Pas Pertikai Keputusan Guna Lambang Pn Di Prn Melaka


 
Saya meneliti keputusan Mesyuarat Perikatan Nasional (PN) malam semalam yang memutuskan PN termasuk juga PAS akan mengguna lambang PN dalam PRN Melaka akan datang.
Sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, saya menghormati keputusan yang telah dibuat, bagaimanapun saya menyarankan supaya keputusan tersebut hendaklah dikembalikan kepada parti masing-masing untuk parti-parti tersebut membuat keputusan bersetuju atau tidak dengan apa yang Mesyuarat PN telah putuskan.
PAS sebagai sebuah parti yang mempunyai badan pembuat keputusan perlu diberi peluang untuk membincangkan keputusan penggunaan lambang PN tersebut, apatah lagi perkara penggunaan lambang dalam pilihanraya termasuk dalam Fasal 81 Perlembagaan PAS:
Adapun Lambang atau Simbol PAS untuk Pilihanraya ialah bulatan putih dengan berlatar belakang warna hijau, dan dalam keadaan tertentu latar belakang boleh juga digunakan warna hitam dengan memakai ukuran 3 X 4 iaitu 3 lintang dan 4 bujur, atau apa-apa simbol yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan serta Suruhanjaya Pilihanraya.
Jelas berdasarkan fasal tersebut, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat merupakan badan pemutus bagi pihak PAS berkaitan dengan penggunaan lambang dalam pilihanraya, justeru keputusan Mesyuarat PN perlu dikembali kepada PAS sebelum ia dimuktamadkan.
Lebih daripada itu pada pemerhatian saya, penggunaan lambang dalam pilihanraya adalah berkaitan perkara prinsip dalam PAS yang perlu dibincangkan hukumnya oleh Majlis Syura Ulama (MSU), disebabkan ia berkaitan dengan Amal Islami yang dilakukan oleh ahli-ahli parti.
Perkara seumpama ini pernah timbul dalam satu konvensyen Pakatan Rakyat (PR) kira-kira 10 tahun yang lalu, diadakan di Tropicana, Petaling Jaya.
Konvensyen bersetuju supaya parti-parti komponen PR mengguna satu lambang (iaitu setelah PR didaftarkan) bagi menghadapi Pilihanraya Umum.
Pada ketika itu, seorang wakil PAS, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili MSU) bangun dan menyarankan: “kami PAS minta tempoh untuk putuskan perkara ini”.
Kata Ustaz Abdul Halim lagi: “Perkara ini perlu dibawa ke dalam MSU kerana bagi ahli-ahli PAS mereka diberi panduan, bahawa bekerja dalam sesuatu pilihanraya tidak terpisah dari bebanan taklif yang ada justifikasi dosa dan pahala”.
Dengan pengertian lain, penggunaan sesuatu lambang bukan hanya perkara berkaitan strategi tetapi juga berkaitan dengan prinsip.
Mekanisme yang sama turut diamalkan oleh Muafakat Nasional (MN), di mana semua yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perunding MN harus dikembalikan kepada parti masing-masing untuk dibuat keputusan selanjutnya.
Sehubungan dengan itu, saya menyarankan supaya PN memberi ruang kepada badan-badan pemutus di dalam PAS membuat pendirian untuk penggunaan lambang PN tersebut.
Dr Mohd Zuhdi Marsuki
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
26 Oktober 2021
19 Rabiulawal 1443






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/pas-pertikai-keputusan-guna-lambang-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Sidang Majlis Syura Ulamak Pas Tentukan Keputusan Guna Lambang Ahad Ini

Prn Melaka Sidang Majlis Syura Ulamak Pas Tentukan Keputusan Guna Lambang Ahad Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 208 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan lambang yang akan digunakan oleh parti itu pada Pilihan Raya Negeri Melaka bergantung kepada keputusan Majlis Syura Ulamak yang akan bersidang Ahad ini Me...
Keputusan Pas Guna Logo Pn Ertinya Lawan Bn Di Prn Melaka Dan Pru15

Keputusan Pas Guna Logo Pn Ertinya Lawan Bn Di Prn Melaka Dan Pru15

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 148 hits
MALAYSIA DATELINEKeputusan Pas menggunakan lambang Perikatan Nasional bermakna Pas akan melawan BN bukan sahaja di PRN Melaka bahkan di PRU15 nanti Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil berkata keputusan Pas ini juga berert...
Prn Melaka Pas Guna Lambang Pn

Prn Melaka Pas Guna Lambang Pn

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 209 hits
FAZLI RADZIPas akhirnya bersetuju menggunakan lambang Perikatan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat hari ini telah meluluskan penggunaan...
Prn Melaka Keputusan Kerjasama Umno Pas Perkukuh Mn

Prn Melaka Keputusan Kerjasama Umno Pas Perkukuh Mn

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 197 hits
bharian comOleh Oktober 29 2021 7 19pmAb Rauf pada sidang media di Kampung Pulau Melaka Foto NSTP Syafeeq AhmadMASJID TANAH Keputusan UMNO untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka bulan depan dijangk...
Pas Melaka Terima Guna Lambang Pn Sedia Berkorban Elak Tiga Penjuru

Pas Melaka Terima Guna Lambang Pn Sedia Berkorban Elak Tiga Penjuru

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 558 hits
agendaily com2 11 2021Perikatan Nasional memberi fokus kepada pertandingan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri Melaka November ini Keputusan untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional dalam pada Pilihan Raya Negeri Melaka dit...
Prn Melaka Pn Kekal Ketengah Calon Muda Guna Satu Lambang

Prn Melaka Pn Kekal Ketengah Calon Muda Guna Satu Lambang

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 269 hits
agendaily com30 10 2021Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan calon muda yang akan diketengah gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka 20 No...
Prn Melaka 70 Kempen Pas Guna Media Sosial Kata Sanusi

Prn Melaka 70 Kempen Pas Guna Media Sosial Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 296 hits
Langkah itu diambil bagi menghadapi kemungkinan SPR dan MKN mengeluarkan SOP bagi PRN Melaka yang tidak membenarkan kempen konvensional menurut Muhammad Sanusi Md Nor MELAKA PAS akan melaksanakan 70 kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Neger...
Prn Melaka Elok Semua Parti Bertanding Guna Logo Pas Tuan Ibrahim

Prn Melaka Elok Semua Parti Bertanding Guna Logo Pas Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 252 hits
Fareez AzmanTimbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man secara sinis mencadangkan agar semua parti yang akan bertanding di PRN Melaka kelak menggunakan logo parti berkenaan Gambar fail MELAKA Ketika persoalan dengan pihak mana Pa...
Prn Melaka Bersatu Pas Sepatutnya Syukur Keputusan Umno Setuju Berikan Empat Kerusi

Prn Melaka Bersatu Pas Sepatutnya Syukur Keputusan Umno Setuju Berikan Empat Kerusi

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 226 hits
SHAH ALAM Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS sepatutnya bersyukur dengan keputusan UMNO bersetuju mengagihkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri untuk ditandingi dua parti Melayu berkenaan pada pilihan raya negeri Melaka kelak Ahli Parl...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


5 Rekomendasi Laptop Untuk Mahasiswa Akuntansi Terbaru

Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance