Pas Sedar Tak Yaman Sudah Bertahun Dibom Dan Diserang Kamarul
Oleh RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH / February 7, 2022Kenyataan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berhubung pandangan Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkenaan tindakan Abdul Hadi Awang yang mendahului kerajaan Malaysia yang masih belum mengiktirafkan kerajaan Taliban di Afghanistan adalah penuh emosi dan tidak memahami peraturan protokol antarabangsa.
Pentadbiran sebuah kerajaan seperti Malaysia berbeza daripada pengurusan sebuah parti politik atau NGO yang mesti memahami dan mematuhi undang undang dan protokol peraturan antarabangsa. Kalau tidak dunia ini lebih huru hara.
Salahuddin telah menyatakan beliau bersetuju rakyat Afghanistan patut dibantu tetapi mestilah mengikut segala peraturan amalan antarabangsa demi menjaga nama baik Malaysia dan menunjukan sikap memahami undang undang tamadun antarabangsa sedia ada.
Abdul Hadi sebagai Duta Khas Malaysia membuat komitmen bantuan kepada wakil Taliban semasa kerajaan Malaysia belum pun lagi mengiktirafkan kerajaan Taliban Afghanistan dan tanpa mandat dari kerajaan Malaysia.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, mengesahkan Malaysia masih menunggu laporan badan antarabangsa PBB sebelum membuat keputusan.
Tiada keputusan memberi mandat pun dibuat oleh kerajaan untuk Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah untuk membuat komitmen sedemikian.
Untuk makluman Ahmad Tarmizi, Afghanistan terletak di luar zon Timur Tengah di luar bidang skop penglibatan Abdul Hadi yang begitu lama sebelum ini tidak membuat apa apa kenyataan sebagai duta khas.
Kenapakah tiada kenyataan di buat tentang kekejamam pembunuhan ribuan di Yaman yang terletak di Timur Tengah akibat serangan pengeboman Arab Saudi dan sekutu baratnya termasuk Amerika Syarikat?
Semasa Haji Hadi berjumpa wakil Taliban di Qatar beliau berada sangat dekat dengan negara Yaman yang diserang berterusan Arab Saudi dan sekutu Baratnya.
Bagaimana boleh terlepas pandang isu Yaman yang begitu dekat dengan Qatar tetapi hanya menyentuh isu Afghanistan yang berada jauh?
Berjuta anak kecil dan dewasa Islam kebanyakannya menghadapi malturasi dan kebuluran akibat tindakan kejam Arab Saudi serta sekutu baratnya.
Kenapakah Duta Khas kita dan Pas tidak pernah menyebut isu ini di Parlimen pun kerana kuasa Barat memang terlibat juga serangan atas Yaman begitu lama?
Tetapi Ahmad Tarmizi menuduh kenyataan Salahuddin kononnya dipengaruhi oleh pandangan pendakwah Barat dan DAP! Cukuplah memainkan emosi serta sentimen perkauman dan agama tanpa merujuk kepada fakta yang nyata dan kukuh.
Kalau Pas sudah menjadi sebahagian dari kerajaan Malaysia, tindakan serta perangai mestilah lebih bertanggungjawab tanpa emosi tetapi dengan hujah kukuh.
Ahmad Tarmizi mengatakan Afghanistan perlu dibantu kerana telah lama dikuasai dan ditindas oleh Amerika Syarikat dan AMANAH sangat bersetuju dalam isu ini tetapi ianya mestilah mengikut cara dan peraturan yang betul.
Sedarkah Pas, Duta Khas Timur Tengah dan Ahmad Tarmizi yang Yaman yang kerdil telah bertahun dibom dan diserang Arab Saudi bersama sekutunya dari Amerika Syarikat, Britain serta Perancis, dan Malaysia pernah terlibat membantu Arab Saudi dalam kekejaman terkutuk ini?
Kalau kita bersimpati dan ingin membela rakyat Afghanistan dalam isu penglibatan kekejamam barat, kita mesti juga membela Yaman. AMANAH dah lama bersuara isu kekejaman Saudi dan Barat di Yaman di Parlimen. Mana dia suara Pas dan Duta Khas Timur Tengah dalam isu Yaman?
Kenapa memilih untuk membisu isu kekejaman kematian dan kebuluran berjuta anak kecil dan dewasa rakyat Yaman yang berterusan sehingga hari ini?
Menuntut keadilan dalam kezaliman menurut Islam tidak boleh cara terpilih!
Timbalan Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/02/pas-sedar-tak-yaman-sudah-bertahun.html