Hantar Pekerja Ke Selangor

Sedia 20k Peluang Kerja Pas Hantar Pekerja Ke Selangor

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 127 hits
Solusi menghantar tenaga kerja Terengganu ke Selangor sebagai memenuhi janji manifesto pilihan raya Pas dikritik banyak pihak Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu Azan Ismail kerajaan Pas sepatutnya lebih kreatif dal...
Mana Mak Dah 3 Hari L0st C0ntact Anak Harap Warganet Bantu Kesan Ibu Hiiang

Mana Mak Dah 3 Hari L0st C0ntact Anak Harap Warganet Bantu Kesan Ibu Hiiang

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 179 hits
Media sosial kini dikenal sebagai platform terpantas untuk menyampaikan maklumat penting tambahan pula dengan kuasa viraI yang diyakini mampu menyelesaikan sesuatu isu dengan lebih cepat Oleh itu pengguna Twitter ini melalui akaun the yooni...
Bantu Pemulihan Ekonomi Lpei Salurkan Pmn Rp5 Triliun Untuk Umkm Di 2022

Bantu Pemulihan Ekonomi Lpei Salurkan Pmn Rp5 Triliun Untuk Umkm Di 2022

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 141 hits
Sebagai lembaga khusus yang memiliki mandat untuk menyediakan pembiayaan ekspor nasional dalam bentuk pembiayaan penjaminan dan asuransi serta jasa konsultasi LPEI telah menerima PMN sejak tahun 2010 dengan nilai mencapai Rp28 7 triliun per...
Labu Bagus Untuk Mata Anak Vitamin A Dalamnya Bantu Tajamkan Penglihatan

Labu Bagus Untuk Mata Anak Vitamin A Dalamnya Bantu Tajamkan Penglihatan

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 492 hits
Labu bagus untuk mata dan penglihatan anak Sesuai sangat kalau kita dapat kenalkan labu sebagai salah satu makanan pertama anak anak Bila anak baru nak mula makan wajib tau kita cuba bagi anak rasa lemak manis labu Buat puree labu Kukus lab...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami