Pas Prihatin Desak Teruskan Subsiddi Elektrik Rakyat Sarawak





Rakyat Sarawak masih memerlukan subsidi elektrik.
RAMAI pengguna elektrik di Sarawak merungut menerima bil yang tinggi berikutan tiada lagi diskaun 25 peratus (subsidi) seperti yang diterima sebelum ini.

Kerajaan Sarawak perlu meneruskan subsidi lima hingga 25 peratus bil elektrik untuk pengguna domestik, komersial dan industri sehingga akhir tahun ini. Pengguna khususnya golongan B40 dan berpendapatan rendah perlu diberi perhatian memandangkan keadaan ekonomi semasa masih belum stabil dan harga barangan keperluan masih tinggi.

Ramai pengguna domestik terutamanya golongan B40 dan mereka yang tiada pendapatan tetap mengeluh mengenai masalah ini. Mereka amat berharap Kerajaan Sarawak dapat memberi perhatian dan dapat meneruskan pemberian subsidi bil elektrik sebanyak 25 peratus kepada pengguna yang terjejas.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau amat yakin pendapatan Sarawak akan meningkat pada tahun ini (2023) malah lebih daripada 2022.

Menurutnya, pendapatan Sarawak akan mencecah RM5 bilion pada suku pertama 2023, manakala pada 2022 pendapatan negeri meningkat kepada hampir RM12 bilion berbanding RM7.62 bilion pada 2021.

Dengan peningkatan pendapatan ini, rakyat Sarawak juga seharusnya dapat menikmati hasilnya dengan subsidi yang disasarkan kepada rakyat Sarawak khususnya yang berpendapatan rendah.

Kami amat berharap Kerajaan Sarawak dapat meneruskan pemberian subsidi 25 peratus itu supaya rakyat berpendapatan rendah dapat hidup lebih stabil dan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban rakyat Sarawak ketika ini.

Kita yakin Kerajaan Sarawak masih mampu memberi subsidi kepada golongan berpendapatan rendah dengan peningkatan hasil pendapatan Kerajaan Sarawak.

Kami memohon agar masalah ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Kerajaan Sarawak demi kesejahteraan rakyat Sarawak.

Kerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi mengatasi masalah rakyat amatlah dihargai.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak  


Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS prihatin, desak teruskan subsiddi elektrik rakyat Sarawak.
Lihat juga komen ini..
(i) Memang DAP X bermaruah! 

Ramai terkejut dan kecewa dengan tindakan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan daripada DAP, YB Nga Kor Ming yang tergamak secara terang-terangan meletakkan logo parti DAP dan HARAPAN dalam program rasmi kementerian ketika memberikan sumbangan kepada sekolah-sekolah Cina.

Perkara ini jelas tidak bermoral apabila menggunakan dana Kerajaan demi kepentingan ‘mileage’ politik DAP sendiri. Di mana tata kelola yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri ke-10 (PMX) dalam siri-siri ceramah politik beliau setiap hari?
Adakah di zaman PH-BN atau Madani ini, para Menteri dibenarkan untuk mempergunakan duit rakyat dan duit Kerajaan Malaysia untuk kempen politik parti DAP di dalam premis Kerajaan?


(ii) Ini, 3 perkara, Melayu moden menurut mata rabun barat..

1. Munshi Abdullah adalah ‘Bapa Kesusasteraan Moden’ menurut kerangka Barat sahaja 
2. Munshi Abdullah dirujuk dari segi ilmu teknikal bahasa, bukan isi kandungan kritikannya. 
3. Tindakan Munshi Abdullah yang boleh dipersoalkan.
Rujukan:

[1] https://online.anyflip.com/lomot/kibw/mobile/ 
[2] https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2019/12/634543/pemikiran-abdullah-munshi-dipengaruhi-kolonial 
[3] The History of the Translation of the Bible into Malay by Robert Hunt



(iii) Nasib rakyat miskin tetap dibela.. 

Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim berharap pihak berkuasa menimbang pampasan sewajarnya kepada penduduk yang terbabit dengan laluan projek pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR).

