Pas Patut Calonkan Tun Mahathir Tanding Di Kemaman













Pas akhirnya menutup teka-teka mengenai Kemaman apabila memutuskan tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan kemenangan calonnya di kawasan tersebut.


Dalam pengumuman mengenai perkara itu, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya kini bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya berdasarkan ketetapan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya atau SPR.


Dengan tidak mengemukakan rayuan, ini bermakna suatu pilihan raya kecil atau PRK bagi Parlimen Kemaman terpaksa diadakan dalam waktu terdekat ini.


Mengikut peraturan SPR, sebaik sesebuah kawasan Parlimen atau Dun diisytiharkan kosong, suatu PRK hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari.


Pada PRU15 tahun lalu, Che Alias Hamid yang mewakili Pas menang besar di Kemaman dengan majoriti 27,179 undi  dalam pertembungan empat penjuru.


Beliau mendapat 65,714 undi, diikuti Ahmad Said yang juga bekas Menteri Besar Terenggganu (BN) yang memperolehi 38,535 undi, diikuti calon PH, Hasuni Sudin (8,340 undi) dan calon Pejuang, Rosli Ab Ghani (506 undi).


Di atas kertas, keputusan Pas tidak mengemukakan rayuan dan ingin bertarung sekali lagi dalam PRK di Kemaman adalah kerana parti itu yakin mampu memenangi semula kawasan tersebut.


Dengan majoriti lebih 27 ribu, adalah sukar untuk calon kerajaan perpaduan menggugat kemenangan tersebut, waima jika dicampur undi PH dan BN sekali pun, ia masih jauh daripada mencukupi.


Begitu pun, oleh kerana kemenangan Pas di Kemaman dibatalkan disebabkan didapati wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15 lalu, mencalonkan semula Che Alias untuk bertanding semula dalam PRK akan datang ternampak amat tidak kena sama sekali.


Di gambaran umum, jika Che Alias dibenarkan bertanding semula, ia seolah-olah menampakkan Pas tidak serius untuk melawan rasuah dalam pilihan raya.


Pas malah akan tampak lebih terpuji jika meletakkan calon lain yang benar-benar berwibawa dan tidak pernah terkait dengan kes rasuah yang jelas.


Dalam hal ini, sesuai dengan minat Pas yang sejak kebelakangan ini begitu mengidolakan Tun Mahathir Mohamad, maka adalah lebih baik jika bekas Perdana Menteri dua kali itu diberi penghormatan diletakkan sebagai cakon di Kemaman.


Setidak-tidaknya dengan menjadikan Tun Mahathir calon di Kemaman, ada erti jugalah kekerapan Presiden Pas, Hadi Awang dan beberapa pimpinan tertinggi parti itu berkunjung ke kediaman beliau sejak kebelakangan ini.


Dan pencalonan itu tentulah tambah bernilai lagi mengambil kira susulan daripada keputusan empat negeri tadbiran Pas – Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis melantik Tun Mahathir sebagai penasihat ekonomi empat negeri berkenaan atau juga dikenali sebagai SG4.


Barulah selepas ini Tun Mahathir lebih bermati-matian menarik pelaburan dan memakmurkan empat negeri itu.


Lantaran ketiadaan status sebagai Ahli Parlimen, Tun Mahathir sekarang ini sering diperlekeh setiap kali beliau bercakap yang membawa maksud untuk mengajak rakyat menjatuhkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau menumbangkan kerajaan perpaduan.


Kata-katanya selalu dianggap tidak relevan dan dipersenda kerana tanpa berkedudukan sebagai Ahli Parlimen, beliau seolah-olah sekadar menjerit di luar gelanggang.


Maka itu, inilah peluang terbaik untuk Pas meletakkan semula Tun Mahathir di dalam gelanggang.


Dalam masa yang sama, kalau sudah berstatus Ahli Parlimen nanti, bolehlah beliau “digeli-gelikan” untuk kembali sekali lagi sebagai Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 03/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/pas-patut-calonkan-tun-mahathir-tanding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Sedar Mahathir Dibenci Tidak Popular Lalu Nafikan Mahathir Calon Kemaman

Pas Sedar Mahathir Dibenci Tidak Popular Lalu Nafikan Mahathir Calon Kemaman

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 231 hits
Oleh Adam MalikDalam satu cubaan menguji pendapat umum sebuah portal telah memulakan gossip konon nya Tun Mahathir akan menjadi calon kerusi PAS di Kemaman Terengganu Walaupun cadangan ini perkara mustahil dan tidak masuk akal keranas Mahat...
Pas Nafi Mahathir Jadi Calon Pn Di Kemaman

