Pas Parti Islam Moden X Macam 2 Kes Gila Ini


 
Tuan Guru Abdul Hadi dan Dr Samsuri pada program ceramah sempena PRK Parlimen Kemaman, Disember lalu.
PAS ada potensi jadi parti Islam modenKUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ada yang beranggapan PAS sebuah parti yang tidak mempunyai ramai golongan teknokrat.
“Sebenarnya dalam PAS, kita mempunyai ramai ahli yang datang dari pelbagai bidang dan latar belakang,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.
Namun, katanya kebanyakan daripada mereka tidak menonjol ke depan, sebaliknya amat berperanan di belakang tabir dan terlibat dalam menyusun atur strategi untuk PAS terus bergerak ke hadapan.
Menurutnya, beliau merupakan salah seorang yang pernah menjadi sebahagian daripada mereka sebelum diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum 2018 lalu.
Tambahnya ada juga yang beranggapan PAS sebuah parti ekstremis dan mempunyai rasa prejudis lalu menyamakan PAS dengan parti Islam lain di dunia ini.
Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu menegaskan, itu 100 peratus tidak benar sama sekali.
“Di Malaysia, kita amat memahami struktur masyarakat yang terdiri daripada kepelbagaian etnik serta agama dan PAS merupakan parti yang sudah relevan serta boleh diterima oleh masyarakat dalam negara ini,” katanya lagi.
Menurut beliau, PAS mempunyai potensi untuk menjadi sebuah parti Islam yang moden.
Justeru, ujarnya menyamakan parti PAS dengan Taliban dan yang seumpamanya merupakan satu kesilapan.
“Kami amat memahami, untuk menjadikan negara kita negara yang terbaik, kita semua perlu bekerjasama sebagai warganegara Malaysia,” katanya.
Tambahnya, PAS kini bukan lagi ‘parti kampung’ dan ianya sebenarnya lebih dari hanya sekadar parti.
“Kami sudah berada sejauh ini dan akan terus bergerak ke hadapan.
“PAS juga bukanlah sebuah parti yang sempurna tetapi kami mempunyai ahli dan penyokong yang terdiri dari pelbagai latar belakang yang mendukung,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kemaman. – HARAKAHDAILY 13/1/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS, parti Islam moden. X macam 2 kes gila ini
Lihat komen ini..
(i) Bukan seperti kes-kes ini yang X moden & X Islamik..
a. Kebakaran rumah Ngeh: Serah siasatan polis – Fadhli


KL: Tindakan membakar dan mengkhianati harta individu lain apalagi melibatkan risiko kehilangan nyawa adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima, demikian tegas Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

(Sila rujuk 'Kebakaran rumah Ngeh: Serah siasatan polis – Fadhli' k. – HARAKAHDAILY 10/1/2024)
b. Mengapa tilam diusung? -Zulkifli Yahaya


(Lanjut sila rujuk 'Mengapa tilam diusung?'   HARAKAHDAILY 14/1/2024)
(ii) Tebatan banjir: Gesaan Agong perlu dipandang serius


KL: Gesaan Yang di-Pertuan Agong agar projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) tidak dipolitikkan perlu diberi perhatian oleh kerajaan, kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sehubungan itu, beliau menjunjung kasih atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bertitah agar pembinaan projek RTB yang telah dirancang di negeri Pahang disegerakan.
“Gesaan Tuanku agar projek itu tidak dipolitikkan perlulah diberi perhatian dan dipandang serius oleh kerajaan,” ujarnya dalam kenyataan di laman sosial beliau, hari ini.
Beliau berpendapat bahawa perhatian serius dan tindakan segera itu perlu diambil kepada kesemua 25 projek tebatan banjir yang telah dirancang oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) semenjak 2020.
Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 7 projek RTB terletak di dalam negeri Pahang.
“Janji YAB Perdana Menteri untuk segera memulakan projek RTB di seluruh negara pada Jun 2023 hanya tinggal janji.
“Projek ini terus dikesampingkan daripada perhatian dan menjadi janji politik apabila ianya terus sekadar menjadi ikrar,” ujarnya yang juga Ketua Pembangkang DUN Pahang.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis lalu bertitah supaya kerajaan menyegerakan projek tebatan banjir yang telah dirancang di Pahang dan jangan mempolitikkan usaha itu.
“Saya harap jangka panjang kerajaan harus percepatkan projek-projek tebatan banjir, yang telah dirangka oleh pihak berwajib di seluruh Pahang, dan saya harap janganlah berpolitik dalam hal ini, seelok-eloknya ambil secara serius dan urgent untuk bina tebatan banjir di seluruh Pahang,” titah baginda ketika berangkat melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Semai Bakti Felda Chini 1, Pekan. Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut berangkat.
Terbaharu, kata Tuan Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri pula menyatakan kerajaan akan menyegerakan projek RTB itu ketika beliau berada di Johor baru-baru ini.
Beliau mempersoalkan sampai bila rakyat harus menanggung kerugian akibat banjir dan menunggu janji-janji yang dilafazkan oleh kedua-dua pemimpin utama negara.
“Saya menasihatkan kepada kerajaan agar serius untuk menjaga kebajikan rakyat dan mendengar titah Baginda Tuanku.
“Tumpukan kerja tanpa takut kepada bayang-bayang ciptaan sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. – HARAKAHDAILY 13/1/2024
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.









Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir.. 
1. S'pura kutuk HAMAS. DAP,/PAP/S'pura/Israel sama?2. Doa rakyat K'tan-M'sia untuk Paleestin. & DAP/PAP ...3 .Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta soro...3. Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?5. Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..6.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++7. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..8. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?9. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...10. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..11. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...12. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/01/pas-parti-islam-moden-x-macam-2-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Penipuan Pn Pas Isu Sd Akta Lompat Parti Dan Tebuk Atap

11 Penipuan Pn Pas Isu Sd Akta Lompat Parti Dan Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 153 hits
HarapandailyAHMAD MURSI PAS Selepas Akta Lompat Parti 2022 tiada lagi praktis kumpul SD individu MP untuk tukar PM Hanya boleh dibuat secara en bloc Parti politik AS Kalau laku apa tujuan gubal ALP dan kenapa pula PAS sokong akta itu dulu
Pas Seolah K Jaan Hanya Melayu Islam Bawa Semus Bangsa Selamat

Pas Seolah K Jaan Hanya Melayu Islam Bawa Semus Bangsa Selamat

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 168 hits
Ustaz Fadhli bersama kakitangan Harakah mempromosikan Harakahdaily Premium pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS penringkat Negeri Selangor Ucapan dasar Presiden seolah PAS sebagai kerajaanSHAH ALAM Ketua Penerangan PAS Pusat Ahmad Fadh...
Pelik Pm Ziarah Orang Sakit Pun Penyokong Parti Islam Hentam

Pelik Pm Ziarah Orang Sakit Pun Penyokong Parti Islam Hentam

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 79 hits
Ziarah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini ke Institut Jantung Negara yang dilaporkan cuba melawat Presiden Pas Hj Hadi Awang di situ tetapi dikatakan baru selesai menjalani rawatan dialisis dan menolak bertemu dijadikan ...
Politik Islam Bukannya Bermain Sentimen Seperti Dibuat Pas Bersatu

Politik Islam Bukannya Bermain Sentimen Seperti Dibuat Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 147 hits
AKMAL MANAFRakyat di negara ini harus menyedari bahawa politik berbentuk kebencian bukan politik yang berlandaskan Islam kata Khalid Abd Samad Pengarah Komunikasi AMANAH itu berkata rakyat mesti memahami bahawa politik kebencian banyak meng...
Pas Akui Ahli Parti Tak Selesa Sanusi Layak Karaoke Sampai Pagi

Pas Akui Ahli Parti Tak Selesa Sanusi Layak Karaoke Sampai Pagi

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 159 hits
Malaysiakini nbsp PAS mengakui ada sesetengah ahli parti itu tidak senang dengan kegiatan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor aktif melayan sesi karaoke secara dalam talian sehingga ke lewat pagi Menurut Ketua Dewan Ulama PAS Pusat A...
Macam Bagus

Macam Bagus

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 68 hits
Nazri IznilBetapa yakinnya Hadi mengatakan PAS tidak terpalit sebarang rasuah tetapi akhirnya
Hiburan Dapat Kawan Macam C Laka Curi Kekasih Kawan Sendiri Persahabatan Leona Amp Cupcake Aisyah Musnah Sebab Lelaki

Hiburan Dapat Kawan Macam C Laka Curi Kekasih Kawan Sendiri Persahabatan Leona Amp Cupcake Aisyah Musnah Sebab Lelaki

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 108 hits
Seperti diketahui ramai anak pelakon Azhar Sulaiman Kasih Iris Leona berkawan baik dengan pempengaruh popular Aisyah atau lebih dikenali sebagai Cupcake Aisyah Persahabatan musnah sebab lelaki Namun begitu persabahatan tersebut dikatakan su...
Sembang Kemain Kata Nak Buat Stadium Macam Jdt Dia Serang Tmj Bagai Kutuk Kemain Apa Sudah Jadi Kedah Kiok Kah Kah Kah

Sembang Kemain Kata Nak Buat Stadium Macam Jdt Dia Serang Tmj Bagai Kutuk Kemain Apa Sudah Jadi Kedah Kiok Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 95 hits
Mat Man Pemain bola sepak pon x bayar gaji mereka nak makan apa dah 5 bulan gaji x bayor Mana presiden KFA cakap macam hebat sangat kerja satu habuk pon x der Yang dia tahu melalak tengah malam buta ber tiktok dengan anak dara
Check Alat Tulis Anak

10 Vacuum Cordless Terbaik Untuk Bersihkan Rumah 2024

Drama Terjerat Kisah Cinta Terlarang Hingga Terjerat Dan Menjerat Hidup Hakiki

Penjelasan Isu Blackrock Oleh Pm Diterima Baik

Jangan Bersangka Sudah Beriman

How Brain Drain Can Be Beneficial To Malaysia And Why It Should Be Encouraged

For Winning Games Slot Gacor123 Apply Strategies

Plan Nak Pergi Holiday



6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terjerat iQIYI Malaysia Gandingan Aliff Aziz Dan Ruhainies


Hukum Memakai Pendakap Gigi

Hukum Bawa Anak Istimewa Ke Masjid

Bunga Orkid Rosak

Subsidi Bersasar Bendung Ketirisan Diesel Bersubsidi

Muhyiddin Pernah Cadang Laksana Subsidi Bersasar

Bank Staff Colluded With Syndicate To Steal Client S Money Pula