Beliau berkata, penduduk mendakwa premis kedai dan rumah mereka terpaksa diroboh kerana terlibat dengan laluan projek CSR di kawasan Kesedar Renok Baru.
Katanya, beliau memahami kesukaran yang dihadapi penduduk terlibat kerana kehilangan tempat kediaman dan premis tempat mencari rezeki.
“Saya akan berusaha memastikan penduduk terlibat mendapat pertimbangan pampasan sewajarnya daripada agensi atau jabatan berkenaan,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.
Sekian.

Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/08/pas-prihatin-desak-teruskan-subsiddi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Jitra Yb Pas Ijok Pula Minta Rakyat Tolong Tapi Tarik Balik

Selepas Jitra Yb Pas Ijok Pula Minta Rakyat Tolong Tapi Tarik Balik

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 258 hits
HarapanDaily comSemasa berkempen sibuk berjanji akan tolong menyelesaikan masalah rakyat tetapi apabila sudah bergelar YB rakyat pula yang kena bantu Itu situasi yang berlaku pada beberapa wakil rakyat Perikatan Nasional terutamanya Pas yan...
Wakil Rakyat Pakatan Desak Anwar Jelaskan Isu Zahid Di Parlimen

Wakil Rakyat Pakatan Desak Anwar Jelaskan Isu Zahid Di Parlimen

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 343 hits
Wakil rakyat Pakatan desak Anwar jelaskan isu Zahid di Parlimen Dikemas kini 38 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Sep 2023
Wakil Rakyat Pas Bergaduh Dalam Whatsapp Guna Istilah Beruk Kepada Lawannya

Wakil Rakyat Pas Bergaduh Dalam Whatsapp Guna Istilah Beruk Kepada Lawannya

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 209 hits
HarapanDaily comBORHAN AHMAD Tindakan seorang ahli parlimen Pas bergaduh dengan rakyat kawasan beliau di dalam kumpulan whatapps sehingga memanggilnya sebagai beruk telah menarik perhatian pelbagai pihak kini tular di media sosial Dalam pet...
Buktikan Muda Amal Politik Baharu Letak Jawatan Wakil Rakyat

Buktikan Muda Amal Politik Baharu Letak Jawatan Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 394 hits
Parti Muda mengumumkan menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan semalam di atas dasar prinsip perjuangan dan politik baharu yang tidak toleran terhadap salah guna kuasa Bagaimanapun bagi Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat Datin Faizah Ari...
Rahman Ucap Terima Kasih Rakyat Malaysia Beri Sokongan Moral

Rahman Ucap Terima Kasih Rakyat Malaysia Beri Sokongan Moral

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 341 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Itulah yang mampu digambarkan mengenai situasi Abdul Rahman Amir Ruddin 19 yang hilang enam ahli keluarganya sekelip mata dalam satu kemalangan baru baru ini Sejak hari pertama kejadian itu ...
Rmk 12 Sedia Lebih Banyak Peluang Kerja Berkualiti Buat Rakyat Selangor

Rmk 12 Sedia Lebih Banyak Peluang Kerja Berkualiti Buat Rakyat Selangor

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 332 hits
Rancangan Malaysia Ke 12 memberikan perancangan terbaik dalam menambah peluang pekerjaan terutama dalam sektor berpendapatan tinggi buat rakyat Selangor Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Amirudin Shari berkata sektor peralihan tenaga dan indu...
Rakyat Malaysia Ditahan Di Norway Disyaki Mengintip

Rakyat Malaysia Ditahan Di Norway Disyaki Mengintip

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 205 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Norway kerana disyaki mengintip pejabat perdana menteri kementerian pertahanan dan beberapa pejabat kerajaan negara itu Menurut Norwegian Broadcasting lelaki itu dipe...
20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Kek Lapis Penganan Pilah

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maher Zain Feat Harris J Qalbi Fil Madinah Chord

Marketing Semakin Mudah Chatbot Sudah Disediakan Untuk Bisnes Anda

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dinda Dania Katana Chord