Pas Nafi Mahathir Jadi Calon Pn Di Kemaman

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 204 hits
MalaysiakiniNaib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan parti itu kemungkinan meletakkan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Kemaman Katanya tidak ada perbincangan setakat...
Al Kisah Mahathir Dan Pas

Al Kisah Mahathir Dan Pas

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 132 hits
Mohsin AbdullahPAS semalam memberitahu setakat ini ia tidak mengadakan perbincangan mengenai menamakan Dr Mahathir Mohamad sebagai calonnya untuk PRK Kemaman yang bakal berlangsung Imbau kembali secara ringkas PRK itu terpaksa diadakan beri...
Tanding Kerusi Selamat Cacatkan Kredibiliti Dr M Dan Pas

Tanding Kerusi Selamat Cacatkan Kredibiliti Dr M Dan Pas

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 112 hits
HOMENEWSBERITABUSINESSLIFESTYLEOPINIONWORLDPROPERTYSPORTSEDUCATIONCARZILLAGALLERYVIDEOSACCELERATORNora MahparPETALING JAYA Idea mempertaruhkan Dr Mahathir Mohamad di Parlimen Kemaman akan mencacatkan kredibiliti beliau sebagai tokoh politik...
Dr M For Kemaman By Election I M Not Aware Says Pas Veep

Dr M For Kemaman By Election I M Not Aware Says Pas Veep

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 196 hits
PAS vice president Ahmad Samsuri Mokhtar said he had not heard about the rumours that the party would field former prime minister Dr Mahathir Mohamad in the Kemaman by election PETALING JAYA PAS vice president Ahmad Samsuri Mokhtar says the...
Pas Tak Rayu Keputusan Mahkamah Prk Di Kemaman

Pas Tak Rayu Keputusan Mahkamah Prk Di Kemaman

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 210 hits
PAS tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu pada 26 September yang membatalkan kemenangan calonnya Che Alias Hamid di Kemaman Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata langkah itu diambil memandangka...
Tun M Penasihat 4 Negeri Pas Tolak Muhyiddin

Tun M Penasihat 4 Negeri Pas Tolak Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 141 hits
Pengumuman kumpulan yang digelar Kerajaan Negeri 4 atau SG4 ditadbir Pas bakal melantik bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sebagai penasihat merupakan tamparan hebat kepada Pengerusi PN Muhyiddin Yassin Menurut Pengarah Komunikasi U...
Elok Tun M Bawa Pas Kembali Ke Pangkal Jalan

Elok Tun M Bawa Pas Kembali Ke Pangkal Jalan

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 187 hits
Pelantikan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sebagai penasihat kepada 4 negeri yang ditadbir Pas dialu alukan oleh Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar Menurut Mahfuz sudah tiba masanya Tun Mahathir yang sejak puluhan tahun lalu ...
Kemenangan Pas Di Kemaman Dibatalkan

Kemenangan Pas Di Kemaman Dibatalkan

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 68 hits
HarapanDaily comK PRAGALATHPas hilang kerusi Kemaman yang dimenangi calonnya Che Alias Hamid setelah Hakim Mahkamah Tinggi Anselm Charles Fernandis membatalkan kemenangan Alias Hakim tersebut membenarkan petisyen yang difailkan oleh Wan Moh...
Peminat Tak Setuju Dengan Barisan Pelakon Omniscient Reader S Viewpoint Tapi Kenapa

Konsortium Mahb Jangan Politikkan Dana Antarabangsa Blackrock

Amalan Menyambut Kelahiran Bayi

When Elite And Masses Don T See Eye To Eye On Israel Boycott

A Malaysian Passport Has More Value Than Article 153

Rendang Ayam Pre Raya Aidiladha

Bolehkah Hamil Walaupun Dara Tak Pecah

Bukit Aman To Summon All Officers Probing Assault Case Igp



5 Tanggapan Buruk Tentang Penjawat Awam Yang Susah Nak Dilupakan

5 Faktor Paling Menakutkan Golongan Ibu Bapa Dalam Abad ke 21

Bandar Kantubek Lokasi Terbesar Tapak Pelupusan Bakteria Berbahaya Dunia

5 Pengajaran Bodoh Yang Kita Boleh Belajar Dari Filem Adiwira Barat

Resepi Sotong Masak Hitam Lauk Legend Orang Johor Nostalgia Habis


Sup Udang Immune Booster

Pasang Weedmat Alihkan Tong Ikan

Selamat Hari Ulang Tahun Tudm Ke 66 1 Jun 2024

Salma Salsabil Boleh Juga Chord

Primary School Teacher Crowned Kaamatan Queen

Cara Membuat Flyers Yang Boleh Meningkatkan Jualan